Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.bat] | اوبت

Definisi : 1. benda yg digunakan (dimakan, disapu-kan, dll) utk menyembuhkan penyakit atau menyihatkan badan: jangan makan apa-apa ~ yg lain, melainkan jika disuruh oleh doktor; ahli ~ orang yg mahir dlm (membuat) ubat; ilmu ~ pengetahuan bkn ubat; kedai ~ = rumah ~ tempat menjual ubat; 2. bahan kimia utk sesuatu atau berbagai-bagai kegunaan tertentu (sbg racun serangga dll): air mandi itu hendaklah ditapis betul-betul dan dibubuh ~ pembunuh kuman; 3. = ~ bedil = ~ pasang ark mesiu: kehabisan ~ dan peluru; 4. jampi, guna-guna, mantera; 5. bp = ~ lampu picit bateri kering (utk lampu picit dll); ~ angin ubat utk menyembuhkan penyakit masuk angin; ~ basah ki khabar yg tidak dipercayai orang; ~ batuk ubat utk menyem-buhkan batuk; ~ bedil a) peluru; b) bahan ledakan utk peluru senapang, meriam dll; ~ bius = ~ lali ubat utk membuat pesakit tidak sedar atau tidak berasa sakit (sewaktu men-jalani pembedahan); ~ dalam ubat yg ditelan atau dimakan; ~ getah sj cuka utk membeku-kan susu getah; ~ gigi bahan yg spt krim, biasanya berwarna putih yg digunakan semasa menggosok gigi; ~ guna sesuatu yg dijampi utk menawan hati seseorang, pengasih; ~ hati pelipur hati; ~ jerih a) upah yg diberikan, dalal; b) = ~ pelerai demam buah hati, kekasih; ~ kampung ubat yg dibuat drpd berbagai-bagai ramuan (berlainan drpd ubat yg diberikan oleh doktor di hospital); ~ kelat bermacam-macam ubat; ~ kuat ubat utk menguatkan badan; ~ lelah a) ubat utk meng-hilangkan lelah; b) ki upah, dalal; ~ luar ubat yg disapukan (tidak dimakan); ~ mata ubat utk menyembuhkan sakit mata; ~ nyamuk ubat utk membunuh atau menghalau nyamuk; ~ pekasih = ~ pengasih bahan berjampi dsb utk menawan hati seseorang, pengasih; ~ peluru bahan ledakan utk peluru; ~ periuk ubat kampung utk perempuan yg baru lepas bersalin; ~ rumah ubat-ubat yg tersedia di rumah; ~ sedut ubat mudah meruap yg disedut utk melegakan penyakit lelah, selesema dsb; ~ tasak ubat (jampi dsb) utk menahan darah; ~ tidur a) ubat utk menidurkan orang yg susah hendak tidur; b) ubat bius; ~ jauh, penyakit hampir prb dlm kesusahan sukar mendapat pertolongan; ubat-ubatan 1. bermacam-macam ubat: ~ bomoh itu telah hilang kemanjurannya; 2. ramuan utk membuat ubat; berubat 1. memakai (menggunakan dsb) ubat: bagaimana hendak sembuh kalau tidak ~? 2. minta diubatkan (dirawati), meminta ubat kpd: pd doktor mana engkau hendak ~? 3. sudah diberi ubat, (sudah) dirawati: sesudah lama ~, baru dia sembuh; ~ hatiku ki sudah terhibur hatiku; mengubati, mengubat 1. memberi (mem-bubuh dsb) ubat supaya sembuh, menyembuh-kan dgn ubat: penyakit batuk kering ini sangat susah hendak ~nya; kalau doktor tidak dapat ~mu, apa lagi saya; ~ orang sakit; 2. meng-hibur, menyenangkan: cuma ini yg akan ~ hatiku apabila maut menjemput; 3. membetul-kan, memperbaik: kepincangan dlm masyarakat yg perlu diubati; bagi menghadapi dan ~ keadaan itu, Allah telah menetapkan hukuman ke atas penjenayah; 4. memulihkan: utk ~ keraguanku; mengubatkan 1. menggunakan sesuatu sbg ubat, menggunakan sesuatu utk mengubat(i); 2. = memperubatkan menyembuhkan (meng-ubati) dgn; terubat 1. dapat diubat (disembuhkan, dipulih-kan dsb): penyakit mereka itu tidak ~; 2. ki dapat dihilangkan perasaan rindu (kecewa, marah dsb), dan berasa gembira, lega, lapang, terhibur dsb setelah memperoleh sesuatu: kerinduan pd ayah ~ sedikit apabila ibu tidak pernah jemu bercerita tentang arwah ayah; kuharapkan kesedihan ini akan ~ apabila pulang ke kampung bertemu dgn keluarga nanti; terubati sl dapat diubati, sanggup diubati: adapun penyakit kenohong ini tiada akan ~ oleh patik sekalian; ubatan jampi-jampi, guna-guna, mantera, sihir: adapun Pawang Gajah itu tahu hikmat dan ~, dan ada ia menaruh jin; orang ~ orang yg pandai menjampi (mempergunakan sihir, guna-guna, dsb): ada seorang orang ~ dapat ia menjadikan dirinya segala rupa; perubatan perihal berubat, yg berkaitan dgn ubat atau usaha mengubati: ilmu ~; jabatan ~; pakar ~; pengubatan perihal mengubati (menyem-buhkan penyakit, pesakit, dsb); balai ~ tempat mengubat orang sakit, klinik; pengubat sesuatu yg digunakan utk meng-ubat(i); ~ hati ki penghibur hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.bat] | اوبت

Definisi : ; ~ barah sj tumbuhan (pokok renek), Lasianthus stipularis; ~ kurap sj tumbuhan (pokok renek), Rhinacanthus nasutus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.bat] | اوبت

Definisi : 1 sesuatu yg disapukan, dimakan atau digunakan utk menyembuhkan penyakit atau utk menyihatkan badan. 2 bahan kimia yg digunakan utk bermacam-macam maksud spt membunuh kuman, meracun serangga. 3 jampi; guna-guna; mantera. ~ batuk ubat utk menyembuhkan batuk. ~ bedil bahan ledakan utk peluru senapang, pistol dll. ~ bius ubat utk membuat pesakit tidak sedar atau tidak berasa sakit sewaktu menjalani pembedahan, rawatan dsb. ~ getah asid yg digunakan utk membekukan susu getah. ~ periuk ubat kampung utk orang perempuan yg baru bersalin. ~ sedut ubat mudah meruap yg biasanya diisikan dlm bekas kecil, yg disedut utk melegakan penyakit lelah, selesema dsb. ~ tidur a. ubat utk menidurkan orang yg susah hendak tidur. b. ubat bius. ubat-ubatan berbagai-bagai jenis ubat; ramuan utk membuat ubat. berubat 1 menggunakan ubat: Jika tidak mahu ~, bila akan baik sakitmu itu? 2 meminta ubat (kpd): Dia ~ kpd doktor Ramli. mengubati 1 memberikan ubat supaya sembuh penyakitnya; menyembuhkan dgn ubat: Doktor baru saja ~ emaknya. ~ penyakit kulit. 2 ki menghibur: ~ hati yg luka. mengubatkan menggunakan sesuatu sbg ubat; memakai sesuatu utk mengubati; mengubati dgn. perubatan semua perkara yg bersangkutan dgn hal berubat: ilmu ~. pengubatan perbuatan (cara dsb) mengubati. pengubat sesuatu yg digunakan utk mengubati: ~ hati penghibur hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ubat (kata nama)
Kata Terbitan : berubat, mengubat, mengubati, terubat, ubatan, pengubatan, pengubat,

Puisi
 

Makan tebu buku ditaruh,
     Buat ubat masuk cendawan;
Bukit beradu gunung bertaruh,
     Riuh-rendah mambang di awan.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Tua-tua penyakit,
     muda ubat;
sesudah tersepit baru tahu akan sifat.

Bermaksud :

Sesudah menderita kecelakaan, baru berikhtiar atau berunding hendak melepaskan diri daripada kecelakaan itu. (Peribahasa lain yang sama makna: Sudah kalah baru berkubu).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pihak kami (KKM) sedang menyiapkan risalah maklumat ubat untuk pengguna dalam Bahasa Malaysia. Terdapat beberapa jenis ubat yang mana nama-nama generik ubat tersebut dalam Bahasa Inggeris diakhiri dengan perkataan pine seperti amlodipine, carbamazepine, nevirapine dll. Terdapat nama dagangan bagi ubat-ubat tersebut. Adakah bila dialihkan kepada bahasa Malaysia nama-nama generik ini menjadi amlodipina, karbamazepina, nevirapina? Terima kasih.Untuk makluman, nama generik ubat  perlu disesuaikan dengan ejaan bahasa Melayu, contohnya, amlodipina, karbamazepina dan  nevirapina. Walau bagaimanapun, nama dagang ubat tersebut tidak perlu diubah.Istilah06.09.2011
Yang mana betul: 1) sebarang ubat atau 2) sebarang ubat-ubatan? Jika kita tidak boleh gunakan "sebarang ubat-ubatan" harap dapat berikan penjelasan. Terima kasih.Sebarang ubat sahaja memadai, tidak perlu digandakan.Tatabahasa07.01.2010
Ubat hendaklah diambil 3 kali sehari atau dimakan 3 kali sehari.Arahan yang betul ialah 'Dimakan tiga kali sehari'.Tatabahasa20.12.2007
Yang manakah betul ? 1. Dia menyapukan ubat pada permukaan luka. 2. Dia menyapukan ubat di permukaan luka.Yang betul ialah: Dia menyapukan ubat pada luka. Kata sendi nama pada digunakan sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 274-276 untuk maklumat lanjut.   Tatabahasa24.04.2008
"Ubat itu dipercayai dapat memperkuaatkan sistem pertahanan badan manusia". atau "Ubat itu dipercayai dapat memperkuat sistem pertahanan badan manusia". Ayat manakah yang betul dan mengapa ayat tersebut betul??? Apakah kesalahan tatabahasanya???Ayat yang betul ialah "Ubat itu dipercayai dapat memperkuat sistem pertahanan badan manusia". - kuat ialah kata adjektif dan dapat menerima awalan memper- sahaja. Tatabahasa14.01.2011
1. Jauhkan ubat nyamuk dari / daripada langsir? Apakah jawapan untuk soalan ini? Soalan ini ada dalam buku teks bm sjk tahun 2.

Kedua-dua boleh digunakan. harap maklum.

Tatabahasa22.05.2008
Kedai Ubat Cina Hong Keong Akuputur & Herba Hong KeongKedai Ubat Cina Hong Keong Akupunktur dan Herba Hong KeongTatabahasa10.09.2008
Jauhi ubat nyamuk daripada / dari langsir. Jawapan ialah dari / daripada???

Jawapan yang betul ialah 'Jauhi ubat nyamuk daripada langsir.'

Tatabahasa17.05.2011
Assalamualaikum dan Salam 1MALAYSIA Tuan/Puan Saya ingin bertanya berkaitan keperluan penggunaan italic di dalam sesuatu ayat berbahasa inggeris. Adakah perlu, sekiranya kita menulis sesuatu artikel dalam Bahasa Inggeris contohnya artikel berkaitan ubat-ubatan, nama saintifik ubat tersebut perlu di italic atau tidak? Sekian terima kasih.Lazimnya penulisan nama-nama saintifik dalam teks bahasa Inggeris diitalikkan ejaannya. Walau bagaimanpun untuk maklumat lanjut sila rujuk buku ilmiah bahasa Inggeris.Lain-lain19.03.2012
Kita mesti menyimpan ubat ( di / ke ) dalam peti kecemasan. Apakah jawapan yang betul ? Terima kasih.Jawapan yang betul ialah Kita mesti menyimpan ubat di dalam peti kecemasan.Lain-lain29.05.2010
1234567

Kembali ke atas