Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tumpang;

Puisi
 

Hisap rokok tembakau Jawa,
     Asap keluar berbunga-bunga;
Tumpang bertanya si baju kasa,
     Tumpang bertanya siapa nama.


Lihat selanjutnya...(35)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
perkataan seerti dengan perkataan tumpang

Tidak ada perkataan khusus yang seerti dengan perkataan tumpang  kerana penggunaan perkataan tumpang boleh membawa pelbagai maksud dalam konteks tertentu. Berdasarkan Kamus Bahasa Melayu Nusantara, tumpang mempunyai  6 tafsiran, iaitu:

1. Berada (terletak, terdapat) di atas sesuatu. Contoh ayat: gumpalan awan hitam sebagai kepala raksasa tumpang di atas puncak gunung.  

2. Menaiki kenderaan (kereta, kapal dsb) untuk berpergian. Contoh ayat: Kalau masih ada tempat, saya mahu tumpang kereta api senja.

3. Turut tinggal (bermalam dsb) sementara di rumah orang; singgah (bermalam, tinggal) untuk sementara.

4. Berpergian dengan menaiki kenderaan (kereta) orang lain dengan percuma.

5. Meminta atau memohon supaya diizinkan (berjalan, bertanya dsb).

6. Bersama-sama mengerjakan (melakukan) sesuatu, ikut  serta.

Saudara juga boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1733. 

Istilah18.02.2009
Tumpang tanya macam mana nak terjemah "Chinese opera troupe" ke bahasa melayu?Cadangan terjemahan yang sesuai ialah “Kumpulan Opera Cina”.Penyemakan dan penterjemahan16.10.2024
Tumpang tanya, di bahagian rekod pertanyaan memang yang disenaraikan soalan yang telah dijawab sahaja ke? Soalan baru yang belum dijawab memang tak keluar di situ ke? Atau, memang soalan yang saya hantar tadi sebenarnya tak berjaya dihantar ke sistem DBP walaupun ada makluman beritahu kata "Soalan anda telah kami terima. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami."?Selamat Sejahtera. Sila log masuk akaun KNDBP dan klik "Rekod Pertanyaan" untuk melihat senarai pertanyaan dan status soalan tersebut. Pertanyaan yang baru dihantar juga boleh dilihat semula dalam rekod pertanyaan. Lain-lain12.12.2023
Tumpang tanya ayat yang manakah boleh diterima 1) Bapa dan Ali sedang menanam pokok. 2) Ali dan bapa sedang menanam pokok. 3) Saya dan ayah sedang menanam pokok. 4)Ayah dan saya sedang menanam pokok. Terima kasih atas menjawabSemua pilihan jawapan tersebut betul.Lain-lain10.05.2022
Tumpang tanya, tuan. Saya ada rujuk dalam kamus dan didapati istilah yang saya cari ini ditanda dengan 'mn'. Apa maksud 'mn'? Terima kasih tuan.Salam sejahtera,

Mn di dalam kamus merujuk kepada Minangkabau.

Tuan boleh rujuk setiap kependekan yang ada di dalam kamus pada halaman KEPENDEKAN (Ii) pada bahagian hadapan kamus.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain16.03.2018
Tumpang tanya, permohonan di dalam lampiran telah ditolak dengan sebab tiada bahasa Melayu untuk disahkan.Sebab tiada Bahasa Melayu adalah kerana ini merupakan iklan dengan slogan kompani sahaja. Adakah cadangan apa untuk menambah baiki iklan ini?

DBP tidak mengesahkan jenama atau logo syarikat. Sila masukkan keterangan dalam bahasa Melayu, "BAHARU" atau sebarang keterangan lain yang boleh dikaitkan dengan visual tersebut.

Tatabahasa27.05.2016
Tumpang tanya ada tak istilah bahasa melayu bagi 'ionizer'? Istilah ini ada pada produk penghawa dingin. terima kasih"Merujuk data PRPM, istilah bahasa Melayu bagi perkataan ionizer ialah pengion.Tatabahasa05.06.2013
Helo, Tumpang tanya, dimanakah saya boleh mendapatkan buku yang ditulis dalam tulisan jawi? Tidak kisah sama ada buku cerita ataupun buku pendidikan. Saya perlukannya untuk dijadikan bahan rujukan dan pembelajaran. Mohon tuan/puan membalasnya. Terima kasih.

MENDAPATKAN BUKU TERBITAN DBP

Untuk makluman, buku terbitan DBP (termasuk tulisan jawi) boleh dibeli di kedai buku, wakil  penjual, ujana DBP dan melalui portal DBP. Maklumat lanjut, sila hubungi talian seperti berikut:

 

•Anjung DBP – 03 2147 9597 / 03 2147 9598

•Kompleks DBP Hulu Kelang – 03 41010028 / 019 2141956 (WhatsApp)

•DBP Cawangan Sarawak – 082 227000 / 019 8768358

•DBP Cawangan Sabah – 088 439317 / 010 9425569

•DBP Wilayah Timur – 09 7414918 / 014 9180092

atau klik pautan ini untuk pembelian buku secara dalam talian: https://dbpniaga.my//

 

Sekian, terima kasih

Lain-lain13.07.2020
Maaf, tumpang tanya. Adakah kata dasar dan kata tunggal adalah sama? Mohon penjelasan daripada pihak DBP. Terima kasih.Menurut data kami, kata dasar ialah kata akar atau kata terbitan yang dapat diberi imbuhan. Kata tunggal bermaksud bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, yakni yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain.Tatabahasa02.06.2020
Salam. Tumpang bertanya. Perlukah perkataan "halal" diitalikkan (italicized) jika digunakan dalam artikel bahasa Inggeris?Perkataan "halal" dalam bahasa Inggeris dieja dan disebut sama. Tuan/Puan sila rujuk cara penggunaan atau hukum menulis perkataan tersebut dalam bahasa Inggeris melalui institusi yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Inggeris, kerana pihak kami hanya menjawab soalan berkaitan hal bahasa Melayu sahaja. Terima kasih.Ejaan20.09.2017
12345

Kembali ke atas