Bagaimanakah sepatutnya menggunakan ungkapan kata/ucapan aluan. Yang mana satukah daripada empat (4) contoh yang diberikan di bawah ini adalah betul? 1. Kata-kata aluan 2. Kata alu-aluan 3. Ucapan aluan 4. Ucapan alu-aluan | Ungkapan kata yang betul ialah 2. Kata alu-aluan dan 4. Ucapan alu-aluan. | Tatabahasa | 06.12.2007 |
penggunaan yang tepat.. Ucapan aluan atau ucapan alu-aluan? | Ucapan alu-aluan. Harap maklum. | Makna | 25.06.2008 |
ucapan aluan | ucapan alu-aluan | Tatabahasa | 28.07.2008 |
Mengikut DBP , Kata-kata aluan (betul), kata alu-aluan(salah) dan ucapan alu-aluan (betul), ucapan aluan (salah) minta penjelasan ... Perbezaan antara kata-kata aluan dan ucapan alu-aluan .. | Perkataan yang betul ialah kata alu-aluan dan ucapan alu-aluan. Harap maklum. | Tatabahasa | 26.06.2008 |
Ucapan Aluan atau Ucapan Alu-aluan | Frasa yang betul ialah ucapan alu-aluan. | Tatabahasa | 06.02.2015 |
Ucapan aluan atau ucapan alu-aluan...mana satu yang tepat | Paling tepat ialah ucapan alu-aluan. | Tatabahasa | 04.10.2017 |
Di manakah saya boleh membuat rujukan tentang panggilan kehormat dlm ucapan aluan sesuatu majlis. | Saudara boleh mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) Dewan Bahasa dan Pustaka bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. Namun demikian, bagi membantu, saudara boleh membuat rujukan pada buku-buku yang disenaraikan ini bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. Buku-buku ini terdapat di PDM Dewan Bahasa dan Pustaka. - Panduan pengucapan Awam oleh Abdul Mua'ti @ Zamri Ahmad - Pengucapan Awam Yang Berkesan oleh Maimunah Osman - Pidato Berpidato - Seni dan Teknik oleh Rahmat lsmail - Panduan Protokol dan Etiket Sosial oleh Mokhtar Mohd. Tohar dan Panduan Protokol dan Tatatertib Majlis Samsudin Wahab. Terima kasih. | Lain-lain | 03.03.2007 |
Salam. Saya hendak memohon pengesahan bagi peerkataan-perkataan berikut: 1. Ucapan Alu-aluan atau ucapan aluan 2. Kata alu-aluan atau kata-kata aluan Terima kasih. | Salam, Jawapan yang betul: 1. Ucapan alu-aluan 2. Kata alu-aluan | Istilah | 04.11.2015 |
Aslkkum.Saya keliru dengan penggunaan kata alu-aluan atau aluan untuk buku aturcara dan teks juruacara.Yang mana satu tepat- kata/ucapan alu-aluan atau kata/ucapan aluan.Terima kasih | Frasa yang betul ialah Kata Alu-Aluan atau Ucapan Alu-Aluan. | Tatabahasa | 10.03.2008 |
Saya berhasrat ingin memohon menjadi Munsyi Dewan bagi mewakili Institut Aminuddin Baki bagi membantu mereka dalam penambahbaikan penggunaan Bahasa Melayu dalam apa juga urusan. Dengan perlantikan saya sebagai Munsyi Dewan, dapatlah saya bertindak untuk membantu mereka dari segi ejaan, tatabahasa dan sebagainya. Sebagai contoh, baru-baru ini, penggunaan aluan pengacara majlis dan ucapan aluan pengarah IAB telah digunakan agak kerap di Institusi kami. Oleh itu, saya ingin memperbetulkan apa yang telah menjadi kebiasaan. Walau bagaimanapun, saya bukan Munsyi Dewan dan saya tiada kuasa untuk memperbetulkannya. Sekian. Terima kasih. | Iklan pengambilan Munsyi Dewan akan dikeluarkan sekiranya DBP berhasrat mengambil Munsyi Dewan bagi fasa seterusnya. Pengambilan Munsyi dewan akan diiklankan dalam akhbar utama berbahasa Melayu serta laman web DBP. Untuk maklumat lanjut, sila hubingi Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur melalui talian 03-21479000/01/02. | Lain-lain | 03.12.2015 |