Salam. Saya mahukan kepastian berhubung makna "tut". Menurut Kamus Dewan, tut ialah hasil drpd mencantumkan tunas drpd satu pokok pd pokok yg lain yg sama jenisnya (supaya menjadi pokok yg lebih baik). Sedangkan, proses tut tidak melibatkan percantuman tunas. Salah seorang panel saya mengatakan proses mencantumkan tunas itu merupakan proses "kahwin". Tut hanya dibuang kulit pada batang, ditempekkan tanah pada kawasan tersebut sehingga tumbuh akar, kemudian batang tersebut dipotong untuk ditanam di tanah. Oleh itu, mohon kerjasama pihak DBP untuk membuat pengesahan berhubung kekeliruan makna ini. Sekian, terima kasih. | Salam, Untuk makluman, pihak kami biasanya akan memegang apa yang terakam dalam kamus sebagai rujukan. Akan tetapi, kami mengucapkan terima kasih atas makluman yang diberikan. Kami akan mengambil maklum akan hal tersebut dan cuba mengajukannya kepada bahagian yang terlibat untuk membuat semakan. | Makna | 27.11.2015 |
maksud anak tut? tol ke,hasil drpd mcantmkan tnas drpd 1 pkokpd pkok y lain y sma jnisny?? | Pertanyaan saudara kurang jelas, sila gunakan bahasa Melayu yang baik dengan ejaan yang betul. | Lain-lain | 24.06.2011 |
Imbuhan peN....menjadi penge....apabila bertemu dengan perkataan satu suku kata. Contoh; cat> pengecat, had>pengehad, kod> pengekod, tut> pengetut. Bagaimana pula dengan pengelibatan....sedangkan KELIBAT tiga suku kata dan tiada kata GELIBAT dalam BM. Terima kasih | Imbuhan peN...menjadi penge...apabila bertemu dengan perkataan yang berawalan k, p, t, dan s, termasuk dengan perkataan kelibat menjadi pengelibatan. | Tatabahasa | 26.04.2012 |