Buah durian jatuh pada waktu malam. munsyi, adakah jatuh salah dalam ayat ini memandangkan jatuh bermaksud 1. turun ke bawah dgn cepat (bkn buah, daun, rambut, dll), gugur, luruh TQ | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan jatuh bermaksud turun ke bawah dengan cepat (berkenaan buah, daun, rambut, dll), gugur, luruh. Gugur bermaksud jatuh dari pohon (tentang buah, daun dsb. jatuh dari pohon (tentang buah, daun dsb; luruh. Luruh pula bermaksud gugur kerana sudah masak (buah-buahan). Berdasarkan maksud yang diberikan, penggunaan perkataan 'jatuh' tidak salah. Walau bagaimanapun, 'jatuh' dan 'gugur' tidak merujuk kepada buah yang telah masak, sementara 'luruh' merujuk kepada buah yang sudah masak. | Makna | 07.02.2012 |
Saya harap tuan dapat membetulkan tatabahasa saya jika ada kesalahan.TQ agar tidak membuat bising. bertahun-tahun dia merantau. pengantin baru. sebagai akibat hujan lebat. membicangkan tentang. memperlebarkan jalan. atas perhatian. ramai kanak-kanak. amat merbahaya. menternak telur ayam. dalam peperiksaan. turun ke bawah. rumah orang tua-tua. makan kuih lagi. mendatangkan banyak. | Sdr. Izzat, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Harap pada masa hadapan berikan nama penuh dan no. kad pengenalan untuk tujuan pendokumentasian. TQ agar tidak membuat bising - TQ - seharusnya ditulis Terima kasih. sebagai akibat hujan lebat - seharusnya ditulis akibat hujan lebat. memperlebarkan jalan - tidak menjadi kesalahan besar , boleh sahaja ditulis melebarkan jalan. amat merbahaya - seharusnya ditulis amat berbahaya menternak telur ayam - seharusnya ditulis menternak ayam kerana telur ayam tidak boleh diternak. Ayat yang lain-lain betul dari segi penggunaanya. Atau untuk penjelasan yang lebih lanjut sila berikan ayat yang penuh. | Tatabahasa | 10.07.2009 |
Salam sejahtera. BAHAGIAN A 1. Jangankan membeli komputer, mesin taip pun saya tidak mampu. 2. Jangankan membeli komputer, mesin taip pun saya tidak mampu miliki. 3. Jangankan membeli komputer, membeli mesin taip pun saya tidak mampu. 4. Ibu menyimpan pisau ke laci. 5. Ibu menyimpan pisau ke dalam laci. 6. Ibu menyimpan pisau di dalam laci. = Yang manakah ayat yang betul. BAHAGIAN B naik = tidak perlu 'ke atas' turun = tidak perlu 'ke bawah' masuk = tidak perlu 'ke dalam' Adakah pernyataan di atas benar kerana ayat-berikut selalu digunakan; 1. Adik cepat-cepat turun ke bawah rumah setelah dimarahi bapa. 2. Para pemenang diminta naik ke atas pentas untuk menerima hadiah. 3. Kakak masuk ke dalam bilik tidurnya. Terima kasih. | Bahagian A: Ayat yang gramatis ialah jangankan membeli komputer, mesin taip pun saya tidak mampu dan Ibu menyimpan pisau ke dalam laci/ibu menyimpan pisau di dalam laci. Bahagian B naik: Frasa naik ke atas, turun ke bawah dan masuk ke dalam merupakan penggunaan bahasa yang lewah. Walaupun lewah bukanlah suatu kesalahan tetapi penggunaan salah satu daripadanya telah melengkapkan ayat. Dan binaan ayat yang gramatis bebas daripada unsur lewah. | Tatabahasa | 05.09.2012 |
SETIAP PETANG PARA PEMAIN AKAN TURUN BERMAIN BOLA SEPAK DI PADANG,ADAKAH AYAT INI BETUL? | Ayat yang gramatis adalah seperti yang berikut: Setiap petang para pemain akan bermain bola sepak di padang. Nota: turun merupakan kata kerja yang menunjukkan dari tempat yang lebih tinggi ke tempat yang lebih rendah atau dari atas ke bawah, seperti turun tangga. | Tatabahasa | 28.05.2009 |
adakah ayat di bawah betul? 'amir tidak hadir ke sekolah sebab demam' bolehkah anda tolong jelaskan penggunaan kata sebab dan kerana dalam ayat.. terima kasih | Penggunaan kata "sebab" dan "kerana" umumnya kita temukan dalam ayat-ayat seperti yang berikut: 1) Amir tidak hadir ke sekolah sebab demam. 2) Amir tidak hadir ke sekolah kerana demam. Berdasarkan contoh ayat di atas, ayat yang betul ialah ayat (2). Mengapa pula ayat (1) dikatakan salah? Untuk menjawab soalan ini, ada beberapa hal yang perlu difahami terlebih dahulu. Yang pertama, kata "sebab" dan "kerana" tidak sama jenisnya. Kata "sebab" ialah kata nama sedang "kerana" ialah kata hubung. Yang kedua, kata "sebab" perlu ditambah dengan "oleh" apabila hendak digunakan sebagai kata hubung. Misalnya; 3. Ibu segera menutup tingkap oleh sebab hujan turun dengan lebatnya. Sebaliknya, "kerana" tidak memerlukan "oleh" kerana memang sudah sedia sebagai kata hubung. Walau bagaimanapun, kata "sebab" boleh digunakan dalam ayat tanpa disertai "oleh". Misalnya: 4. Apa sebab dia tidak hadir hari ini? 5. Beri tiga sebab mengapa dadah berbahaya kepada kita. Dalam kedua-dua ayat di atas kata "sebab" digunakan sebagai kata nama, bukan sebagai kata hubung. | Tatabahasa | 28.07.2010 |
Di sini kami lampirkan papan iklan (billboard) Telekom Malaysia Berhad dalam bahasa Malaysia untuk kelulusan pihak Tuan/Puan, Untuk makluman Tuan/Puan, kotak visual (office in a Box, Wifi@outlet, BizApp Store & Marketing tools) di bawah Headline adalah nama produk-produk daripada Telekom Malaysia khusus untuk IKS (Industri Kecil & Sederhana) Di harapkan pihak tuan dapat membalas email ini dengan segera , serta faks kan kelulusan ke 03 2096 2313 Yang Benar Hairruddin Hamdan (Dean /Din) Account Manager Dentsu Utama Sdn Bhd M : O12 492 1901 Faxs: 03 2096 2313 | Iklan yang telah disahkan telah difaks kepada tuan. Untuk pengesahan iklan, sila layari laman web www.prpm.gov.my dan klik e-Perkhidmatan. Kemudian klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Skrin Daftar Masuk akan dipaparkan. Pengguna yang pertama kali berkunjung perlu mendaftar terlebih dahulu. Isikan maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, klik "Daftar". Skrin Pengesahan Pendaftaran akan dipaparkan. Penuhkan ruangan yang disediakan untuk mengaktifkan akaun anda. Semak e-mel anda untuk mendapatkan Kod Pengaktifan. Brosur tentang Khidmat Pengesahan Bahasa ini boleh dimuat turun di laman web DBP. | Lain-lain | 25.05.2012 |