Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ubahsuai


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ubahsuai dieja rapat atau dekat?Ubah Suai (Dijarakkan. Dua patah perkataan)Ejaan28.10.2018
ubahsuai (akronim)?Ubah suai ialah kata majmuk. Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu , dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Contohnya, kapal terbang dan gambar rajah. Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata. Contohnya, cerpen dan Bernama.  Tatabahasa04.07.2011
Mengapakah ejaan ubahsuai dalam Kamus Dewan Edisi Keempat dieja jarak, sedangkan ubah suai itu merupakan akronim daripada ubah sesuai ?Ubah suai merupakan dua perkataan yang terdiri daripada morfem bebas, iaitu ubah dan sesuai, oleh itu ia perlu dipisahkan, sama seperti atur cara iaitu atur dan acara.Tatabahasa24.08.2006
Mengapakah 'suai kenal' perlu dijarakkan penggunaannya, manakala kata ' ubahsuai' perlu dicantumkan penggunaan. Saya masih musykil dengan kata majmuk sedemikian.
Ejaan yang betul ialah ubah suai (dua perkataan)
Ejaan07.04.2017
temuduga atau temu duga soalselidik atau soal selidik masakini atau masa kini kadang kala atau kadangkala ubahsuai atau ubah suai acapkali atau acap kaliJawapan yang betul ialah:
1. temu duga
2. soal selidik
3. masa kini
4. kadangkala
5. ubah suai
6. acap kali
Ejaan05.04.2013

Kembali ke atas