PENGGOLONGAN BUNYI VOKAL DAN KONSONAN | Bahasa Melayu mempunyai 24 bunyi bahasa asli, iaitu 18 konsonan dan 6 vokal. Hanya 9 huruf konsonan dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan, iaitu p,t,m,n,ng,s,h,r, dan l. Konsonan b,d,g,c, dan j hanya berada pada akhir perkataan dalam kata pinjaman, seperti adab, had, beg, koc dan kolej. Huruf konsonan ny, w, dan y, tidak pernah terdapat pada akhir perkataan. Manakala vokal asli bahasa Melayu terdiri daripada 3 vokal depan, 1 vokal tengah, dan 2 vokal belakang. Hanya 3 vokal, iaitu i, a, dan u dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan. Vokal e (e taling), o, dan e (e pepet) yang hadir pada awal dan tengah perkataan. Vokal e (e taling) dan o hanya hadir pada akhir perkataan dalam suku kata terbuka dalam kata pinjaman, seperti sate, tauge, logo dan polo. | Tatabahasa | 02.03.2007 |