Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.ru.nan] | تورونن

Definisi : sesuatu yg diturunkan (surat dll), salinan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.ru.nan] | تورونن

Definisi : 1. = keturunan anak cucu, baka, zuriat: betapa senang dan gembira hati Pak Long Karim melihat usahanya dan jasanya utk anak dan ~nya masa akan datang; 2. peranakan, kacukan: dekat baginda kelihatan perajurit pilihan, iaitu perajurit Daengan dan Bugisan ~ Mengkasar dan Bugis; 3. sesuatu yg dipusakai drpd nenek moyang, sesuatu yg turun-temurun: ayahnya sendiri seorang tua model lama, amat kukuh meme-gang kebiasaan ~, tetapi tidak pandai men-jaga anaknya; 4. = kata ~ Id (Lin) kata yg dibentuk drpd kata pokok, kata terbitan, kata bersambungan; 5. bp penurunan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.ru.nan] | تورونن

Definisi : 1 = keturunan anak cucu; baka: Mereka ~ orang baik-baik. 2 peranakan atau kacukan: ~ Keling. 3 sesuatu yg turun-temurun: penyakit ~ penyakit yg turun-temurun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata turunan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualikum, Perkataan 'mop' ada dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, tetapi tiada turunan katanya. Dalam salah satu soalan untuk UPSR, perkataan 'mengemop' digunakan dalam ayat: Ali mengemop lantai itu. Bolehkah perkataan 'mengemop' digunakan secara bertulis sedangkang perkataan itu tiada dalam Kamus Dewan?Perkataan yang mempunyai satu suku kata mendapat imbuhan meN... menjadi menge... . Contoh : mengecat; mengepos; mengelap. Oleh itu, berdasarkan rumus yang sama mop boleh menjadi mengemop.Tatabahasa05.04.2011
Berdasarkan Kamus Dewan, keturunan bermaksud 1 yg diturunkan drpd anak kpd cucu dan seterusnya; turunan; zuriat. 2 sesuatu yg diwarisi. Dengan merujuk kepada maksud keturunan, wajarkah keturunan seseorang warganegara Malaysia dikatakan India? Berdasarkan definisi perkataan keturunan, seseorang warganegara Malaysia tidak mungkin mewarisi India ataupun memiliki apa-apa hak di negara India. India hanya wujud dengan kesatuan beberapa buah negeri yang terdiri daripada pelbagai kaum dengan budaya, bahasa dan adat mereka tersendiri. Apa yang boleh diturunkan oleh nenek moyang ialah bahasa ibunda dan budaya. Apa yang telah saya mewarisi daripada nenek moyang saya ialah bahasa Tamil dan budaya kaum Tamil. Maka, keturunan, kaum dan bangsa saya ialah Tamil. Saya juga ingin bertanya tentang kewajaran India dirujuk sebagai suatu kaum dan bangsa kerana India ialah sebuah negara kerana bangsa ialah jenis manusia drpd satu asal keturunan ataupun kumpulan manusia dlm satu ikatan ketatanegaraan . Mengikut definisi bangsa yang pertama, bangsa saya ialah Tamil manakala bangsa saya ialah bangsa Malaysia jika merujuk kepada definisi kedua. Kaum pulu dirujuk sebagai golongan orang sbg sebahagian drpd satu bangsa yg besar; suku bangsa. Maka, kaum saya ialah Tamil. Saya ingin meminta pengesahan daripada pihak Dewan Bahasa mengenai kenyataan saya dan penjelasan mengenai soalan saya.

Untuk makluman tuan, takrifan dalam Kamus Dewan merupakan takrifan yang digunakan dari sudut bahasa. Kamus Dewan mentakrifkan India (dari segi bahasa) ialah bangsa yang nenek moyang mereka berasal dari benua India.  Perkataan Tamil pula bermaksud bahasa kaum yang berasal daripada campuran bangsa Dravidia dan Kaukasoid yang berasal dari selatan India dan Sri Lanka.

Makna29.08.2019
Merujuk Daftar kata Bahasa Melayu edisi kedua, m/s 22 tentang definisi kata terbitan. ' Kata terbitan ( atau kata turunan) ialah kata dasaryang berimbuhan ( mempunyai awalan, sisipan, akhiran atau apitan), atau kata dasar yang ditulis serangkai dengan bentuk kata yang lain. Boleh tak tuan jelaskan ' ..atau kata dasar yang ditulis serangkai dengan bentuk kata yang lain'? terima kasih atas bimbingan selama ini dan seterusnya.Dalam bahasa yang mudah difahami kata terbitan ialah kata yang terjadi/terdiri daripada kata akar dan imbuhan yang disatukan. Untuk mendapatkan maksud petikan tersebut sila rujuk penulis/penyusun Daftar Kata tersebut.Lain-lain05.06.2010
Apakah perbezaan di antara salinan dokumen dan cabutan dokumen? Contoh salinan sijil nikah dan cabutan sijil nikah.Menurut data kami, salinan ialah 1. turunan (surat dan lain-lain), halaman atau lembaran yang bukan asal, tetapi sama setiap butirannya dengan yang asal: hanya ~-~ sijil sahaja yang perlu dihantar; 2. terjemahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat) manakala cabutan bermaksud 1. apa yang (sudah) dicabut, diambil daripada sesuatu; ~ bertuah undian yang dibuat dengan mencabut keratan kertas bernombor secara rambang yang menawarkan hadiah tertentu; 2. petikan (daripada karangan dan sebagainya); (Kamus Dewan Edisi Keempat). Sehungan dengan itu, rangkai kata yang sesuai ialah salinan sijil nikah.Makna27.12.2018
Manakah yang betul penggunaan istilah bagi kata menjadi urus setia: Mengurussetiakan atau Mengurus setiakan atau Mengurus setia?Dari segi pengejaan, kata majmuk dieja terpisah seperti yang ditetapkan dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu terbitan 1993 (contohnya urus setia) kecuali beberapa perkataan yang yang telah ditetapkan dalam buku tersebut. Bentuk turunan kata majmuk dieja dengan menambahkan imbuhan tanpa sebarang pengguguran huruf, contohnya urus setia menjadi keurussetiaan.Tatabahasa07.09.2018
Apakah perbezaan antara perkataan kaum, etnik, bangsa, keturunan. Terima kasih.Etnik -  1. Bukan bangsa manusia
            2. Berkaitan dengan kumpulan sosial yang mempunyai persamaan dalam budaya

Kaum - 1. puak, suku bangsa
            2. jenis bangsa

Bangsa: 1. jenis manusia daripada satu asal keturunan 
              2. kumpulan manusia dlm satu ikatan ketatanegaraan

Keturunan: 1. yg diturunkan darrpada, anak cucu kepada, turunan, zuriat
                   2. sesuatu yg diwarisi
Makna05.01.2017

Kembali ke atas