Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.lis.me.nu.lis] | توليس-منوليس

Definisi : perihal menulis (mengarang dll), karang-mengarang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.lis.me.nu.lis] | توليس-منوليس

Definisi : hal-hal menulis, mengarang dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tulis
Kata Terbitan : bertulis, menulis, tulis-menulis, menuliskan, tertulis, tulisan, penulisan, penulis,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan antara persuratan melayu dan kesusasteraan melayu? saya gak keliru antara dua istilah ini.Persuratan membawa maksud perihal tulis-menulis, kepus­takaan, kesusasteraan, perpustakaan. Manakala, kesusasteraan membawa maksud 1. seni yg meng­gambarkan keindahan dgn bahasa (novel, sajak, dll), karang-mengarang, persuratan, seni sastera; 2. hasil drpd mengarang (menyajak dll); 3. pengetahuan dlm hal sastera; 4. karya-karya yg tergolong dlm seni sastera.

Maknanya, persuratan lebih berfokus kepada tulis-menulis dan kesusasteraan lebih luas skopnya dan memfokus kepada sastera.
Makna27.05.2014
apakah yang dimaksudkan dengan 'persuratan'?Persuratan: perihal tulis-menulis, kepustakaan, kesusasteraan, perpustakaan: cerita Siti Zubaidah dan Perang China ini telah lama tersiar di dlm ~ Melayu.Makna16.09.2009
Boleh Tuan jelaskan kepada saya definisi bahasa persuratan?Bahasa persuratan melibatkan perihal tulis-menulis, kepustakaan, kesusasteraan dan juga perpustakaan.Lain-lain23.09.2007
Ayat yang mana betul (untuk kanak-kanak 5 tahun) Cikgu menulis pada papan tulis. Atau Cikgu menulis di papan tulis.Penggunaan yang betul ialah Cikgu menulis pada papan tulis.Tatabahasa20.06.2019
Saya yang menulis karangan itu. A Karangan itu saya yang tulis. B Karangan itu yang saya tulis. C Yang tulis karangan itu saya. menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif... berikut manakah jawapan yang paling tepat?Ayat pasif yang paling tepat ialah A. Karang itu saya yang tulis.Lain-lain06.07.2015
As-Salam Sidang Editor Khidmat Nasihat Bahasa DBP, Saya merupakan seorang pelajar sarjana yag kini sedang menjalankan kajian dlm bidang pendidikan bahasa Melayu berkaitan dengan isu penaksiran. Di sini saya ingin mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan ketepatan istilah dan ejaan yang digunakan bagi perkataan PENAKSIRAN & PENTAKSIRAN yg menimbulkan kekeliruan bagi pihak saya untuk membuat definisi yg tepat bagi kajian yg saya jalankan. Menurut tokoh bahasa yg dirujuk, perbezaan ejaan bagi perkataan taksir ini timbul akibat faktor espistemologi yg mendokong kefahaman seseorang ahli bahasa. Justeru saya mohon penjelasan lanjut berkaitan hal ini. Sekian terima kasih atas keprihatinan pihak editor memberikan perhatian yg sewajarnya terhadap hal ini.Dalam proses pembentukan kata bahasa Melayu, kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k dan s huruf pertamanya luluh dan digantikan dengan bentuk sengau yang dilafazkan pada tempat yang sama daerah artikulasinya (homorganik) dengan bunyi pertama dalam kata dasar, dan huruf n menggantikan huruf t. Contohnya tulis - menulis dan taksir (kira, hitung, nilai) - menaksir. Oleh itu, kata terbitan yang betul ialah menaksir, penaksir dan penaksiran. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan atau penyusun buku Tatabahasa Dewan antaranya Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim atau Prof. Dr. Hashim Haji Musa.Tatabahasa13.11.2011
Apakah perbezaan antara tulisan dan penulisan bagi kedua-dua istilah ini dan pelaksanaannya dalam pembelajaran di sekolah.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, "tulisan" bermaksud 1. hasil daripada menulis, sesuatu yang di­tulis, cara menulis 2. hasil sastera (dalam bentuk prosa atau puisi), karangan. "Penulisan" bermaksud perihal atau kegiatan dan sebagainya menulis (mengarang dan lain-lain), hasil daripada menulis (menga­rang dan lain-lain). DBP tidak mempunyai maklumat tentang pelaksaaan dan pembelajaran istilah ini di sekolah.Makna20.09.2013
Hari Sukan dirasmikan oleh Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG). Merujuk kepada ayat di atas, kalau kita tulis karangan, pada permulaannya kita tulis ayat di atas, seterusnya kalau kita tulis di perenggan akhir ... Pengerusi PIBG menyampaikan pingat kepada pemenang-pemenang. Kita cuma tulis shortform PIBG, tidak perlu menulis sepenuhnya (Persatuan Ibubapa dan Guru), betulkah ?Ya, betul. Tidak perlu mengulangi perkataan tersebut.Tatabahasa14.07.2014
BAGAIMANA HENDAK MENULIS ESEI DALAM LARAS SASTERA? APAKAH PANDUANNYA? DI MANAKAH DAPAT DIRUJUK ?Pertama sekali saudara perlu kenal pasti karya apa yang saudara hendak tulis misalnya karya kreatif seperti novel, cerpen, dan puisi; atau karya umum seperti buku motivasi  dan lain-lain. Untuk belajar menjadi penulis kreatif misalnya, terlebih dahulu saudara perlu banyak membaca karya orang lain. Teliti  cara penulis itu menulis dari segi pengadunan plot, watak perwatakan, latar, gaya, bahasa, teknik dan lain-lain. Untuk menulis karya laras sastera, saudara perlu mempunyai ilmu yang cukup tentang bidang yang saudara hendak tulis. Kemudian bacalah buku panduan tentang teknik penulisan yang kini terdapat banyak di pasaran. Selain daripada pembacaan, saudara boleh mengikuti bengkel-bengkel penulisan yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, persatuan penulis, penerbit swasta, syarikat akhbar, akademi penulis dan lain-lain. Cubalah menulis karya yang pendek dahulu seperti cerpen, puisi, atau esei dan hantar kepada surat khabar atau majalah kerana untuk menjadi penulis yang baik, ia perlu melalui proses pengalaman yang panjang. Dan, mahu tidak mahu, untuk menjadi penulis yang baik juga ia banyak bergantung kepada bakat seni yang semula jadi di dalam diri.Lain-lain09.02.2013
Bagaimanakah tanda baca yang betul untuk menulis rangkai kata hari kemerdekaan? Sepanjang saya belajar di sekolah rendah hingga ke sekolah menengah, guru-guru mengajar saya supaya menulis 'Hari Kemerdekaan' ( h dan k ) ditulis dengan huruf besar. Persoalannya ialah, dalam buku KSSR tahun 1 ( SJKC ) di tulis dengan huruf kecil. Yang manakah tanda baca yang betul ? Jika tuan tidak keberatan, saya ingin mendapatkan jawapan segera.

Dalam Kamus Dewan dieja "hari Kemerdekaan" sama seperti hari Buruh dan hari Pahlawan.

Ejaan11.10.2011
1234

Kembali ke atas