| Apakah padanan yang sesuai untuk 'twist ending'? Terima kasih | Padanan satu-satu istilah sangat bergantung pada konteks penggunaan dalam bidang khusus. Soalan anda tidak menyatakan konteks penggunaan istilah ‘'twist ending' dan bidang penggunaan. Dalam data kami, makna keenam twist ialah corak nada. Contoh penggunaan dalam ayat adalah: The story has a humorous twist at the end. Terjemahan: cerita itu mempunyai corak nada yang melucukan pada bahagian akhirnya. Sekiranya, padanan makna ini tidak menepati makna yang anda perlukan, mohon berikan ayat contoh dalam bidang penggunaan yang anda perlukan. | Makna | 28.09.2017 |
| Salam sejahtera Tuan/Puan. Apakah terjemahan yang sesuai bagi istilah "CNC Twist Drill Flute Grinding Machine"? Sekian, terima kasih. | Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah mesin canai flut gerudi piuh kawalan berangka terkomputer (CNC). | Istilah | 02.02.2016 |
| Salam sejahtera, Adakah "off the way" sesuai diterjemahkan kepada "setengah jalan" bagi ayat berikut? Contoh ayat: (Turn twist grip 1/4 of the way) Mohon bantuan pihak tuan/puan. Terima kasih DBP. | Frasa "off the way" tidak sesuai diterjemahkan kepada "setengah jalan". | Makna | 09.06.2019 |
| Salam. Apakah padanan terjemahan yang sesuai untuk istilah bahasa Inggeris 'plot twists'? Antara definisi 'plot twists' ialah "a sudden, unexpected change in the fortunes or situations of the characters, setting, or plot." Terima kasih dan selamat bercuti hujung minggu. | Cadangan padanan yang sesuai bagi plot twist ialah memutarbalikkan plot. | Makna | 19.01.2018 |