Salam sejahtera, saya seringkali melihat perkataan "macai" digunakan dalam tulisan-tulisan di alam maya tetapi perkataan ini tidak wujud di dalam PRPM. Namun begitu perkataan ini serta definisinya ada di sini: http://mymemory.translated.net/t/Malay/English/macai Adakah pihak DBP mengiktiraf perkataan ini sebagai kosa kata rasmi di dalam Bahasa Melayu? | Perkataan "macai" tidak terdapat dalam pangkalan data DBP dan belum diterima sebagai perkataan yang rasmi dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 04.03.2013 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, sini saya nak bertanyakan soalan, apakah dasar terkini Dewan Bahasa dan Pustaka tetang penggunaan: Tulisan Rencong, Tulisan Pallava, dan Tulisan Kawi. kepada "penulisan dan persuratan berbahasa Melayu". Adakah ketiga-tiga tulisan tersebut masih mempunyai nilai rasmi yang mengikuti standard kegunaan umum DBP seperti tulisan rumi dan jawi? -Minta tolong segera jawab soalan ini, kerana jawapan kepada soalan ini saya akan kemukakan kepada sidang penyelia Wikipedia bahasa Melayu untuk panitia dasar dan garis paduan. Terima kasih | Hanya sedikit maklumat yang berkaitan dengan telusian rencong dalam sumber rujukan kami. EJAAN DAN TULISAN RENCONG, sistem ejaan dan tulisan asli peribumi Asia Tenggara. Tulisan ini masih kontroversi dari segi tempat asal dan namanya. Ada pengkaji yang mengatakan bahawa tulisan ini berasal daripada tulisan India, iaitu daripada tulisan Devanagari atau Pallava yang diubahsuai, sehingga membentuk satu jenis tulisan baharu yang berlainan daripada tulisan yang asal. Terdapat juga pengkaji yang mengatakan bahawa tulisan ini ialah tulisan asli peribumi Asia Tenggara, bukan pinjaman daripada tulisan India. Kini hanya tulisan rumi yang digunakan dalam sistem ejaan bahasa Melayu. Sistem ejaan Jawi masih digunakan, namun penggunaannya tidak meluas dalam persuratan Melayu mutakhir. | Lain-lain | 13.11.2011 |
mengapa tidak menggunakan tulisan jawi sebagai tulisan rasmi? apakah kita mesti menggunakan roman sebagai tulisan rasmi? jikalau ingin membubarkan PPSMI, perlu adanya perkataan-perkatan sendiri dalam istilah perubatan. bukannya mengadaptasi bahasa asing. saya seorang pelajar sains. dulu saya mempelajari biologi, fizik dan kimia dalam Bahasa Melayu, saya mendapati banyak istilah-istilah hanya dimelayukan, bukannya asal daripada Melayu sendiri. bagaimanakah untuk memperjuangkan Bahasa Melayu? tolong beri perhatian. | Sekiranya tulisan Jawi dijadikan tulisan rasmi sayalah antara orang yang paling gembira sekali. Saudara bagaimana? Kadang-kadang kita perlu membuka minda dan memahami bahawa sifat sesuatu bahasa itu tidak statik. Ia akan berubah mengikut perkembangan zaman. Itulah tanda bahawa bahasa itu hidup. Kalau tiada orang menggunakan bahasa, ia akan mati seperti bahasa Hawaii contohnya. Banyak istilah yang berkaitan dengan pelbagai bidang termasuklah bidang sains dan teknologi telah dimelayukan. Kalau saudara mempertikai tentang penyaduran istilah tersebut, cuba saudara berikan contoh satu perkataan dan daripada bahasa mana asal kata tersebut? Saya yakin bahawa asalnya bukan hanya daripada bahasa Inggeris sahaja. Orang Inggeris pun meminjam banyak istilah daripada bahasa lain, contohnya: algebra - B.Arab, amuck- B.Melayu, combat - B.Latin, Science - B.Latin melalui B.Perancis, Technology - B.Greek, dll. Kalau dikaji sebahagian besar kata dalam bahasa Inggeris itu dipinjam drp. bahasa lain. (Sila baca bahan yang berkaitan dengan perkembangan bahasa Inggeris). | Lain-lain | 25.12.2008 |
Salam sejahtera untuk tuan/puan sekalian. Berkenaan dengan sejarah tulisan bahasa Melayu, biasanya sejarah bahasa amat sukar untuk saya fahami. Jadi bagaimanakah perkembangan sistem bahasa dan tulisan bahasa Melayu berkembang, bermula dari sistem tulisan Melayu kuno sehinggalah sistem tulisan bahasa Melayu yang kita guna sekarang iaitu tulisan rumi. Huraikan secara terperinci mengenai sistem ejaan, dan sistem tulisan bahasa Melayu. Sekian sahaja dari saya. Terima kasih di atas pertolongan tuan/puan. | Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Bab 1 : Sejarah Ringkas Bahasa Melayu; Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu (DBP); Ismail Hussain (1966), Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita; Harun Aminurrashid (1966), Kajian Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu. | Lain-lain | 09.07.2008 |
ejaan sebenar : Saint Mark dalam tulisan jawi | Untuk makluman tuan, ejaan Jawi khusus terpakai kepada perkataan Melayu kerana tulisan Jawi ialah tulisan dalam bahasa Melayu. Berpegang kepada panduan kata pinjaman/bahasa Inggeris yang dieja mengiku sebutan cadangan kami ialah سين ت ما ر ك. | Ejaan | 03.05.2012 |
Dimana boleh saya dapat garis panduan untuk buat rujukan bila membuat iklan papan tanda. Spesifikasi kegunaan tulisan bahasa dan tulisan Inggeris dalam papan tanda iklan? Seperti size tulisan, gambar yang boleh digunakan etc. | Garis panduan atau Undang-undang Kecil Iklan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang boleh diperoleh di Jabatan Pelesenan, DBKL. Untuk makluman awal dalam mana-mana undang-undang kecil iklan mensyaratkan iklan mestilah dalam bbahasa kebangsaan dan jika ada bahasa-bahasa lain, bahasa kebangsaan hendaklah diutamakan. | Lain-lain | 20.09.2013 |
tulisan jawi untuk "kewangan" | Lihat Lampiran | Ejaan | 22.08.2011 |
tulisan yang betul bagi sebutharga dan penyebutharga. | Yang betul ialah sebut harga. | Tatabahasa | 11.12.2009 |
tulisan/ejaan betul bagi: Matapelajaran atau mata pelajaran? Samada atau sama ada? | Puan Hafisah, Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Walau bagaimanapun, kata majmuk yang mantap sahaja dieja satu perkataan, iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataan. Oleh yang demikian, ejaan bagi kata mata pelajaran dan sama ada dipisahkan menjadi dua perkataan. Sekiranya, puan ingin memahami dengan lebih lanjut tentang "pembentukan kata", puan boleh membaca buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 04.03.2009 |
Bagaimanakah bentuk bahasa tulisan? | Bahasa tulisan ialah bahasa yang menggunakan bentuk bahasa baku atau standard, iatu bentuk bahasa yang betul dari segi tatabahasanya, ejaan, gaya dan laras bahasa dan bukan bahasa pasar atau bahasa percakapan. | Lain-lain | 01.03.2008 |