Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep televisyen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kep televisyen. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tv


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah penggunaan perkataan yang betul, Masuk TV atau Keluar TV?apakah penggunaan perkataan yang betul, Masuk TV atau Keluar TV?
Jawapan: Penggunaan perkataan "masuk TV" dan "keluar TV" ialah bahasa percakapan atau dialog. Oleh itu, kedua-dua perkataan ini boleh digunakan dalam bahasa percakapan.
Tatabahasa21.08.2014
Saya kecewa dengan pemimpin-pemimpin Melayu semasa mereka berucap atau mengadakan sidang akhbar sama ada di TV 1, TV 2, atau TV 3. Mereka mengatakan bahasa melayu abahsa rasmi. bahasa Melayu bahasa Perpaduan tetapi semua itu hanya manis di mulut sahaja. Cakap dan tak serupa bikin. Dalam majlis yang dihadiri oleh khalayak masyarakat India atau Cina, pemimpin-pemimpin kita begitu tunjuk lagak seolah-olah merekalah yang pandai berbahasa Inggeris. Kononnya, berucap dengan bahasa Inggeris lebih difahami oleh khalayak. TAPI sebenarnya, suatu penghinaan kepada kaum India dan Cina yang telah menetap di negara ini selama lebih 50 tahun. Seolah-olah pemimpin-pemimpin kita beranggapan bahawa masyarakat India dan Cina tidak mahir berbahasa melayu. Seolah-olah mereka tidak faham apabila pemimpin berucap dalam bahasa Melayu. Saya cukup sedih dengan pemimpin kita yang berpura-pura ingin memperkasa bahasa Melayu tetapi semuanya hanya mainan bibir sahaja.

Encik Mahayuddin,

Pandangan yang tuan berikan itu memang tepat sekali. Sepatutnya para pemimpin menjadi contoh dan teladan yang baik, bukannya merendahkan martabat bahasa Melayu. Marilah kita berpegang teguh kepada Perlembagaan negara kita.

Lain-lain05.10.2010
Penggunaan perkataan 'realiti TV' atau 'TV realiti'Yang betul ialah realiti TV.Tatabahasa12.02.2007
GEMPAK BOLA PILIH & DAPATKAN TV PERCUMA DAPATKAN TV PERCUMA SEKIRANYA ANDA MEMILIH PASUKAN YANG MENANG TERTAKLUK PADA TERMA & SYARAT
Gempak Bola, Pilih dan Dapatkan TV Percuma
Dapatkan TV percuma jika pasukan yang anda pilih menang.
Tertakluk pada terma dan syarat.
Tatabahasa17.05.2014
Assalammualaikum W.B.T bolehkah perkataan 'malam' di pendekkan sebagai 'mlm'? bagaimana dengan 'tengah malam', 'pagi' , 'tengah hari'? tujuan penggunaan: Digunakan untuk mempromosi rancangan TV untuk siaran di TV contoh 1: PERTANDINGAN AKHIR MIMPI KE BINTANG Sabtu , 16 Mac , 9.00mlm ATAU 9.00 malam contoh 2: LANTAI CILIK Setiap Sabtu, 1.00 tgh.hari ATAU 1.00 t/hari ATAU 1.00tghari ATAU alternatif lain?Singkatan ejaan adalah seperti yang berikut:
PAGI - PG., TENGAH HARI - TGH. HARI, PETANG - PTG. DAN MALAM - MLM. (mesti ada tanda titik) seperti 10 PG. - 8 MLM.
Tatabahasa12.03.2013
nama rancangan TV seperti Akademi Fantasia, Malaysian Idol. Adakah perkataan tersebut perlu dicondongkan atau adakah perkataan tersebut kata nama khas. Mohon pencerahan. terima kasih DBP.Perkataan tersebut kata nama khas dan tidak perlu dicondongkan. Nama lagu yang disampaikan oleh penyanyi dalam rancangan tersebut perlu dicondongkan.Lain-lain10.12.2014
Saya ada dua pertanyaan: i)Boleh saya tahu mengapa set-top box diterjemahkan sebagai kotak atas set dan bukan kotak set atas? ii) Apakah terjemahan yang sebaiknya bagi "TV point" atau "cable TV point"? Terima kasihDalam data kami, terdapat dua padanan bagi istilah tersebut, iaitu
-top box kotak set-atas Teknologi Maklumat Tiada Kotak stesen televisyen berbayar yang diletakkan di atas televisyen pengguna seperti stesen televisyen berbayar yang berasaskan kabel, Internet atau satelit. Fungsi kotak ini adalah untuk mengekod dan menyahkod isyarat video yang dihantar oleh stesen penyedia televisyen berbayar. Contohnya, kotak set-atas yang dibekalkan oleh ASTRO kepada pelanggannya.

set-top box kotak atas set Teknologi Maklumat Tiada Komputer rangkaian di rumah yang menggunakan televisyen sebagai monitor untuk mencapai perkhidmatan Internet.

Kedua-dua istilah tersebut digunakan bagi konsep yang berbeza. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=set+atas dan   boleh menghubungi Ketua Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk maklumat lanjut.
Penyemakan dan penterjemahan05.08.2014
Anugerah Kewartawanan Kesihatan Terbaik - TVAnugerah Wartawan Kesihatan Terbaik - TVTatabahasa03.07.2008
Nama rancangan TV perlu italik atau tidak? Contoh Buletin Utama, Majalah 3 dsb.Tajuk rancangan TV tidak perlu italik.Tatabahasa30.04.2019
Perlukah nama filem, drama, rancangan tv menggunakan huruf condong?Nama filem, drama, rancangan tv tidak perlu dicondongkan tulisannya.Ejaan30.03.2012
12345678

Kembali ke atas