Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tum.pah] | تومڤه

Definisi : terkeluar, keluar dr bekasnya (benda cair, beras, dll): hendaklah kamu letakkan bekas itu perlahan-lahan supaya tidak ~ isinya; maka kedua-dua pihak itu pun banyak mati, darah pun banyak ~ ke bumi; tanah (tempat, negeri dsb) ~ darah tempat dilahirkan; ~ darah keluar darah dgn banyak­nya dr rahim (bkn perempuan yg baru bersalin, keguguran dsb), turun darah; ~-ruah tumpah banyak-banyak; menumpahi tumpah dan mengenai sesuatu, mencurahkan pd; menumpahkan 1. menjadikan tumpah, menyebabkan tumpah: siapa yg ~ beras dr guni ini? 2. ki memberi (perhatian dll), mencurahkan: semua yg hadir ~ perhatian kpd Amir; 3. ki mengeluarkan atau melahir­kan (perasaan dll): dia membiarkan orang tua itu ~ segala yg terbuku di dadanya; ~ darah melakukan pembunuhan (peperangan dll); tertumpah 1. telah ditumpahkan atau tumpah: air di dlm gelas itu berkocak, malah ada yg ~ ke bawah; 2. ki telah diberikan kpd, tercurahkan: dia masuk bilangan anak-anak yg pandai, sehingga kasih sayang gurunya ~ kepadanya; 3. ki tertumpu: dia memandang ke arah daun tingkap yg ke-gelapan, tempat ~nya bayangan api pelita; tumpahan sesuatu yg tumpah (ditumpah­kan), curahan: terasa benar ~ sayang ibunya kepadanya sekali itu; ~ minyak tompokan minyak yg terapung-apung di permukaan laut, biasanya akibat drpd minyak yg tumpah dr kapal disebabkan perlanggaran dsb; ketumpahan terkena sesuatu yg tumpah: bajunya ~ kuah; pertumpahan perihal tumpah; ~ darah perihal tumpah darah (kerana peperangan, perkelahian, dll); penumpahan perihal menumpahkan, pen-curahan; ~ darah perihal menumpahkan darah (berperang, berbunuh-bunuhan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tum.pah] | تومڤه

Definisi : terkeluar dr bekasnya (ttg benda cair atau barang yg berderai-derai). ~ darah keluar darah dgn banyaknya dr rahim (bkn perempuan yg keguguran, baru bersalin dsb). tempat ~ darah tempat dilahirkan. ~ ruah tumpah dgn banyak. menumpahi tumpah dan mengenai sesuatu; mencurahi: Air yg dibawanya ~ lantai. menumpahkan 1 menyebabkan tercurah keluar dr tempatnya: Anaknya yg nakal itu telah ~ gula ke tanah. 2 menumpukan atau mencurahkan (minat, perhatian, tenaga dll) pd sesuatu: Ia ~ segala tenaganya pd projek itu. ~ darah membunuh atau melukai. tertumpah 1 sudah tumpah atau ditumpahkan. 2 telah diberikan kpd; tercurah: Kasihnya ~ kpd anaknya. tumpahan apa-apa yg tumpah atau yg ditumpahkan. ketumpahan ter­kena sesuatu yg tumpah: Bajunya ~ kuah. pertumpahan hal tumpah: ~ darah perkelahian (peperangan dsb) yg menumpahkan darah. penumpahan perbuatan, hal dsb menumpahi atau me­num­pahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tumpah
Kata Terbitan : menumpahkan, tertumpah, tumpahan, penumpahan,

Puisi
 

Sayang langimut tumpah di papan,
     Daun yang lekang beragi-ragi;
Mengelimut berhadapan,
     Jika di belakang apatah lagi.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Kuah tumpah (= tertuang) ke nasi.

Bermaksud :

Anak yang dikahwinkan dengan kemanakan; sesuatu yang sudah sewajarnya.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah kesalahannya? 1) Pengunjung yang ke 1000 pasar raya itu layak menerima hadiah. 2) Jangan cerobohi rumput-rumput yang baru ditanam di taman ini. 3) Wajah Mak Usu mengingatkan saya kepada arwah ibu yang saling tak tumpah seiras. 4) Promosi barangan murah oleh pasaraya menarik perhatian. 5) Haji Khalid gemar cerita mengenai zaman bujangnya kepada anak-anak.Ayat yang saudara kemukakan terdapat kesalahan dan telah kami perbetulkan.
1) Pengunjung yang ke-1000 pasar raya itu layak menerima hadiah.
2) Jangan pijak rumput-rumput yang baru ditanam di taman ini.
3) Wajah Mak Usu salin tak tumpah arwah ibu dan mengingatkan saya kepadanya.  
4) Promosi barangan murah oleh pasar raya menarik perhatian orang ramai.
5) Haji Khalid gemar bercerita mengenai zaman bujangnya kepada anak-anak
Tatabahasa05.04.2013
Kata dasar “pengebumian” ialah “ke bumi”. Dengan berdasarkan makna yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, ke bumi bukanlah bermakna “masuk ke dalam bumi” melainkan berada di bumi (angkasawan kembali ke bumi) dan kena pada tanah (jatuh ke bumi, tumpah ke bumi). Dapatkah kita katakan “ke bumi” dalam konteks “pengebumian” ialah kiasan yang maksud sebenarnya ialah “dimasukkan ke dalam lubang kubur”?    Sdr. miarmgu,  terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Pertanyaan sdr. (soalan yang ditanyakan), dimasukkan ke dalam lubang kubur,  jika melihat makna yang diberikan dalam kamus pelajar ke bumi; mengebumikan menanam mayat ke dlm kubur; menguburkan. pengebumian perbuatan atau hal mengebumikan. Kata-kata tersebut boleh memberi makna yang sdr. maksudkan.Makna23.02.2009
kesalahan penggunaan kata sendi akan dan imbuhan –kan dalam ayat bahasa MelayuKata sendi nama akan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Contohnya: 
1. Wanita itu amat rindu akan anaknya.
2. Semua rakyat mesti sayang akan negara tempat tumpah darahnya.
 

Kesalahan penggunaan kata sendi nama akan adalah seperti yang berikut:
1. Wanita itu amat rindukan anaknya.
2. Semua rakyat mesti sayangkan negara tempat tumpah darahnya.


Untuk maklumat lanjut tentang akhiran -kan, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 183 -186 
Tatabahasa23.03.2012
Pak Rahim (mengesat) peluh yang mengalir di dahinya semasa dia bertungkus-lumus di sawah padi. Mengapakah kita tidak boleh menggunakan "mengelap" ?
  • mengesat

    1. menyapu-nyapu atau menggosok supaya kering: budak itu menggeleng-geleng sambil ~ air matanya; ~ peluh; ~ darah; 2. bp menyapu-nyapu (menggosok) kerana membersihkan sesuatu (drpd habuk, kotoran, dll);
  • mengelap

    menyapu atau mengeringkan dgn kain lap dll, menyeka: dia berdiri seketika, kemudian ~ dahinya; tidak mengapa tumpah sedikit saya boleh lap;
  • Berdasarkan  makna yang diberikan di atas, apabila dipadankan dengan contoh ayat , menunjukkan kedua-dua kata tersebut boleh digunakan, namun yang lebih tepat dan biasa digunakan ialah mengesat.

    Makna02.10.2009

    Kembali ke atas