Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : 3. rate at which stock is sold and replenished, (kadar) pusing ganti: a retail store with a large ~, kedai runcit yg tinggi kadar pusing gantinya. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. amount of business done in terms of money, pusing ganti: the store has a ~ of more than $1, 000,000 a year, kedai itu mempunyai pusing ganti lebih drpd $1,000,000 setahun; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. number of persons leaving or entering employment, (kadar) pusing ganti: an industry where the labour ~ is exceptionally high, industri yg kadar pusing ganti buruhnya luar biasa tingginya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata turnover


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Boleh terangkan mengenai penggunaan "keluar masuk" dan "naik turun" yang betul bagi terjemahan "turnover"? Contoh ayat: Training was reduced due staff turnover. We got High turnover rate. Terima kasih.Dalam ayat yang diberikan staff turnover membawa maksud pertukaran staf. Manakala, turnover rate membawa maksud kadar pusing ganti.Penyemakan dan penterjemahan09.02.2015
Assalam, apakah istilah melayu untuk 'turnover'?Istilah "turnover" dalam bahasa Melayu ialah pusing ganti.Penyemakan dan penterjemahan01.01.2016
saya ingin bertanya / mendapatkan kepastian tentang istilah yang sesuai untuk menterjemahkan "turnover intention" yang membawa maksud di bawah: Turnover intention is described as "the cognitive process of thinking, planning, and desiring to leave a job. sebelum ini saya membuat penyelidikan tentang "entrepreneurial intention" dengan menterjemahkannya kepada Tekad Keusahawanan."Belum ada istilah bahasa Melayu untuk turnover intention. Namun, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk perkataan tersebut ialah tekad pusing ganti.Istilah31.03.2018
Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya ingin meminta bantuan untuk istilah yang tepat bagi istilah inggeris 'turnover' atau pemberhentian pekerja/ahli dalam sesebuah organisasi. Terima kasih.Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya ingin meminta bantuan untuk istilah yang tepat bagi istilah inggeris 'turnover' atau pemberhentian pekerja/ahli dalam sesebuah organisasi. Terima kasih.

Dalam istilah perniagaan  istilah 'turnover' diberi padanan 'pusing ganti' yang dihuraikan sebagai 'amaun urus niaga perniagaan bagi sesuatu tempoh masa, seperti sejam, sehari sebulan dan sebagainya. Terdapat istilah 'labour turnover' yang diberi padanan ' pusing ganti buruh' yang dihuraikan sebagai 'aliran keluar masuk pekerja dalam sesuatu organisasi dalam tempoh tertentu'.
Istilah29.05.2013

Kembali ke atas