| Ali akan tertutup suis elektrik sebelum keluar dari biliknya. Penggunaan 'tertutup' dalam ayat ini betul atau salah? Kalau betul, apakah maksud 'tertutup' ? Sekian, terima kasih. | Penggunaan perkataan yang betul dalam contoh ayat yang diberikan ialah menutup, iaitu perihal atau perbuatan merapatkan tutupnya seperti pintu, tingkap dan lain-lain. Perkataan tertutup tidak betul kerana tidak merujuk kepada perbuatan menutup sebaliknya bermaksud tidak terbuka, terkatup atau terkunci. Contoh dalam ayat, Tingkapnya tertutup sahaja kerana hari hujan. | Tatabahasa | 23.06.2021 |
| saya gemar menulis dan ada menghasilkan beberapa karya berbentuk novel.baru2 ini saya ada mendengar di radio mengenai pertandingan menulis novel.walaubagaimanapun saya tidak tahu bagaimana caranya untuk menyertai pertandingan tersebut.bolehkah pihak tuan memberikan maklumat lanjut mengenai pertandingan tersebut atau bagaimanakah caranya untuk saya mengetengahkan hasil karya saya itu? | Untuk makluman sdr., Sayembara Menulis Novel MAIDAM dan DBP Wilayah Timur sedang berlangsung dengan tarikh tutupnya pada 31 Ogos 2008. Maklumat lanjut tentang sayembara ini, sila layari laman web DBP - http://.dbp.gov.my. Juga sekiranya sdr. ingin menghantar manuskrip untuk terbitan DBP silalah alamatkan manuskrip tersebut ke alamat: Ketua Bahagian Penerbitan Sastera, Jabatan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur. Pastikan sdr. ada menyimpan salinan manuskrip tersebut sebelum mengirimkan salinan asal manuskrip ke pihak DBP. Sekian, terima kasih dan salam. | Lain-lain | 01.06.2008 |