Berasa dan merasa, kedua-dua perkataan tersebut terbitan daripada kata rasa dan maknanya keduanya hampir sama (merujuk Kamus Dewan). Dari segi amalannya perkataan berasa biasanya dikaitkan dengan perasaan/rasa hati), manakala merasa dikaitkan dengan perbuatan menikmati/mencuba sesuatu dengan lidah umpamanya.
Pertukaran dan penukaran, kedua-duanya kata terbitan daripada kata tukar. Pertukaran bermaksud perbuatan atau hal bertukar; atau disebut juga pergantian seperti contoh ayat: Pertukaran iklim secara mengejut telah menyebabkan ia sakit; manakala penukaran ialah perbuatan menukar atau menukarkan seperti contoh ayat: Penukaran permata asli dgn permata palsu itu dibuat secara sulit.
Thanks for clicking. That felt good.