Saya ingin menulis tajuk bagi satu jadual seperti berikut: Dasar Fiskal Di bawah Kadar Tukaran Tetap Betulkah perkataan "Di bawah" dieja sedemikian? Terima kasih. | Dasar Fiskal di Bawah Kadar Tukaran Tetap - di Bawah dieja dalam dua perkataan dan kata sendinya (di) huruf kecil. | Tatabahasa | 28.01.2011 |
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin mohon pencerahan yang mana satukah terjemahan yang betul untuk "...in exchange for lower potential return"? Adakah (a) "...sebagai pertukaran kepada potensi pulangan yang rendah"; atau (b) "...sebagai tukaran kepada potensi pulangan yang rendah"? Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu untuk "...in exchange for lower potential return" ialah "... sebagai pertukaran/tukaran untuk potensi pulangan yang rendah". | Makna | 04.10.2021 |
Apakah terjemahan untuk ‘Mid-Market Rate’ iaitu istilah yang digunakan dalam skop kewangan untuk menerangkan kadar tukaran wang asing semasa? | Padanan bahasa Melayu bagi istilah 'mid-market rate' ialah kadar pasaran pertengahan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
| Istilah | 21.09.2022 |