Bolehkah perkataan "tumbuh-tumbuhan" disingkatkan kepada "tumbuhan". Tajuk "Alam Tumbuhan" adakah frasa kata ini gramatis? | Penggunaan yang betul ialah tumbuh-tumbuhan, Alam Tumbuh-tumbuhan. | Ejaan | 05.05.2017 |
Salam sejahtera. Saya ingin mendapatkan khidmat nasihat berkenaan alihan bahasa daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu bagi frasa "American Adder's Tongue", sejenis tumbuhan yang digunakan sebagai herba dalam merawat luka. Ia merupakan tumbuhan daripada kategori tumbuhan paku (seperti paku-pakis), nama saintifiknya adalah 'Ophioglossum vulgatum' dan ia juga dikenali dengan nama "southern Adder's tongue". Saya tertanya-tanya jika tumbuhan ini mempunyai telah nama spesifiknya dalam Bahasa Melayu. Saya lampirkan bersama gambar bagi memudahkan usaha kalian. Segala kerjasama di pihak kalian amat saya hargai. | Nama tumbuhan tersebut tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Jika nama tersebut hendak digunakan, kami mencadangkan supaya perkataan tersebut ditulis condong (italik). Untuk keterangan lanjut, saudara boleh menghubungi Jabatan Pertanian, UPM atau FRIM untuk rujukan lanjut. | Lain-lain | 13.03.2018 |
Tumbuh-tumbuhan menyerap air daripada akar kepada daun. atau Tumbuh-tumbuhan menyerap air dari akar ke daun. Munsyi, haraplah munsyi berikan tunjuk ajar TK | Tumbuh-tumbuhan menyerap air daripada akar kepada daun. Kata sendi nama dari untuk tempat dan masa, manakala kata sendi nama daripada untuk sumber, perbandingan dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 268.
| Tatabahasa | 04.07.2012 |
Adakah ayat ini betul? 1- Adakah tumbuh-tumbuhan sejenis benda hidup? ataupun 2- Adakah tumbuh-tumbuhan benda hidup? | Ayat yang betul ialah; Adakah tumbuh-tumbuhan tergolong dalam kumpulan benda hidup? | Tatabahasa | 25.03.2010 |
1. Apa makna kelumpang? 2. Apa makna selubung? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, kelumpang bermaksud 1. sj tumbuhan (pokok), kelumpung, Sterculia foetida; 2. = ~ burung sj tumbuhan (pokok), perupuk, rongga jantan, unting-unting, Sterculia parviflora; 3. = ~ keras sj tumbuhan (pokok), katak udang, otak udang, Buchanania lucida. Manakala selubung pula bermaksud kain utk menutup kepala atau badan; kelubung. berselubung memakai selubung; berkelubung. menyelubung menutup sesuatu dgn selubung: Dia ~ anaknya dgn kain pelekat. menyelubungi 1 menjadi sbg selubung pd: Sehelai kain pelikat ~ kepala anaknya. 2 ki menjadikan sesuatu kejahatan dll tidak diketahui orang: Keramahannya itu hanya utk ~ maksudnya yg buruk. menyelubungkan menggunakan sesuatu sbg selubung: Dia ~ kain itu pd kepalanya. | Lain-lain | 15.05.2010 |
Yang mana lebih betul:- 1) Biasanya, tumbuh-tumbuhan yang tidak berbunga mempnyai spora 2) Tumbuh-tumbuhan yang tidak berbunga biasanya menpunyai spora. Terima kasih | Kedua-da ayat ini betul. | Tatabahasa | 26.03.2010 |
Pernyataan atau penyataan 1. Susun pernyataan-pernyataan berikut mengikut urutan yang betul untuk menghuraikan proses persenyawaan pada tumbuhan berbunga. 2. Susun penyataan-penyataan berikut mengikut urutan yang betul untuk menghuraikan proses persenyawaan pada tumbuhan berbunga. | Penggunaan perkataan yang betul ialah penyataan, Susun penyataan yang berikut mengikut urutan yang betul untuk menghuraikan proses persenyawaan pada tumbuhan berbunga. | Tatabahasa | 31.08.2012 |
plant family: Piperaceae terjemahan bahasa malaysianya? adakah tumbuhan keluarga | Terjemahan untuk Plant Family dalam bidang perhutanan dan biologi ialah Famili Tumbuhan | Istilah | 23.05.2014 |
Apakah maksud pucuk jagus? | Ejaan yang betul ialah janggus, iaitu sejenis tumbuhan atau dikenali juga sebagai gajus. Pucuk janggus/gajus ialah daun muda tumbuhan tersebut. | Makna | 17.07.2011 |
Assalamualaikum, Ekoran pertanyaan saya berkaitan penggunaan -nya keada bukan manusia, bolehkan -nya digunakan untuk merujuk binatang atau tumbuhan. Contohnya dalam ayat yang berikut: a. Binatang: 1. Anjing itu mati dilanggar kereta. Bangkainya dibiarkan di tepi jalan. b. Tumbuhan 1. Bawang semakin sukar didapati di pasaran. Harganya meningkat dengan mendadak. Terima kasih | Waalaikummussalam saudara Mohd Januri, Nya ialah kata ganti diri nama orang ketiga. Oleh itu, penggunaan "nya" merujuk kepada manusia bukannya merujuk kepada haiwan dan tumbuhan. Menerusi contoh ayat yang diberikan memadai sekiranya diganti dengan menggunakan perkataan di bawah: 1. Anjing itu mati dilanggar kereta. Bangkai anjing itu dibiarkan di tepi jalan. 2. Bawang semakin sukar didapati di pasaran. Harga bawang meningkat dengan mendadak. Selain bertindak sebagai kata ganti nama diri orang ketiga 'nya' juga bertindak sebagai kata pembenda/penekan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk mengetahui maklumat lanjut. | Tatabahasa | 08.09.2012 |