Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, adakah ayat ini betul? 1. Guru Kemahiran Hidup menasihatkan cara memenggal kayu kepada murid-muridnya. Kata "menasihatkan" bermaksud memberikan sesuatu sebagai nasihat atau sebagai tunjuk ajar. Jadi, ayat (1) bermaksud guru Kemahiran Hidup memberikan cara memenggal kayu sebagai tunjuk ajar kepada murid-muridnya atau bermaksud guru Kemahiran Hidup menjadikan cara memenggal kayu sebagai tunjuk ajar kepada murid-muridnya.Ayat yang lebih betul : Guru itu memberi tunjuk ajar cara memotong kayu kepada murid-muridnya atau Guru itu menunjuk cara memotong kayu kepada murid-muridnya.Tatabahasa31.12.2014
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya beberapa soalan 1. Adakah kata tunjuk 'ini' boleh digunakan sebagai subjek dalam ayat? 2. Adakah perlu menggunakan perkataan 'pergi' dan kata sendi 'ke' dalam satu ayat? Jika dilihat kedua-duanya mempunyai maksud yang sama. Antara ayat di bawah yang mana betul? Adik pergi ke sekolah. Adik pergi sekolah.Kata nama yang menjadi subjek sesuatu ayat boleh terbentuk daripada kata ganti nama tunjuk "itu" dan ini".  Contohnya: 1. Ini pendapat yang bernas. 2. Itu tuduhan yang melampau. Kata ganti nama tunjuk "ini" dan "itu" dalam ayat yang diberikan merupakan subjek. Kedua-dua "pergi" dan "pergi ke" boleh digunakan, bergantung pada konteks ayat. Contohnya: 1. Dia pergi ke sekolah. 2. Dia pergi mencari kayu di hutan.Tatabahasa14.05.2012
Salam, saya ada satu persoalan tentang perkataan "senyum". Mohon PRPM beri tunjuk ajar. 1. Dalam bahasa Melayu (BM), wujud atau tidak perkataan ‘bersenyum’? 2. Dalam Kamus Dewan, yang ada cuma ‘tersenyum’. Akan tetapi, dalam korpus PRPM, ‘bersenyum’ didapati ada dalam BM. Jika kedua-dua bentuk ini wujud, apakah perbezaan makna antara ‘ber-‘ dan ‘ter-‘ yang digabungkan dengan ‘senyum’? 3. Adakah ‘senyum’ kata kerja tak transitif tanpa pelengkap? Sekian, terima kasih.Dalam bahasa Melayu, tidak terdapat perkataan bersenyum. Perkataan yang ada ialah tersenyum yang bermaksud melahirkan senyum. Perkataan 'bersenyum' cuma terdapat dalam pantun Melayu lama. Tidak semua perkataan mempunyai imbuhan 'ter' dan 'ber'. Contoh perkataan lain yang tidak mempunyai imbuhan "ber" tetapi mempunyai imbuhan "ter" ialah tergelak (tidak ada bergelak), tertawa (tidak ada bertawa) dan tergendala (tidak ada bergendala). Tersenyum ialah kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan objek atau penyambut sesudahnya. Contoh kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan objek ialah terjatuh dan terduduk.Ejaan16.04.2012
Manakah yang betul? 1.( memberi / memberikan) tunjuk ajar,ajaran, amaran, nasihat, prtkhidmatanPerkataan "memberi" dan "memberikan" merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan "memberi" hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala "memberikan" hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Oleh itu, penggunaan yang betul ialah "memberikan nasihat/memberikan amaran dan sebagainya.Tatabahasa26.01.2014
Bryan Chong Oct 11th, 1:28pm Hello, boleh tunjuk perbezaan pengunaan kata "ialah" dengan "adalah". Terima kasihKata pemeri 'ialah' menunjukkan persamaan dan hadir dihadapan frasa nama, manakala 'adalah' menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. 'Adalah' juga boleh dijadikan kata penegas dalam ayat. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hlm. 263 - 264.Tatabahasa11.10.2014
betulkan sekiranya ayat dimulakan dengan 'Ini kerana' Contoh, Ini kerana Malaysia sebuah negara yang aman dan damai.

Sdr Anuar,

Untuk makluman sdr, perkataan "ini atau itu" digolongkan sebagai kata ganti tunjuk. Kata ganti tunjuk digunakan untuk menunjukkan sesuatu atau seseorang. Misalnya;

   1. Ini kaset lagu terbaharu Mawi.

   2. Itu rumah kawan saya.

Oleh yang demikian, ayat sdr sepatutnya;

Hal ini kerana Malaysia merupakan negara yang aman dan damai.

(bukannya: Ini kerana Malaysia merupakan negara yang aman dan damai.) 

Tatabahasa07.03.2009
Yang mana betul? 1. Ini semua brang lama ibu. 2. Semua ini barang lama ibu. 3. Semua benda ini barang lama ibu. Soalan: Adakah kata ganti nama tuju dapat berdiri sendiri untuk merujuk kepada sesuatu benda? Adakah fenomena ini hasil daripada proses transformasi ayat?Untuk makluman, kata ganti nama tunjuk (bukan kata ganti nama tuju) ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk. Contoh kata ganti nama tunjuk ialah ini, itu, sini, sana dan situ.  Semua ayat yang berikan adalah betul dan kata ganti nama tunjuk boleh berdiri sendiri.  Untuk mengetahui lebih lanjut tentang konsep transformasi ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Bab 19, muka surat 531.Tatabahasa03.04.2012
1. bilakah perhataan itu 1g atau 2 g? 2. bilakah penggunaan bahasa Malaysia dan Bahasa Malaysia. 3. bilakah kata ganti nama tunjuk digunakan di hadapan ayat dan di tengah ayat?

1. Soalan pertama saudara tidak jelas, sila hubungi kami semula.

2. Bahasa Malaysia merujuk mata pelajaran yang diajarkan di sekolah dan merujuk bahasa yang digunakan dalam konteks perpaduan.  Jika merujuk bahasa itu sendiri sama seperti bahasa Inggeris atau bahasa bahasa Perancis iatilah yang digunakan ialah bahasa Melayu.

3. Contoh penggunaan kata ganti nama tunjuk pada pangkal dan pertengahan ayat, ialah 1. Itu buku biografi Pendeta Za'ba, dan 2. Rumah di hujung kampung itu saya yang punya.

Tatabahasa09.01.2011
1. makna-acilut, -adat periuk berkerak, adat lesung berdedak 2. perbezaan antara 'menasihatkan orang' dengan 'menasihati orang'

1.  Perkataan acilut - tidak ada dalam sumber rujukan kami, berkemungkinan acilut ialah slanga yang dituturkan dalam kalangan kelompok tertentu sahaja. Peribahasa Adat periuk berkerak, Adat lesung berdedak bermaksud berkehendakkan keuntungan, haruslah susah;

2.  Menasihatkan orang bermaksud memberikan sesuatu sebagai nasihat atau sebagai tunjuk ajar; manakala menasihati orang bermaksud memberi nasihat (ajaran, tunjuk ajar, dll) kepada.... Kedua-dua perkataan tersebut hampir sama maknanya tetapi terdapat sedikit perbezaan dalam penggunaannya. Bezanya ialah perkataan menasihati mestilah diikuti dengan orang contohnya, menasihati Ali, manakala menasihatkan mestilah diikuti dengan sesuatu, contohnya menasihatkan berbuat kebaikan

Makna26.01.2010
Bolehkah ayat bermula dengan ini?Perkataan ini ialah kata ganti nama tunjuk umum yang menjadi pengganti kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk.  Terdapat dua kata ganti nama tunjuk umum, iaitu ini (menunjuk pada yang dekat), dan itu (menunjuk pada yang jauh).  Contoh dalam ayat: 1. Ini hasil nukilan penulis muda itu. 2. Itu buku biografi Pendeta Za'ba.Tatabahasa15.08.2011
12345678910

Kembali ke atas