sila tutup dengan perlahan-lahan sila tutup dengan perlahan antara dua ayat ini yang mana 1 betul dan diterima oleh pihak dbp | Perlahan bermaksud = perlahan-lahan 1. tidak terburu-buru (tergesa-gesa, cepat-cepat), lambat-lambat: ia berjalan sangat ~ spt tiada berdaya lakunya; setiap pelukis mestilah belajar melukis dan kemudian perlahan-lahan meningkat naik hingga menjadi pelukis yg terkemuka; 2. tidak kuat (percakapan, suara), lembut: cakaplah perlahan-lahan sedikit supaya tidak didengar orang; 3. tidak dgn tenaga yg banyak, tidak kuat-kuat, sedikit-sedikit: meriam itu ditarik perlahan-lahan; Oleh itu, kedua-dua ayat tersebut betul dan boleh digunakan. | Lain-lain | 01.10.2010 |
SAYA KELIRU PENGGUNAAN AKAN 1. LAMPU ITU SAYA AKAN TUTUP SEBENTAR LAGI ATAU 2. LAMPU ITU AKAN SAYA TUTUP SEBENTAR LAGI. DAN BOLEH PIHAK TUAN JELASKAN. | Kata 'akan' sebagai kata bantu (aspek) hadir sebelum frasa ialah jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama, iaitu dengan menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam. Oleh itu, ayat yang betul ialah Lampu itu akan saya tutup sebentar lagi. | Tatabahasa | 31.03.2013 |
Daun tingkap rumahnya tutup rapat. Adakah ayat ini betul? | Ayat contoh yang diberikan betul kerana tutup sama maksudnya dengan tertutup atau tidak terbuka. | Tatabahasa | 21.11.2012 |
Penggunaan perkataaan dari dan daripada: 1. Permohonan yang dibuat selepas dari tarikh tutup permohonan tidak akan diterima. 2. Permohonan yang dibuat selepas daripada tarikh tutup permohonan tidak akan diterima. Yang mana satu betul penggunaannya? Terima kasih | Ayat yang gramatis ialah: 1. Permohonan yang dibuat selepas dari tarikh tutup permohonan tidak akan diterima. Kata sendi nama dari - untuk menunjukkan tempat atau masa. | Tatabahasa | 21.10.2011 |
Assalamualikum, saya ingin bertanya,benarkah tarikh tutup Sayembara Menulis Novel dan Skrip Drama Kanak-Kanak Dan Remaja DBP adalah 30 Sept 2010? | Ya, tarikh tutup Sayembara Menulis Skrip Drama dan Novel Kanak-kanak dan Remaja DBP telah dilanjutkan sehingga 30 September 2010 disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Borang dan pengumuman pelanjutan telah disiarkan di laman Dewang Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 11.02.2010 |
saya baru melihat iklan kerja kosong di Laman Sesawang DBP....tarikh tutup 17/1/2011...tetapi kenapa apabila saya klik pada iklan tersebut tidak dapat dibuka..????dan apabila layari http://www.jobsmalaysia.gov.my ...iklan yang sama iaitu tarikh tutup 3/1/2011 yang dipaparkan lagi....kerjasama dari pihak DBP amat saya hargai...terima kasih... :D | Iklan sudah boleh dicapai seperti biasa. Bagi iklan DBP di http://www.jobsmalaysia.gov.my sila mohon hubungi pihak jobsmalaysia untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 03.01.2011 |
BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN KERJA ONLINE DAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN. | Sdr, Dimaklumkan bagi setiap jawatan kosong yang akan diisi, kami akan mengiklankan kekosongan jawatan tersebut melalui akhbar utama tempatan dan juga melalui laman web kami. Segala butiran tentang jawatan tersebut dinyatakan dengan jelas di dalam iklan yang disiarkan, termasuklah kaedah penghantaran permohonan, kelayakan yang diperlukan bagi sesuatu jawatan, tarikh tutup permohonan dan sebagainya. Buat masa ini, pihak kami belum menyediakan kaedah mengemukakan permohonan jawatan kosong secara 'online', tetapi sdr bolehlah mengisi borang permohonan yang disediakan dan mencetak borang tersebut dan poskan bersama-sama dengan dokumen yang diperlukan sebelum tarikh tutup. | Lain-lain | 02.09.2007 |
Apakah jawatan kosong yang ditawarkan oleh DBP dan bilakah tarikh tutup hantar permohonan? | Terima kasih di atas minat yang ditunjukkan untuk berkhidmat dengan DBP. Untuk makluman sdr, semua jawatan kosong (sekiranya ada) akan disiarkan di laman web DBP dan juga akan diiklankan melalui akhbar utama. Semua butiran/syarat yang diperlukan termasuklah tarikh tutup permohonan dinyatakan dengan jelas di dalam iklan tersebut. Sila rujuk laman web DBP atau iklan yang disiarkan dari masa ke masa. Seperkara lagi, dimaklumkan juga bahawa sdr boleh mengemukakan permohonan pada bila-bila masa untuk sebarang jawatan di DBP dan sekiranya ada kekosongan jawatan, permohonan sdr akan dipertimbangkan. Tempoh sah permohonan adalah selama setahun dari tarikh permohonan diterima oleh DBP. | Lain-lain | 26.08.2007 |
NAK TAHU TARIKH TUTUP DAN JUGA JAWATAN BAGI IKLAN DALAM LAMAN WEB GOV.... | Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih di atas minat yang sdr tunjukkan terhadap DBP. Dimaklumkan DBP akan mengiklankan beberapa jawatan kosong dalam masa terdekat ini. Antaranya ialah jawatan Pemandu Kenderaan Gred R3, Pembantu Am Pejabat Gred N1, Pengawal Keselamatan Gred KP11, Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N17, Ahli Fotofrafi Gred B11 dan beberapa jawatan lain. Sila layari laman web kami dari masa ke masa atau lihat iklan kami dalam akhbar tempatan pada hujung minggu. Kebiasaannya permohonan jawatan akan dibuka selama 21 hari dari tarikh iklan disiarkan. | Lain-lain | 30.03.2008 |
kata kerja bagi buka atau tutup suis kipas. soalan: memetik suis kipas atau menekan suis kipas? manakah yang paling tepat dan sesuai? | Soalan sdr bergantung kepada bentuk suis yg terdapat pada kipas tersebut. Sekiranya suis kipas tersebut memerlukan ia ditekan, maka suis kipas itu perlu ditekan. Manakala terdapat juga suis kipas yg tidak memerlukan ia ditekan, sebaliknya memerlukan seseorang itu memetiknya. Dalam keadaan sekarang, terdapat banyak jenis kipas yang berlainan jenis, dan ini terpulang kepada seseorang itu untuk memetik atau menekan kipas tersebut. T.kasih. | Lain-lain | 28.10.2008 |