"Jika tuanku izinkan, () mohon turut serta dalam rombongan tersebut," sembah Tun Ali kepada Sultan Mansuh Atuan hamba Bhamba Cbeta Dberlepak-lepak Mana satu yang betul Terima kasih | Jawapan: "Jika tuanku izinkan, hamba mohon turut serta dalam rombongan tersebut," sembah Tun Ali kepada Sultan Mansuh. | Lain-lain | 22.03.2022 |
assalamualaikum tuan, Tahniah kepada DBP kerana berjaya menganjurkan Bulan Bahasa Melayu di Ipoh Perak pada 5 OKTOBER yang lalu. Walaupun saya tidak dapat turut serta tetapi saya saya mengucapkan terima kasih kepada DBP kerana masih menjemput saya hadir dalam majlis berkenaan | Tuan, terima kasih atas maklum balas tersebut. Terus bersama-sama DBP untuk memartabatkan bahasa kebangsaan kita. | Lain-lain | 06.10.2010 |
Tuan, Saya ingin tahu adakah pihak DBP melakukan kerja-kerja penterjemahan buku/dokumen dari B. Inggeris ke B. Melayu? Jika ada bagaimanakah caranya supaya saya dapat turut serta melakukan kerja-kerja tersebut? Sekian, terima kasih. Yang benar, MOHD RAFIQ NORSHAM BSc(Hon) UKM, MSc UPM | DBP tidak melakukan kerja terjemahan sebagai tugas hakiki. Sila berhubung dengan Institut Terjemahan Negara Malaysia atau Persatuan Penterjemah Malaysia. | Lain-lain | 12.04.2010 |
Apa maksud "libat urus"? | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, perkataan libat membawa maksud melibatkan, iaitu menyebabkan atau membawa (seseorang atau sesuatu) masuk atau turut serta dalam sesuatu perkara, usaha, kegiatan dan sebagainya. Perkataan urus pula membawa maksud mengurus, iaitu mengendalikan atau menyelenggarakan sesuatu supaya berjalan dengan baik. Oleh itu, perkataan ini perlulah digunakan untuk konteks ayat yang bersesuaian dengan maksud yang diberikan. | Makna | 09.09.2021 |
Asalamualaikum, saya ingin bertanya, apakah kesalahan bahasa yang terdapat dalam ayat di bawah. Terima kasih. 1. Sultan Azlan Shah telah bersetuju untuk menganugerahkan pingat kebesaran kepada rakyat yang layak sempena Hari Keputeraan baginda yang ke-60. 2. Puan Haiza tidak turut serta dalam majlis hari jadi di rumah Puan Jamilah kerana diatelah membuat temu janji dengan doktor. | - Ayat yang betul ialah “Sultan Azlan Shah menganugerahkan pingat kebesaran kepada rakyat yang terpilih bersempena dengan hari keputeraan baginda yang ke-60.”
-
Kesalahan bahasa dalam ayat tersebut ialah penggunaan frasa temu janji. Frasa yang betul ialah janji temu. Oleh yang demikian, ayat yang betul ialah “Puan Haiza tidak turut serta dalam majlis hari jadi di rumah Puan Jamilah kerana dia telah membuat janji temu dengan doktor.” Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 870. | Tatabahasa | 06.11.2024 |
Sertaikan kami di Facebook. Adakah terdapat imbuhan ...ikaN dalam BM? Kalau salah betul? Terima kasih | Imbuhan akhiran "i" dan "kan" tidak digunakan bersama-sama, oleh itu yang betul ialah sertai bermaksud turut serta. | Tatabahasa | 26.04.2012 |
Saya semak istilah libat urus dalam Khidmat nasihat DBP dan mendapati jawapan yang diberi petugas ada yang bercanggah. Adakah kita kata jawapan terkini membatalkan yang sebelumnya? | Perkataan libat membawa maksud melibatkan, iaitu menyebabkan atau membawa seseorang atau sesuatu masuk atau turut serta dalam sesuatu perkara, usaha, kegiatan dan sebagainya. Manakala perkataan urus bermaksud mengurus, iaitu mengendalikan atau menyelenggarakan sesuatu supaya berjalan dengan baik. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1319 dan 2484. | Makna | 19.04.2024 |
PROGRAM KEMBARA BAHASA Aminur Ariffan Aug 30th, 9:08am alamak encik,,,tarikh tutup pada 31 ogos...huhuhu...boleh lagi tak nak join??uhuhu...boleh dilonggarkan tak ? Aminur Ariffan Aug 30th, 9:09am boleh kami buat rayuan?huhu.. | Sila hubungi urus setia program Kembara Bahasa pada nama dan alamat yang tertera pada makluman tersebut. Berkemungkinan masih ada peluan untuk tuan turut serta dalam program tersebut. | Lain-lain | 30.08.2014 |
Saya ingin mengetahui sama ada DBP masih mengadakan program Kembara Sastera yang pernah saya ikuti pada tahun 2006 di SMK Bandar Muadzam Shah, Pahang. Pada masa itu, Sasterawan A Samad Said telah hadir sebagai tetamu jemputan dan program bermula seawal jam 10 pagi dan berakhir pada 12 malam. Pengisian program sangat menarik dan banyak manfaat. Mohon sekiranya DBP masih meneruskan program ini, sy wakil SMK Sultan Abdul Aziz Shah Kajang ingin turut serta dan mengadakn program ini di sekolah. Harap mendapat pertimbangan pihak DBP. Terima kasih. | Mulai tahun 2012, Dewan Bahasa dan Pustaka telah melaksanakan semula program Kembara Bahasa. Kembara Bahasa diisi dengan penganjuran kegiatan bahasa dan persuratan Melayu yang menjadi penggerak misi bahasa, sastera dan budaya kebangsaan. Sila kemukakan permohonan puan untuk mengikuti program Kembara Bahasa melalui orgsanisasi puan kepada DBP. | Lain-lain | 08.04.2014 |
Saya ingin memohon penjelasan tentang frasa berikut: 1) "....dalam kalangan murid" 2) "....di kalangan murid" frasa manakah yang sepatutnya digunakan? Terima kasih. | Puan Rosita Md. Zin, Frasa yang betul ialah dalam kalangan murid. Hal ini demikian, kerana perkataan dalam ialah kata sendi. Perkataan ini digunakan untuk "tempat yang tidak mempunyai ruang atau jarak", seperti perkara, peristiwa, bahasa, bidang, dan sebagainya. Contoh ayat: (1) Sekolah kami turut serta dalam pertandingan pidato peringkat kebangsaan pada tahun ini. (2) Adik saya mempunyai bakat dalam penulisan. Manakala di dalam ialah frasa atau rangkai kata yang terdiri daripada dua perkataan. Perkataan pertama ialah kata sendi di dan perkataan kedua ialah kata arah dalam. Dalam penggunaannya, di dalam merujuk ruang tertentu. Contoh ayat: (1) Adik saya menyimpan buku-bukunya di dalam almari. (2) Semua murid sekolah dikehendaki berkumpul di dalam dewan besar. | Tatabahasa | 25.03.2009 |