Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tunggal (adjektif)
Bersinonim dengan satu, satu-satunya, mufrad, hanya satu, tiada yang lain, teramung, esa, wahid;,
Kata Terbitan : menunggalkan, ketunggalan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Gabungkan ayat tunggal 1.a.Mei Mei ikat rambut. b.Mei Mei sikat rambut.(dan) Mei Mei ikat rambut dan sikat rambut.@Mei Mei ikat dan sikat rambut. Jwp yang mana satu tepat?Ayat yang gramatis: Mei Mei sedang menyikat dan mengikat rambutnya.Tatabahasa28.07.2015
Gabungkan ayat tunggal 1.a.Mei Mei mengikat rambut. b.Mei Meimenyikat rambut.(atau) Mei Mei mengikat rambut atau mengikat rambut.@Mei Mei mengikat atau menyikat rambut. Jwp yang mana satu tepat?Jawapan yang betul ialah Mei Mei mengikat atau menyikat rambut?Tatabahasa12.08.2014
Gabungkan ayat tunggal 1.a.Mei Mei ikat rambut. b.Mei Mei sikat rambut.(dan) Mei Mei ikat rambut dan sikat rambut.@Mei Mei ikat dan sikat rambut. Jwp yang mana satu tepat?Ayat yang betul dan logik ialah Mei Mei menyikat dan mengikat rambut.Tatabahasa11.08.2014
Gabungkan ayat tunggal. 1)Mizi hendak ke Dataran Merdeka. Mizi tiada teman.(tetapi) JAWAPAN:a)Mizi hendak ke Dataran Merdeka tetapi tiada teman. b)Mizi hendak ke Dataran Merdeka tetapi (dia) tiada teman. ADAKAH KEDUA-DUA JAWAPAN BOLEH DITERIMA?? Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Mizi hendak ke Dataran Merdeka tetapi tiada teman".Tatabahasa22.07.2014
Gabungkan ayat tunggal. 1.Abu basuh tangan. Abu basuh kaki.(dan) JAWAPAN A:Abu basuh tangan dan kaki. JAWAPAN B:Abu basuh tangan dan basuh kaki. Mana satu jawapan lebih tepat?Ayat yang lebih sesuai bagi menggabungkan ayat tunggal ialah Abu basuh tangan dan kaki.Tatabahasa03.05.2016
Salam, antara berikut, yang manakah lebih tepat? 1. 'Persatuan Ibu Tunggal' atau Persatuan Ibu-ibu Tunggal'. 2. 'Rumah Anak Yatim Sentosa' atau Rumah Anak-anak Yatim Sentosa' Tujuan saya bertanyakan soalan ini adalah kerana 'persatuan' dan 'rumah' sudah menjadi satu entiti yang menyeluruh (merangkumi banyak dan besar serta sudah pastinya mengandungi lebih daripada 1orang, 1benda dan sebagainya). Jadi, mengapakah perkataan selepas itu perlu digandakan (jika jawapan yang betul memerlukan kata ganda)?Sekian, terima kasih.Frasa yang tepat ialah "Persatuan Ibu Tunggal" dan "Rumah Anak Yatim Sentosa".Tatabahasa08.07.2013
1.Bagi monolog, tanda petik manakah yang tepat digunakan? Tanda petik seperti dialog ataupun tanda petik tunggal? 2. Bagi kiasan (double meaning), adakah perlu menggunakan tanda petik tunggal. Terangkan secara terperinci penggunaan tanda petik tunggal. 3. Bagi species haiwan, tumbuhan, dan sebagainya, perlukah kita menggunakan huruf besar pada pangkal perkataan. Contoh: Memerang Licin.Bagi monolog dan kiasan tanda petik tunggal (' ') digunakan. Haiwan dan tumbuhan ialah kata nama am dan dieja dengan huruf kecil seperti harimau, memerang licin dan pokok renek. Ejaan17.08.2011
Assalamualaikum & selamat pagi, Apa beza kata tunggal dan kata dasar? Sefaham saya, kata tunggal ialah kata yang tidak menerima sebarang imbuhan. Contohnya seperti: pergi, bendera, hinggap, singgah. Manakala kata dasar pula sefaham saya ialah kata yang dasar bagi perkataan yang menerima imbuhan. Namun, dalam buku teks SJK BM Tahun 2, ditulis contoh bagi kata dasar ialah masak, agama. Contoh bagi kata tunggal pula ialah cat, krim, ambil, suara dan suka. Boleh pihak tuan/puan jelaskan? Terima kasih.

1. Membezakan kata tunggal dengan kata dasar satu langkah yang menyulitkan kefahaman sebab kata tunggal ada juga bentuk dasarnya. 
2. Terdapat empat jenis/bentuk kata: kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Keempat-empat jenis/bentuk kata ini ada kata atau bentuk dasarnya. 
3. Kata tunggal ialah bentuk kata yang mempunyai hanya satu bentuk dasar, iaitu tidak menerima apa-apa imbuhan, misalnya *yu, cat, buku*. 
4. Kata dasar ialah kata yang berpotensi menerima sebarang imbuhan. Kata tunggal *buku* boleh menerima imbuhan akhiran *-kan* lalu terbentuk *bukukan*. 
5. Jelas,  kata tunggal boleh berdiri sendiri tanpa imbuhan. Bentuknya sama ada satu suku kata (misalnya bab) atau lebih. 
6. Konsep kata dasar timbul apabila pengguna bahasa mahu menganalisis makna kata terbitan, misalnya *nyanyikan* dapat dicerakinkan kepada kata dasar *nyanyi* dengan  imbuhan akhiran kata kerja *-kan*.

Secara analoginya: Membandingkan kata tunggal dengan kata dasar seperti membandingkan  kereta dengan stereng. Sepatutnya kita membandingkan kereta A dengan kereta B dan sebagainya.
Tatabahasa16.01.2018
salam sejahtera, 1. Perkataan-perkataan di bawah ini merupakan kata tunggal atau kata berimbuhan? i. selepas ii. pelbagai iii. seminggu terima kasihWkslm,
Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, iaitu tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau ka dasar yang lain, seperti itu dan sudah. Kata selepas dan seminggu ialah kata terbitan bukan kata tunggal yang menerima imbuhan berbentuk awalan 'se'. Manakala pelbagai merupakan kata tunggal. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 47.


Tatabahasa20.07.2018
Ayat: (1) Saya bercadang pergi ke pantai. Ayat (1) ini berbentuk ayat tunggal atau ayat majmuk? Bolehkah ayat (1) dipecahkan kepada dua ayat?Ayat Saya bercadang pergi ke pantai ialah ayat tunggal.Tatabahasa23.12.2014
12345678910...

Kembali ke atas