Salam, Saya ingin mendapat kepastian - yang paling tepat/betul AJK Tugas Khas atau AJK Tugas-tugas Khas. Sekian, wassalam. Yang benar, Budak Ingin Tahu | Salam saudara Budak Ingin Tahu, Jawapan yang sebetulnya ialah AJK Tugas-tugas Khas. | Ejaan | 25.09.2012 |
ejaan tugas-tugas 'perkeranian' atau 'pengkeranian' terima kasih. | Ejaan yang betul ialah perkeranian. | Ejaan | 28.08.2009 |
salam antara tugas-tugas malaikat adalah seperti berikut: (Che________, 2009) berdasarkan petikan di atas, betulkan cara penulisan rujukan di atas? perlukah rujukan ditulis selepas tan da ':' ataupun sebelum? | Contoh penulisan rujukan yang betul: Tulisan-tulisannya, khususnya pada bahagian akhir dari buku Hikayat Abdullah (Abdullah, 1966:62) jelas telah mengobarkan rasa sakit hati siapa pun juga .... | Tatabahasa | 07.09.2012 |
Assalam... 1. Mohon perbetulkan...selesai tugas atau tugas selesai? 2. Maksud 'review'? | 1. Sila berikan konteks penggunaan perkataan "tugas selesai" atau "selesai tugas" untuk kami menentukan kesesuaian perkataan tersebut. 2. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, "review' bermaksud 1. mengkaji semula 2. meninjau semula 3. memeriksa barisan 4. mengulas, membuat /ulasan, resensi | Makna | 14.01.2017 |
Nak tanya tentang frasa 'menjalani tugas' atau 'Menjalankan tugas' yang mana betul? | Frasa yang betul ialah "menjalankan tugas" yang bermaksud melaksanakan tugas. | Tatabahasa | 29.05.2013 |
Saya ingin bertanya tentang penggunaan istilah Jabatan, Bahagian, Seksyen, Unit dan Pejabat. Kami menerima permohonan untuk menukar nama daripada Unit menjadi Pejabat. Apakah definisinya? Bagaimanakah penggunaannya? | Jabatan bermaksud bahagian daripada pentadbiran kerajaan dan lain-lain yang mengurus tugas-tugas tertentu, bahagian ialah unit dalam sesuatu jabatan, seksyen ialah bahagian kecil daripada badan yang lebih besar (jabatan, kawasan, dan lain-lain), unit ialah bahagian atau kumpulan yang mempunyai fungsi khas dalam sesuatu organisasi, dan pejabat ialah tempat bekerja. Lazimnya unit merupakan bahagian kecil daripada sesebuah jabatan, dan pejabat ialah tempat bekerja. Contohnya, Jabatan Akauntan Negara ialah sebuah jabatan dan pejabat Akauntan Negara ialah tempat Akauntan Negara melaksanakan tugasnya. | Tatabahasa | 04.12.2014 |
Dengan hormatnya saya memohon bantuan pihak Dewan bahasa dan Pustaka untuk menyemak ayat di bawah: Saya ingin mengajak warga MAMPU untuk bersama-sama melaksanakan kerja dengan penuh komited dan sekiranya mempunyai masa yang lapang, bersama-samalah kita membantu rakan-rakan kita yang memerlukan bantuan untuk melakukan tugas-tugas rasmi, berusaha untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran yang berkaitan tugas kita, bersama-sama menceriakan pejabat, menyempurnakan tugasan yang tertunggak dan sentiasa muhasabah diri mengenai tugasan seharian untuk memastikan hari ini lebih baik dari semalam. | Saya ingin mengajak warga MAMPU untuk bersama-sama melaksanakan kerja dengan penuh komited. Sekiranya mempunyai masa lapang, bersama-samalah kita membantu rakan sekerja menyelesaikan tugasan rasmi, dan berusaha untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran yang berkaitan tugas kita. Selain itu, sentiasa bekerjasama menceriakan pejabat, menyempurnakan tugasan yang tertunggak dan sentiasa muhasabah diri mengenai tugasan seharian untuk memastikan hari ini lebih baik dari semalam. | Tatabahasa | 06.06.2014 |
kata tugas | Kata tugas ialah unit yang tidak dapat berdiri sendiri yang memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Fungsinya sebagai penghubung, penerang, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, dan pemeri. Contoh : dan, atau, wah, sila, maka, akan, sangat, pun, dan ialah. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat, halaman 91 - 93. | Tatabahasa | 18.03.2010 |
Mana lebih tepat: dalam melaksanakan tugas atau dalam pelaksanaan tugas? | Yang lebih tepat ialah dalam pelaksanaan tugas. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 13.04.2010 |
apakah maksud istilah "runner" dalam bahasa Melayu yang selalu digunakan dalam sesuatu jawatankuasa bagi sesuatu program | Tidak ada contoh penggunaan/takrif "runner" dalam konteks yang dimaksudkan. Cadangan kami bagi istilah runner dalam konteks yang diperlukan ialah "Jawatankuasa Tugas-tugas Khas". | Istilah | 07.06.2011 |