Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tung.ga.kan]/[tung.ga/.kan] | توڠݢقن

Definisi : 1. hutang (ansuran dll) yg masih belum dijelaskan, baki hutang dll (yg seharusnya sudah dibayar): sekali gus dua bulan akan dibayarnya ~nya; 2. pekerjaan (kerja) yg masih belum dihabiskan, sisa pekerjaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tung.ga.kan]/[tung.ga/.kan] | توڠݢقن

Definisi : 1 hutang, ansuran dll yg masih belum dijelaskan. 2 sisa pekerjaan yg masih belum diselesaikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tunggak (kata nama)
Bersinonim dengan tunggul, asas, dasar, teras, tunjang, lunas, tonggak, sendi, pegangan, sandaran, landasan, prinsip, rukun, tiang;,
Kata Terbitan : menunggak, tunggakan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tolong semakkan penggunaan bahasa : Sila semak nombor kenderaan anda dalam menu ‘COMPOUND’ dan buat pembayaran segera sekiranya anda mempunyai tunggakan kompaun. TINDAKAN MAHKAMAH akan dilaksanakan ke atas pemilik yang tidak menjelaskan tunggakan kompaun. Kerjasamasa anda amat dihargai. Abaikan notis ini jika ada tiada kompaun tertunggak atau pembayaran telah dibayar. Terima kasih.Sila semak nombor kenderaan anda dalam menu COMPOUND dan buat pembayaran segera sekiranya anda mempunyai tunggakan kompaun. TINDAKAN MAHKAMAH akan dikenakan kepada pemilik kenderaan yang tidak menjelaskan tunggakan kompaun. Kerjasama anda amat dihargai. Sila abaikan notis ini jika tiada kompaun tertunggak atau pembayaran telah dibuat.  Tatabahasa07.10.2023
Assamulaikum Tuan, mohon semak ejaan dan penggunaan bahasa dalam iklan yang saya lampirkan dibawah. Terima kasih.Untuk makluman, permohonan pengesahan bahasa untuk iklan perlu dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. 

Betulkan seperti yang berikut:
  1. PERLU MENJELASKAN KESELURUHAN CUKAI PINTU BAGI TAHUN 2021 TERMASUK TUNGGAKAN
  2. PEMILIKAN BERSTATUS INDIVIDU SAHAJA
  3. Rapatkan titik bertindih dengan teks sebelumnya
    SEBARANG PERTANYAAN:
    TARIKH TUTUP:
  4. ELEKTRIK, (rapatkan tanda koma)
  5. PERBANKAN SECARA DALAM TALIAN (JOMPAY DAN PBT-PAY)
Lain-lain17.06.2021
Assalamualaikum Tuan, mohon menyemak ejaan dan penggunaan bahasa dalam Iklan yang saya lampirkan. Terima kasih.

Untuk makluman, permohonan pengesahan bahasa untuk iklan perlu dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my.

Betulkan seperti yang berikut:

  1. Jangan Biarkan Tunggakan Membebankan Masa Depan Anda
  2. PERBANKAN SECARA DALAM TALIAN (JOMPAY DAN PBT-PAY)
  3. Sila lampirkan keseluruhan visual iklan dan teks yang lebih jelas setiap butirannya untuk memudahkan penyemakan daripada pihak kami. Teks PEMBAYARAN MELALUI kurang jelas dan potong visual lain yang tidak berkaitan. 

Lain-lain17.06.2021
Penggunaan tunggak dan tonggak Wasatiyyah _________ kesatuan ummah. Apa perbezaan tunggak dan tonggak?Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, tonggak bermaksud 1 kayu yang panjang dan dipasang tegak (seperti tiang telegraf). 2 pangkal batang kayu yang masih tegak berdiri; tunggul. 3 asas atau dasar se­suatu kepercayaan, pegangan dll.

Manakala tunggak dalam Kamus Dewan Edisi Empat bermaksud 1. bahagian batang kayu yang masih tinggal dalam tanah sesudah ditebang atau patah, tunggul; 2. = tunggakan kerja yang masih belum dihabiskan; 3. ki asas, tunjangan, penunjang, pendukung.

Berdasarkan maksud tersebut, kedua-dua boleh digunakan. Walau bagaimanapun, penggunaan yang lazim ialah tonggak.
Tatabahasa17.01.2014

Kembali ke atas