Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tun.ju/] | تونجوق

Definisi : 1. bp = menunjuk, menunjukkan; ~ diri menampakkan diri (menghadap pembesar dll); 2. Mn jari telunjuk; ~ ajar segala macam nasihat dan ajaran; ~ cara melakukan sesuatu dgn tujuan utk memberitahu cara-cara membuatnya; ~ langit kayu yg dipasang tegak dr alang ke bumbung rumah; ~ perasaan perbuatan menyatakan pendapat (bantahan dsb) dgn perarakan atau rapat umum dsb, demonstrasi; bertunjuk-tunjukan 1. saling memperlihat-kan (diri dll), saling mengacukan jari; 2. = tunjuk-menunjuki saling memberi nasihat, nasihat-menasihati; menunjuk 1. mengarahkan jari telunjuk ke, mengacukan jari telunjuk ke: ia ~ ke papan hitam; 2. memberitahu dgn mengarahkan sesuatu ke, memberitahu dgn isyarat: ia menunjuk-nunjuk dgn kipas; 3. mengarah­kan jari (telunjuk) ke atas, mengangkat tangan; 4. menetapkan atau menentukan (orang yg diangkat, dipilih, dll): orang kampung telah ~ beliau menjadi ketua mereka; 5. mengemukakan sesuatu sbg alasan, mengingatkan sesuatu dgn bukti, menyatakan, merujuk; ~ perasaan mengadakan tunjuk perasaan (dgn berpiket, berarak, dsb), berde­montrasi; menunjuk-nunjuk gemar memper­lihatkan kelebihan diri sendiri: ancaman besar ter-hadap perasaan muhibah di negeri ini ialah drpd pemimpin-pemimpin politik perkauman yg cuba ~ pandai dan terlalu bercakap banyak; menunjuki memberitahu cara melakukan sesuatu, mengajari: ibu ~ kakak cara mem­buat kuih itu; guru kami telah ~ pendakwah-pendakwah; menunjukkan 1. menggunakan sesuatu utk menunjuk (jari dll), menunjuk dgn: ~ jari; 2. memperlihatkan sesuatu kpd, memberi lihat: dia pun naik ke rumah ~ kakinya yg dimakan keri itu; 3. memberitahu di mana (letak, arah, dll): maka datanglah budak-budak ~ masjid; 4. menampakkan (sesuatu yg terpendam di hati dll), mendedahkan: tidak seorang jua pun yg berani ~ kemarahan mereka ber­terang-terang; 5. memperkenalkan: maka orang itu ~ anak raja itu dgn isyarat; 6. mem­beri keterangan (penjelasan), menerang­kan, menjelaskan: sekiranya ada bukti-bukti yg ~ Ahmad melakukan pembunuhan itu, polis akan meminta kpd majistret supaya Ahmad ditahan; 7. memberikan bukti, membuktikan, mengesahkan: dikemukakan satu konsep baru yg ~ bahawa kemiskinan orang-orang itu sebenarnya satu penyakit sosial; 8. menyatakan, menandakan: suhu yg terendah pd hari atau malam itu ditunjuk­kan oleh besi itu; mempertunjukkan 1. memberi lihat (kpd), memperlihatkan (wayang, sandiwara, dll): masing-masing bangsa ~ kebudayaan nasio­nal­nya; 2. memperlihatkan (barang-barang dll), mempamerkan: tiap-tiap bangsal telah dihiasi dgn indah, iaitu menurut jenis barang-barang yg akan dipertunjukkan; 3. mem­berikan bukti, membuktikan: aduhai sau­dara, pertetapkan iman dan berserah kpd Allah, tiap-tiap yg benar itu akan dipertun­juk­kan kebenarannya; pertunjukan 1. sesuatu yg dipertontonkan (wayang gambar, sandiwara, dll), tontonan: pd suatu malam rombongan pemuda-pemudi mengadakan ~ kebudayaan di gedung ke-senian; 2. apa yg dipertunjukkan; 3. pameran: ~ pertanian dan perkebunan; 4. perihal me-nunjukkan (cara melakukan sesuatu dll), pengajaran: guru hendaklah sentiasa sedia utk memberikan ~ dan pertolongan; 5. = ~ perasaan ark tunjuk perasaan, demonstrasi; petunjuk, pertunjuk ark 1. sesuatu yg menunjuk atau menunjukkan (tanda, isyarat, dll), tanda dll yg memberitahu tentang sesuatu: pemandu-pemandu kereta sangat sedikit yg mematuhi ~-~ jalan raya; 2. ketentuan yg harus dipatuhi, syarat: sebelum memakan ubat ini, ~ yg dikembarkan ini hendaklah dibaca dgn teliti; 3. ajaran, nasihat, tunjuk ajar: esei-esei yg dikumpulkan di dlm Renung-an penuh dgn seruan dan ~ utk menyedarkan dan membangunkan masyarakat; 4. bisikan hati (yg datang drpd Tuhan), ilham: mene-rima ~ Tuhan; 5. sesuatu yg menjadi panduan (utk melakukan sesuatu), rujukan: buku ini adalah ~ yg baik bagi penggemar-peng-gemar kesusasteraan; penunjuk 1. alat yg digunakan utk menunjuk atau menunjukkan: ~ jangka suhu maksimum atau minimum dibuat drpd kaca atau keluli; 2. orang yg menunjuk atau menunjukkan: mahukah kamu menjadi ~ jalan kpd kami? 3. sesuatu yg digunakan sbg panduan (utk melakukan sesuatu), peringatan, rujukan: kpd pihak inilah saya mengharap agar sanggup mengakui kesalahan-kesalahan yg telah lalu utk menjadi peringatan dan ~ utk masa hadapan; ~ jalan a) orang yg menunjuk jalan, mualim; b) tanda panah dll utk menunjuk jalan; ~ perasaan orang yg mengadakan tunjuk perasaan (berdemonstrasi). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tun.ju/] | تونجوق

Definisi : ; ~ langit sj ikan laut, Triacanthus oxycephalus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tun.ju/] | تونجوق

Definisi : ; ~ ajar segala macam nasihat dan ajaran. ~ muka hadir di sesuatu majlis sekejap saja. ~ perasaan per­­buatan menyatakan pendapat dgn mengadakan perarakan, rapat umum dll; demonstrasi. bertunjuk-tunjuk­an 1 saling memperlihatkan diri. 2 saling mengacukan jari kpd satu sama lain. menunjuk 1 mengarahkan jari telunjuk ke: Jarinya ~ ke bangunan parlimen. 2 memberitahu dgn menga­rahkan sesuatu ke: Jarum pendek dan jarum panjang ~ ke angka dua belas. 3 mengemukakan atau menyatakan se­­suatu) sbg alasan; mengingatkan (se­suatu) dgn bukti; merujuk: Ia ~ Fasal 35 sbg dasar tindakannya itu. 4 menentukan sesiapa yg diberi tugas, dipilih, diangkat dsb: Perdana Menteri telah ~ dua orang sbg wakilnya. menunjuk-nunjuk suka memperlihatkan kelebihan diri sendiri. menunjuki memberitahu seseorang cara melakukan sesuatu; menasihati: Ali ~ adiknya cara membuat hitungan itu. menunjukkan 1 memperlihatkan se­­­suatu kpd: Ia ~ baju jahitannya kpd emak­nya. 2 menunjuk dgn; menggunakan sesuatu utk menunjuk. 3 memberikan keterangan atau penjelasan: Ia ~ cara membuat gubahan itu. 4 menyatakan; menandakan: Kesalahannya menjawab soalan-soalan itu ~ bahawa ia tidak mem­baca buku di rumah. 5 memberitahukan tempat letaknya atau arah sesuatu: Polis itu ~ jalan ke pejabat pos. mem­pertunjukkan 1 menjadikan sesuatu (spt wayang, lakonan, tarian) dpt ditunjukkan: Rombongan itu akan ~ beberapa tarian daerah. 2 memperlihatkan barang-barang; mempamerkan: Mereka telah ~ barang-barang buatan tempatan. pertunjukan 1 sesuatu spt wayang, sandiwara yg dipertunjukkan atau yg dipertontonkan: ~ wayang itu habis pd pukul 10.00 malam. 2 benda-benda yg diperlihatkan. 3 pameran: ~ buku diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka. penunjukan perbuatan (hal dsb) menunjuk atau menunjukkan. petunjuk 1 tanda atau isyarat yg mem­beritahukan sesuatu: Semua pemandu mesti patuh pd ~-~ jalan raya. 2 ajaran atau nasihat: ~ guru itu jangan disia-siakan. 3 sesuatu yg menjadi panduan utk melakukan sesuatu; rujukan: Buku ini menjadi ~ kpd penuntut-penuntut. penunjuk 1 alat yg digunakan utk menunjuk atau menunjukkan: jarum ~ kelajuan. 2 orang yg menunjuk atau menunjukkan. ~ jalan a. orang yg menunjukkan jalan; mualim. b. tanda panah utk menunjukkan jalan. ~ perasaan orang yg mengadakan tunjuk perasaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
BOLEH TAK BERIKAN SAYA CONTOH SURAT TUNJUK SEBABSurat tunjuk sebab merupakan salah satu surat rasmi dalam jabatan. Format surat  rasmi adalah sama, iaitu mesti ada kepala surat merujuk kepada penerima, bahagian badan (isi) bermula dengan perkara dan penutup, iaitu tindakan yang perlu diambil. Sila rujuk buku panduan penulisan surat rasmi.Lain-lain02.05.2008
Ingin meminta tunjuk ajar bagaimana untuk menerangkan kepada murid sekolah rendah cara menggunakan kata penegas dalam ayat.Kata penegas ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Terdapat dua jenis kata penegas, iaitu pertama yang menegaskan hanya frasa predikat, contohnya -kah, -tah dan -lah; dan kedua yang menegaskan subjek dan predikat ayat, contohnya juga, jua dan pun. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 261.Tatabahasa18.04.2013
apakah maksud sebenar 'tunjuk belang' yang biasanya digunakan dalam perbualan atau cerita?Tunjuk belang ialah simpulan bahasa yang bermaksud "menampilkan sifat sebenar".Lain-lain10.07.2007
Bagaimana cara untuk menjadi penulis buku kanak-kanak? Tolong beri tunjuk ajar. Terima kasih.Untuk memberi tunjuk ajar di halaman yang begini adalah sukar.  Saudara disarankan supaya mengikuti kursus penulisan karya kreatif yang sering dianjurkan oleh persatuan penulis.  Sila hubungi persatuan penulis yang berdekatan dengan saudara untuk mendapatkan keterangan lanjut.  Saudara juga boleh menghubungi KEPEZI yang diketuai oleh Puan Zaharah Nawawi seorang penulis wanita mapan Malaysia.  Radio IKIM juga kadangkala mengendalikan kursus penulisan kreatif.  Selamat mencuba dan berjaya.  Andainya saudara mempunyai manuskrip cerita kanak-kanak hantarkanlah kepada Ketua, Pusat Penyelidian dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak (PURNAMA), Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur sekiranya saudara mahu Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan karya saudara.Lain-lain14.02.2010
betulkan sekiranya ayat dimulakan dengan 'Ini kerana' Contoh, Ini kerana Malaysia sebuah negara yang aman dan damai.

Sdr Anuar,

Untuk makluman sdr, perkataan "ini atau itu" digolongkan sebagai kata ganti tunjuk. Kata ganti tunjuk digunakan untuk menunjukkan sesuatu atau seseorang. Misalnya;

   1. Ini kaset lagu terbaharu Mawi.

   2. Itu rumah kawan saya.

Oleh yang demikian, ayat sdr sepatutnya;

Hal ini kerana Malaysia merupakan negara yang aman dan damai.

(bukannya: Ini kerana Malaysia merupakan negara yang aman dan damai.) 

Tatabahasa07.03.2009
Tuan, saya ingin kepastian apakah ejaan yang betul bagi perkataan MENUNJUKKAN dan bagaimanakah imbuhan meN-kan patut digunakan dengan ejaan yang betul. Tunjuk ajar tuan amat dihargai,sekian terima kasih.Perkataan menunjukkan terbentuk daripada apitan meN-...-kan + kata dasar tunjuk. Apabila apitan meN-...-kan bergabung dengan kata dasar yang berakhir dengan huruf T seperti tunjuk, sorok dan buruk maka kata yang terbentuk mengandungi ialah menunjukkan, menyorokkan dan memburukkan. Dan jika apitan meN-...-kan bergabung dengan kata dasar lain seperti warna, sakit dan cuci maka kata yang terbentuk ialah mewarnakan, menyakitkan dan mencucikan.Tatabahasa11.07.2012
tuan, para mahasiswa diingati supaya tidak terlibat dengan mana-mana tunjuk perasaan. (APAkah kesalahan ayat itu? tuan)Para mahasiswa diingati supaya tidak terlibat dengan mana-mana tunjuk perasaan. - ayat ini betulTatabahasa09.08.2011
aslkm...saya mohon pandangan tuan tentang kenyataan ayat ini..."SURAT TUNJUK SEBAB TIDAK MENGIKUTI PERATURAN MASA BERTUGAS MSSM 2010". Berikan maksud yang tersirat dalam ayat ini.tkasih.

Penyataan ini bermaksud surat tunjuk sebab kerana tidak mengikuti peraturan masa bertugas yang telah ditetapkan dalam MSSM 2010. Untuk mendapatkan maksud yang tersirat sila rujuk pihak yang mengeluarkan ungkapan yang tersebut.

Tatabahasa22.04.2010
Bolehkah ayat bermula dengan ini?Perkataan ini ialah kata ganti nama tunjuk umum yang menjadi pengganti kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk.  Terdapat dua kata ganti nama tunjuk umum, iaitu ini (menunjuk pada yang dekat), dan itu (menunjuk pada yang jauh).  Contoh dalam ayat: 1. Ini hasil nukilan penulis muda itu. 2. Itu buku biografi Pendeta Za'ba.Tatabahasa15.08.2011
Ibu bapa perlu lebih pritatin terhadap anak-anak. Contohnya sabar memberi tunjuk ajar . adakah ayat kedua merupakan ayat tergantung? adakah ayat sebegini diterima dalam penulisan pmr? terima kasihAyat yang betul ialah ibu bapa perlu lebih prihatin terhadap anak-anak, contohnya sabar memberi tunjuk ajar.Tatabahasa21.01.2010
12345678910...

Kembali ke atas