Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tujuannya

Peribahasa

Belayar mengadang (= menentang,
     menuju) pulau.

Bermaksud :

Tiap-tiap perbuatan (pekerjaan) mestilah ada tujuannya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam ayat 'Tujuannya adalah untuk memajukan kampung',untuk tergolong sebagai kata sendi atau kata hubung? Kalau sebagai kata sendi, kata yang mengikutinya mestilah kata nama sedangkan memajukan ialah kata kerja. Jika untuk sebagai kata hubung apakah klausa-klausa yang terdapat dalam ayat majmuk ini?'Tujuannya adalah untuk memajukan kampung' - untuk dalam ayat tersebut ialah kata sendi nama dan kata sendi nama boleh diikuti dengan kata kerja. Contoh lain seperti, Sistem yang digunakan untuk membantu manusia membuat keputusan terbaik...Tatabahasa02.11.2010
Apakah perbezaan antara ketepatan kata dan kesesuaian kata?

Mengikut Kamus Dewan, kata tepat bermaksud 1. betul (arahnya, tujuannya); 2. tidak menyimpang daripada sasarannya (tujuannya), 3. tidak kurang dan tidak lebih (waktu); 4. tidak bersalahan lagi (dugaan, ramalan), betul, cocok: 5. sesuai dan patut (peraturan, kritikan, jitu; 7. Tidak tirus, iaitu betul-betul 90 darjah.

Sesuai bermaksud 1. padan benar (keadaan, rupa), cocok benar: 2. berpadanan , berpatutan; 3. setimbal, seimbang, selaras:; 4. sepakat, sehati, setuju 5. serasi,cocok benar

Dari segi makna mengikut Kamus Dewan, ketepatan kata boleh membawa maksud kata yang patuh pada hukum tatabahasa bahasa Melayu, gramatis dan makna semantik, manakala kesesuaian kata ialah kata yang mengambil kira faktor pragmatik.
Istilah11.01.2015
bagaimana dengan penggunaan tanda ; dalam sajak dan makna atau tujuannya tanda tersebut diletakkan...di manakah tempat yang sesuai menggunakannya

Tanda koma bertindih (;) digunakan seperti yang berikut:
1. Memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung dengan kata hubung dan, tetapi, atau, namun dan lalu. Contohnya - Membaca menambahkan ilmu; berfikir mempertajam akal;...
2. Memisahkan klausa yang dimulai dengan kata hubung juga, walau bagaimanapun, malah, di samping itu, oleh yang demikian, sesungguhnya dan sebaliknya.
3. Memisahkan klausa-klausa yang terdapat dalam sesuatu ayat. Contohnya, Karya ini menggunakan berbagai-bagai pendekatan; ada yang...
4. Memisahkan klausa yang bersiri, berlainan kategori, terutama jika bahagian-bahagian keterangannya dipisahkan oleh koma. Contohnya, Kepada mereka yang selamat, diucapkan syukur; kepada mereka yang cedera; diucapkan....

Lain-lain03.05.2013
saya ingin membuat pengesahan ayat pada papan iklan untuk kilang tempat saya bekerja. Tujuannya untuk mohon lesen dari majlis bandaraya johor bahru. ayat nya ... ( kilang membuat tapak barang elektronik ) dalam bahasa inggeris STAMPING. sesuai atau tidak. Kalau tidak mohon DBP cadangkan nama yang sesuaiKami cadangkan keterangan aktiviti syarikat tuan ialah "Kilang Acuan Barangan Elektronik".Tatabahasa20.04.2012
Salam, saya diminta oleh pihak bandaraya untuk mendapat kelulusan dari pihak encik mengenai papan iklan saya. Tujuannya adalah untuk memohon lesen untuk papan iklan. Disertakan file jpeg untuk iklan saya. Terima kasihVisual yang dikemukakan tidak mempunyai perkataan bahasa Melayu untuk disahkan. Sila masukkan perkatan bahasa Melayu di bahagian atas. Contohnya: KEDAI PAKAIAN.  Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Sila daftar terlebih dahulu untuk mendapatkan kata laluan (password). Kata laluan akan dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya.Lain-lain13.03.2014
skjhnccApakah soalan ini? Ruangan ini adalah untuk menangani atau menjawab soalan bahasa, sastera dan penerbitan. Sila gunakan ruangan ini berdasarkan tujuannya yang telah dinyatakan pada laman web.Lain-lain24.05.2010
bagaimana kegunaan simbol transilasi dari bahasa arab ke bahasa melayuSimbol-simbol transliterasi hanya digunakan dalam buku-buku yang ditulis dalam bahasa Melayu tetapi banyak menggunakan istilah daripada bahasa Arab. Tujuannya untuk mengeja bunyi sebutan Arab dengan betul.

Contoh simbol transliterasi dan panduan penggunaannya boleh dirujuk dalam buku Gaya Dewan Edisi Ketiga m/s 142-148.

Lain-lain15.02.2008
HURAIKAN SECARA TERPERINCI APAKAH KEPENTINGAN PROSES PENYUNTINGAN DALAM PENULISAN MANUSKRIP?Penyuntingan ialah proses menyemak semula manuskrip yang telah siap ditulis. Semakan dibuat dari segi fakta, bahasa, persembahan, dan reka letak/ reka bentuk. Tujuannya supaya manuskrip itu lengkap, betul/tepat, dan mudah difahami oleh pembaca apabila telah dicetak menjadi buku. Penyuntingan ada dua jenis, iaitu substantif ( sunting isi/fakta) dan kopi (sunting bahasa dan teknikal).Makna25.09.2006
apakah yang dimaksudkan dengan perkataan 'pindaan' dalam istilah undang-undang?Pindaan dalam istilah undang-undang bermaksud perubahan yang dibuat terhadap dokumen undang-undang dengan pelbagai cara, sama ada dengan penukaran, penggantian, pengguguran, atau penambahan. Tujuannya supaya sesuatu undang-undang itu menjadi lebih ketat, menyeluruh dan sesuai dengan keperluan semasa.Makna17.03.2008
Tuan, Salam sejahtera. Saya ingin bertanya sama ada pihak DBP ada menyediakan perkhidmatan penganjuran kursus penulisan surat rasmi untuk kakitangan awam. Jika ada JPJ Negeri Sarawak ingin menjemput pihak DBP untuk mengadakan kursus tersebut di Jabatan ini. Tujuannya adalah untuk memantapkan teknik penulisan surat dengan ayat/bahasa yang betul dan halus bagi kakitangan yang diminta untuk menyediakan surat/memo untuk pegawai atasan. Maklumbalas tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.DBP menganjurkan pelbagai kursus penataran bahasa, sastera, penerbitan dan penulisan. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh berhubung dengan Akademi Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau hubungi pegawai Akademi Bahasa Puan Faridah A. Rahman melalui e-mel  faridah@dbp.gov.my.Lain-lain02.07.2013
12

Kembali ke atas