Manakah satu yang betul : a) Apakah lagi yang awak tunggu sehingga kerja masih tidak siap dibuat. b)Apatah lagi yang awak tunggu sehingga kerja masih tidak siap dibuat. | A) Apakah | Tatabahasa | 09.07.2014 |
Merujuk kepada jawapan yang diberi ( Jawapan (A) Apakah )bagi soalan Manakah satu yang betul : a) Apakah lagi yang awak tunggu sehingga kerja masih tidak siap dibuat. b)Apatah lagi yang awak tunggu sehingga kerja masih tidak siap dibuat. Sebenarnya apakah perbezaan antara "Apakah" dan "Apatah" ? | 1.Maksud "apatah" (Kamus Dewan Edisi Keempat) = apalagi/lebih-lebih lagi 2. Maksud "apakah" (Tatabahasa) = kata ganti nama diri tanya merujuk benda atau perkara. Oleh itu, jawapan yang betul untuk soalan saudara ialah A. (tetapi perlu ada tanda soal ? di akhir ayat) Apakah lagi yang awak tunggu sehingga kerja masih tidak siap dibuat? | Tatabahasa | 14.07.2014 |
Apa itu wargamas!!!! Ibu saya yang berumur 66 tahun terpaksa tunggu di Hospital Sultana Aminah Johor bahru bahagian (PEASAKI LUAR) selama 3 jam untuk ambil ubat.. Selepas mendapat nasihat doctor, lalu saya tumpang tanya dengan doctor "Ibu saya berumur 66 tahun, dia di category kan wargamas. Kenapa dia perlu tunggu sampai 3 jam" Doctor bercakap " NO WARGAMAS DI DISI CONSIDER 70 YEARS AND ABOVE" Adakah ini betul!!! Every state got different age for WARGAMAS... Help me to find-out.. Is't true!!!! Adakah ini benar.. | Warga emas ialah ungkapan yang sopan yang bermaksud orang tua. Walau bagaimanapun, had umur warga emas tersebut bergantung pada pihak tertentu termasuk hospital untuk mengklasifikasikannya. Saudara boleh juga menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan maklumat dari segi umur warga emas. | Lain-lain | 13.06.2012 |
Ayat1:Baiklah,Ali. Saya akan tunggu kamu. Ayat2:Baiklah,Ali. Saya akan menunggu kamu. Kedua-dua ayat ini betul?Perkataan menunggu dalam ayat ini boleh tulis dalam kata dasar sahaja dalam perbualan? | Ayat “Saya akan menunggu kamu” merupakan ayat yang betul. Perkara ini disebabkan ayat aktif mempunyai kata kerja aktif (menunggu) mesti disusuli dengan kata nama (kamu). Ayat ‘Saya akan tunggu kamu’ merupakan bentuk tidak baku dan hanya digunakan dalam bahasa percakapan. | | Tatabahasa | 06.03.2017 |
Ruang menunggu atau ruang tunggu atau ruang penungguan? | Jawapan yang betul dan tepat ialah RUANG MENUNGGU. | Istilah | 10.07.2018 |
Please wait to be seated | sila tunggu untuk diberi tempat duduk | Lain-lain | 26.03.2007 |
Slmt ptg, tumpang tanya ye, bolehkah saya mendapatkan buku teks tahun 1 2011 dalam pasaran? Sdh lama tunggu, tapi buku -buku teks masih belum sampai kat sekolah lagi. Sekian, terima kasih. | Bagi buku teks terbitan DBP, sebahagian besar buku teks tahun 1 kegunaan mulai tahun 2011 telah diedarkan ke sekolah-sekolah. Buku teks ini akan berada di pasaran terbuka mulai pertengahan bulan November. | Lain-lain | 01.11.2010 |
dah mohon pengesahan iklan, dbp dah sahkan permohonan diterima, sedang proses. masalahnya, bila nak siap proses/sahkan permohonan? lama tunggu dah ni...................................................................................................................................... | Sila hubungi kami ditalian 03-21479400/9500/9600 dan nyatakan nombor pendaftaran ikalan untuk kami memproses permohonan tuan dengan kadar yang segera. | Lain-lain | 28.09.2015 |
Shahrul Adzrizar Ruslani 1:44AM salam, saya nak tanya apa dokumen2 yang perlu saya bawa semasa temuduga jawatan pembantu pemasaran nanti? saya tunggu email tp tkde lagi. terima kasih | Sila hubungi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia melalui talian 03-21479341, Puan Fairuz binti Yaacob untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Lain-lain | 18.08.2016 |
ADAKAH AYAT "SILA MENUNGGU BAS DI STESEN BAS MASING-MASING 10 MINIT AWAL' ITU BETUL? | Ayat yag lebih gramatis ialah "Sila tunggu bas di stesen bas masing-masing 10 minit lebih awal." | Tatabahasa | 21.03.2017 |