A'kum dan Salam 1 Malaysia, saya Che'Rozaniza Binti Azizan, pelajar PhD daripada UPM memerlukan khidmat terjemahan bagi perkataan bahasa Inggeris ini: discriminant convergent Untuk makluman tuan/puan, ini adalah ayat asal perkataan tersebut: "........D-A fit, and N-S fit are three dimensions of P-E fit and have both convergent and discriminant effects on the outcomes" Segala bantuan dan maklum balas daripada pihak tuan/puan adalah amat saya hargai dan sanjungi. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah "discriminant convergent" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun terdapat istilah bahasa Melayu untuk "discriminant", iaitu diskriminan atau pembeza layan. Istilah untukĀ "convergent" ialah tumpu, tumpuan atau konvergen. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah tumpuan pembeza layan atau tumpuan diskriminan. | Istilah | 18.07.2013 |