Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata type


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan “type face” dan “type body”? Sebagai contoh seperti di bawah ini: peruntukan seperti yang berikut: “Size and colour of letters 13. (1) Where the size of letters to be used in labels is prescribed in these Regulations by reference to a minimum number of points, the reference shall be deemed to be a reference to height of the lower case letter of the type face or if the wording is all in capital letters, the height of the capital letters in type face irrespective of the height of type body. Saiz dan warna huruf 13. (1) Jika saiz huruf yang hendak digunakan pada label ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan ini dengan sebutan mengenai nombor poin minimum, maka sebutan itu hendaklah disifatkan sebagai sebutan mengenai ketinggian huruf kecil mengikut muka taip atau jika perkataan itu dalam huruf besar kesemuanya, ketinggian huruf besar itu mengikut muka taip walau apa pun ketinggian isi taipnya.”. Adakah padanan “jenis huruf” adalah lebih sesuai digunakan bagi “type face” dalam konteks ayat ini.Kami mencadangkan padanan terjemahan seperti berikut:

1. Type face: rupa taip, muka taip atau jenis huruf.

2. Type body: badan taip, isi taip atau jenis taip.

Semua padanan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. 
Istilah28.05.2021
double sided typepita pelekat/pita berpelekatLain-lain04.02.2009
cadangan terjemahan untuk frasa "shower-type distillation" dalam bahasa melayuUntuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu untuk “shower-type distillation” dalam pangkalan data kami. Mohon tuan/puan berikan penggunaan perkataan tersebut dalam contoh ayat supaya boleh kami cadangkan terjemahan yang sesuai. Sekian. Terima kasih.Penyemakan dan penterjemahan06.09.2017
Apakah terjemahan Bahasa Melayu yang tepat bagi istilah "residual-type haunt"?Untuk makluman, tidak terdapt istilah bahasa Melayu untuk "residual-type haunt" dalam pangkalan data kami. Sila berikan konsep istilah tersebut agar kami dapat mencadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah18.04.2013
Salam sejahtera, Bolehkah "Find As You Type" diterjemahkan kepada berikut? 1. Cari Semasa Anda Menaip 2. Cari Saat Anda Menaip Penggunaan kata untuk perisian(teknologi maklumat). Jika tidak, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP.Padanan atau terjemahan sangat bergantung pada konteks penggunaan. Tanpa mengambil kira konteks penggunaan, frasa “Find As You Type” secara literalnya boleh sahaja diberikan padanan "cari semasa anda menaip”  atau "jumpa/ketahui semasa anda menaip".  Sila berikan konteks penggunaan frasa “Find As You Type” yang puan maksudkan.Penyemakan dan penterjemahan30.01.2018
Assalamualaikum warahmatullah. Soalan saya berada di dalam fail yang dilampirkan di sini. Terima kasih.Lazimnya perkataan group dan type diterjemahkan kepada kumpulan dan jenis. Blood Group diterjemahkan kepada Kumpulan Darah dan Blood Type kepada Jenis Darah dan Jenis Darah O+ atau sebagainya menjadi komponen kecil dalam unit tersebut.Penyemakan dan penterjemahan22.10.2015
ulaskan asal usul perkataan melayu

Mohon rujuk buku-buku yang disertakan bagi mendapatkan maklumat yang berkenaan.

 

    type: decimal;">
  1. "The Malay Civilization" oleh Mohd Arof Ishak
    • type: circle;">
    • Penerbit: Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)
    • Buku ini mengupas sejarah asal usul orang Melayu dari segi budaya, masyarakat, dan tamadun yang berkembang di Kepulauan Melayu.

 

    type: decimal;">
  1. "Tamadun Alam Melayu" oleh Mohd Yusoff Hashim
    • type: circle;">
    • Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
    • Buku ini menyelidiki tamadun dan asal usul masyarakat Melayu melalui kajian sejarah dan arkeologi.

 

    type: decimal;">
  1. "Sejarah Melayu" (Sulalatus Salatin) oleh Tun Sri Lanang
    • type: circle;">
    • Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
    • Versi lain mungkin diterbitkan oleh penerbit yang berbeza.
    • Ini adalah salah satu naskhah klasik yang penting dalam memahami sejarah orang Melayu, walaupun ia lebih berbentuk hikayat, tetapi memberi gambaran tentang asal usul dan keagungan kerajaan-kerajaan Melayu.

 

    type: decimal;">
  1. "The Malays: Their Problems and Future" oleh Syed Husin Ali
    • type: circle;">
    • Penerbit: The Other Press
    • Buku ini mengkaji asal usul orang Melayu dari sudut pandang sosial, ekonomi, dan politik.

 

    type: decimal;">
  1. "Asal Usul Melayu: Menulis Semula Sejarahnya" oleh Mohd Arof Ishak
    • type: circle;">
    • Penerbit: Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)
    • Buku ini membincangkan teori-teori mengenai asal usul orang Melayu dan peranan mereka dalam perkembangan tamadun di rantau ini.
    type: disc;">
Penyelidikan08.09.2024
Kami mempunyai beberapa perkataan yang memerlukan terjemahan dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu seperti Metrologist, pattern approval, type approval, traceability, legal metrology, Non-Automatic Measuring Instrument (NAWI), Legally relevantCadangan terjemahan bagi perkataan yang diberikan ialah:
Metrologist - "ahli metrologi"
pattern approval - "kelulusan corak"
type approval - "kelulusan Jenis"
traceability - "kebolehkesanan"
legal metrology - "undang-undang Metrologi"
Non-Automatic Measuring Instrument (NAWI) - "Alat Pengukur Bukan Automatik (NAWI)"
Legally relevant - "relevan di sisi undang-undang"
Makna17.03.2022
Mohon istilah yang betul bagi : Brinkman type fluid Istilah yang digunakan sekarang adalah: Bendalir jenis BrinkmanBrinkman jenis bendalir sekiranya tuan ingin menerangkan Brinkman ada pelbagai jenis, dan Jenis bendalir Brinkman sekiranya dalam Brinkman ada bendalir.  Ketepatan istilah bergantung kepada konteks penggunaannya.Tatabahasa30.01.2014
Istilah sesuai untuk A large language model (LLM). Penerangan LLM is a type of machine learning model that can perform a variety of natural language processing (NLP) tasks such as generating and classifying text, answering questions in a conversational manner, and translating text from one language to another.Padanan bahasa Melayu bagi istilah  large language model (LLM) ialah model bahasa besar. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah22.04.2024
12345678910

Kembali ke atas