Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.rap] | تورڤ

Definisi : campuran simen dgn pasir dll yg digunakan utk melekatkan bata (tembok dll), lapisan simen pd tembok dll, lepa, salut; berturap bersalut (berlapis) dgn sesuatu yg ditampalkan, berlepa: bulu ~ dgn air mas; menurap menampalkan sesuatu (lapisan dsb) pd bahagian luar, melepa, melapis, menyalut: pagarnya drpd batu putih dirapat, diturap dgn kapur yg amat bersih; turapan hasil menurap; penurapan perihal (perbuatan, kerja, dsb) menurap: penggunaan simen dlm proses ~ permukaan jalan; penurap 1. orang yg menurap: dia anak kpd seorang ~ bata di daerah itu; 2. alat (bahan dsb) yg digunakan utk menurap: kerja menurap jubin memerlukan bahan ~ khusus; jalan kampung yg sempit sukar dilalui jentera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.rap] | تورڤ

Definisi : campuran simen dgn pasir dsb dan digunakan utk melekatkan bata, tembok dll; lapisan simen pd tembok dsb. berturap bersalut atau berlapis dgn sesuatu yg ditampalkan. menurap menampal atau melapis dgn turap; melepa. menurapkan menampalkan sesuatu sbg turap pd bahagian luar; menyalutkan; melapiskan. penurapan perbuatan, hal dsb menurap atau me­nurapkan. penurap 1 orang yg menurap: ~ jalan. 2 alat, bahan dsb yg digunakan dlm menurap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
turap
Kata Terbitan : menurap, penurapan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
KERJA-KERJA ( TURAP, TURAPAN, MENURAP, BERTURAP) APAKAH JAWABAN YANG PALING MUNASABAH, MUNSYI? TKFrasa yang betul ialah "kerja menurap".Tatabahasa22.05.2012

Kembali ke atas