Bolehkah perkataan 'tweet' digunakan dalam bahasa melayu dan bagaimanakah cara penggunaannya? Adakah kedua-dua ayat di bawah ini betul? 1. Anda boleh menghantar 'tweet' kepada.... 2. Anda boleh 'tweet' kepada... Adakah tanda '' perlu digunakan (jika terdapat perkataan bahasa inggeris yang digunakan dalam ayat bahasa melayu; seperti dalam contoh di atas? | Tidak ada padanan tweet dalam bahasa Melayu bagi maksud Twitter. Tanda petik (" ") boleh digunakan sekiranya belum ada padanan bahasa Melayu yang khusus. | Tatabahasa | 08.05.2015 |
Terima kasih di atas jawapan tuan. Cuma untuk soalan kedua, saya mahu tahu tentang terjemahan "tweet", bukan aplikasi twitter. 2. Adakah perkataan menciap sudah diterima sebagai terjemahan untuk "tweet" dalam aplikai twitter? | Dalam aplikasi tweet, penggunaan kata yang berkaitan merujuk perbuatan yang dilakukan seperti penulis atau menulis dalam twitter. Perkataan menciap khusus kepada bunyi burung dan belum diperluas maknanya untuk aplikasi berkenaan. | Istilah | 15.03.2018 |
Apakah istilah Bahasa Melayu untuk 1. "Facebook post"(noun/kata nama) 2. Tweet(noun/kata nama) 3. Tweet(verb/kata kerja) 4. facebook highlights(noun/kata nama) 5. instagram story (noun/kata nama) | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah Facebook post ialah hantaran Facebook, tweet ialah twit, tweeting ialah mentwit, Facebook highlights ialah sorotan Facebook dan Instagram story ialah cerita Instagram. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 03.09.2022 |
Salam Merdeka, 1. Terjemahan 'Tweet Up Merdeka' dalam bahasa Melayu, apa? 2. Terjemahan 'flyover' dalam bahasa Melayu, apa? Terima kasih. | 1. Untuk makluman puan, belum ada istilah khusus untuk "Tweet Up". Walau bagaimanapun, dalam konteks frasa yang diberikan, cadangan kami ialah Jom Twit Merdeka atau Ayuh Twit Merdeka. 2. Istilah bahasa Melayu untuk "flyover" ialah jejambat. | Istilah | 04.09.2012 |
Saya telah membaca beberapa berita yang menyatakan bahawa perkataan selfie, hashtag dan tweet muncul dalam Kamus Dewan. Adakah perkataan ini diitalikkan? | Untuk makluman perkataan "selfie, hashtag dan tweet' tidak terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Ketiga-tiga perkataan ini juga belum mempunyai padanan bahasa Melayu yang rasmi. Oleh itu, penggunaannya dalam tulisan perlu diitalikkan. | Istilah | 01.12.2015 |
Mohon bantuan menterjemahkan istilah baru seperti berikut: (1) Blogger, (2) tweet, dan tweeting. | Istilah bahasa Melayu untuk blogger ialah pemblog. Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk tweet dan tweeting. Cadangan kami ialah berbual atau bersembang. | Istilah | 11.06.2012 |
Salam sejahtera. 1) Menurut DBP mahu pun pihak Kamus Dewan, adakah terjemahan untuk 'tweet' (dalam konteks pengguna Twitter) dalam b.Melayu? Atau tidak perlu diterjemahkan? yakni cukup diitalikkan font dalam penulisan misalnya? 2) Sehubungan dengan itu, berapa kerapkah Kamus Dewan memasukkan perkataan-perkataan baharu di dalam edisi elektroniknya? (seperti yang dilakukan oleh kamus-kamus lain contohnya http://oxforddictionaries.com/) Sekian dan terima kasih. | 1. Tidak ada padanan tweet dalam bahasa Melayu. Merujuk kepada perbuatan yang dimaksudkan dengan tweet itu, kami cadangkan kata bersembang atau berbual digunakan dan jika merujuk kepada orangnya maka perkataan pengguna twiter yang digunakan. 2) Capaian kepada Kamus dewan dalam laman web kami disalin daripada edisi cetakan. Apabila ada perubahan dalam edisi cetakan (hanya dilakukan apabila edisi baharu diterbitkan) baharulah edisi elektroniknya berubah. | Istilah | 24.08.2011 |
Saya tertarik dengan Tweet DBP tentang konsep kecantikan wanita dalam budaya Melayu, tetapi saya tidak tahu cara penggunaannya. Dahi (Sehari bulan), kening (awan ditulis), hidung (kuntum melur belum kembang), mata (bintang timur), telinga (telepuk kayu), dagu (lebah bergantung) dan jari (tombak serai). Bolehkah diberikan contoh ringkas penggunaannya dalam ayat dan mengapakah tidak saya jumpa istilah - istilah ini dalam Kamus Dewan? | Semua perkataan tersebut tergolong dalam perumpamaan. Perumpamaan bermaksud sejenis peribahasa yang berupa perbandingan dengan sesuatu yang lain (umumnya mengandungi ajaran). Sebagai contoh, dahi sehari bulan bermaksud dahi yang elok bentuknya. (Contoh ayat: Kecantikan Aminah disebut-sebut anak teruna kampung bagai dahi sehari bulan.) | Sastera | 22.06.2018 |
Salam, Di laman Twitter, terdapat satu konsep yang dipanggil thread. Thread ini merupakan satu rantaian "tweet" yang berkait antara satu sama lain dan selaluny berdasarkan satu topik yang khusus. Ada warga Twitter yang menterjemahkan thread sebagai bebenang, adakah terjemahan ini tepat dan jika tidak, apakah cadangan DBP? Mana satu yang betul dari segi tatabahasa? 1. Ini ialah bebenang. 2. Ini adalah bebenang. | 1. Sumbar daripada Istilah MABBIM Istilah Sumber | Istilah Indonesia | Istilah Brunei | Istilah Malaysia | Bidang | thread | ulir | jalur | jalur | Teknologi Maklumat | Untuk makluman, padanan bahasa Melayu untuk istilah "thread" dalam bidang teknologi maklumat ialah jalur. 2. Tatabatahasa yang betul "Ini ialah bebenang". "Ialah" - kata yg digunakan utk menegaskan sesuatu pernyataan, mendahului penyebab atau keterangan dll: Orang yg dituduh itu ~ perempuan. | Istilah | 04.07.2017 |
Assalamu'alaikum dan selamat sejahteta. Saya ingin bertanya apakah penjodoh bilangan untuk SMS, e-mel, mesej WhatsApp, hantaran Facebook, hantaran Instagram, "tweet" Twitter dan yang sejenis dengannya? Terima kasih. | Untuk makluman puan, tidak semua perkataan menerima penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. Dalam konteks ini, penjodoh bilangan yang sesuai digunakan ialah satu. | Lain-lain | 28.05.2018 |