Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ucapkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Marilah kita mengucapkan terima kasih kepada Alam Flora. 2. Marilah kita ucapkan terima kasih kepada Alam Flora. 3. Mari kita mengucapkan terima kasih kepada Alam Flora. 4. Mari kita ucapkan terima kasih kepada Alam Flora. Dalam empat ayat ini, adakah partikel -lah diperlukan? Bolehkah partikel -lah digugurkan secara pilihan, maksudnya boleh diwujudkan dan boleh juga ditiadakan? Ayat ini ialah ayat penyata atau ayat suruhan? Jika ayat suruhan, adakah kata kerja "ucap" patut menerima akhiran -kan lalu membentuk kata kerja ayat suruhan "ucapkan"? Jika ayat ini ayat penyata, adakah kata kerja "ucap" harus menerima apitan meN-...-kan lalu terhasilnya kata kerja transitif "mengucapkan" yang disambut oleh objek, yakni "terima kasih"? Semua inilah tanda-tanda soal dalam hati saya.

Ayat yang betul ialah Marilah kita mengucapkan terima kasih kepada Alam Flora dan Mari kita mengucapkan terima kasih kepada Alam Flora kerana ayat ini ayat aktif transitif. Jika hendak diberikan penekanan maka partikel –lah boleh digunakan dan sebaliknya jika ditiadakan ayat tersebut masih lengkap.

Tatabahasa29.05.2014
As salam tuan dan cik di talian, Terima kasih saya ucapkan atas jawapan yang diberikan. Saya amat menghargai jawapan yang diberikan itu. Selamat bertugas saya ucapkan. Sekian, terima kasih.Terima kasih.Lain-lain03.12.2014
Selamat sejahtera saya ucapkan kepada tokoh DBP yang berpengalaman dan dihormati. Guru saya pernah mengatakan bahawa perkataan "merindui" tidak wujud dalam kosa kata, perkataan "merindukan" barulah betul. Adakah pernyataan guru saya ini betul?Perkataan merindui terbentuk hasil gabungan apitan meN-...-i dengan rindu. Perkataan merindukan terbentuk hasil gabungan gabungan apitan meN-...-kan dengan rindu. Kedua-dua perkataan itu betul dan untuk maklumat lanjut tuan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 191 dan 202.Tatabahasa28.04.2014
Salam sejahtera saya ucapkan kepada pihak DBP yang saya hormati. Saya ingin menunjuk ajar tentang penggunaan kata sendi "terhadap" dan "tentang/mengenai" dalam penggunaan kata sendi dengan benda abstrak dan benda konkrit. Apa yang saya kelirukan adalah seperti ayat di bawah: Soalan 1: a) Kesan terhadap pertanian b) Kesan tentang/mengenai pertanian Guru saya mengajar saya bahawa jika selepas kata sendi "terhadap" mestilah ada objek konkrit dan selepas kata sendi "tentang/mengenai" mesti mempunyai objek abstrak. Tetapi saya telah banyak merujuk buku lain dan saya mendapati penulis suka sangat menggunakan "terhadap" dengan objek abstrak. Sehubungan dengan itu, saya ingin menanyakan soalan yang kedua. Soalan 2: Pertanian, negara, negeri, daerah, wilayah dan kawasan ialah objek abstrak atau objek konkrit? Jadi apabila kita menggunakan perkataan "dalam" yang berfungsi untuk hadir sebelum objek abstrak, kita menggunakan "di dalam negeri/daerah/wilayah/kawasan, atau dalam negeri/daerah/wilayah/kawasan" ? Sekian sahaja soalan dan masalah saya. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menganalisis soalan saya walaupun sibuk.

Kata sendi nama “terhadap” digunakan digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda. Contoh: i. Seorang ketua harus bersikap adil “terhadap”  anak buahnya. ii.  Tanamilah rasa belas kasihan “terhadap” binatang. Kata sendi nama “tentang” digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Contoh: i. Mereka berbincang “tentang” masalah negara. ii. Kami perlu merujuk ketua kami dahulu “tentang” kelewatan bayaran. Perkataan “mengenai” tergolong sebagai kata kerja yang bermaksud kena pada. Walau bagaimanapun, penggunaan mengenai yang disamakan dengan tentang berfungsi sebagai kata sendi nama. Contoh:  Antara laporan yang disediakan itu termasuklah ringkasan mengenai keperluan tenaga manusia dan keperluan kemudahan.  Perkataan pertanian, negara, negeri, daerah, wilayah dan kawasan ialah objek konkrit. Oleh itu, perlu digunakan “di dalam”.

Tatabahasa27.04.2014
Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Muhammad, Puan Fatimah, Saudara Nurmin, Saudari Jamilah, Pak Cik Atan, Bonda Zubaidah dan Anakanda Ardiana. Tepatkah penggunaan huruf besar dalam ayat contoh ini? Terima kasih.Dalam penulisan rasmi hanya dua sapaan sahaja yang digunakan bagi yang tidak bergelar iaitu Tuan (Encik) dan Puan seperti Tuan Ahmad (Encik Ahmad) dan Puan Jamilah. Sapaan seperti saudara, saudari, bonda, pak cik, makcik dan sebagainya digunakan dalam ranah tidak rasmi atau dalam bahasa percakapan. Walau bagaimanpun jika ada keperluan menggunakan sapaan tersebut dalam urusan rasmi bentuk pengejaan yang diberi betul.Tatabahasa15.05.2012
Salam hormat saya ucapkan kepada Saudara. Saya ingin bertanya di sini tentang maksud 'serumpun bunga semarak api'. Adakah kata-kata ini bermaksud *bangsa yang asal-usulnya sama atau *masyarakat/negara dalam pertubuhan yang seia-sekata dalam hal kesejahteraan dan kemakmuran bersama? Terima kasih. Yang benar Roslina

Maksud serumpun bunga semarak api merujuk nama bunga/tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia.

Makna01.11.2010
Salam, saya cuma nak ucapkan terima kasih untuk perubahan laman web baru-baru ini. Jauh lebih cepat dan memudahkan kerja saya sebagai penterjemah. Syabas atas usaha yang sangat baik!Terima kasih.  Semoga perkara ini mendatangkan manfaat kepada semua pihak.Lain-lain18.05.2017
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Di sini, saya, Nur Fatina binti Muhammad, pelajar dari Kolej 14 Universiti Putra Malaysia ingin memohon bantuan daripada pihak anda untuk memberi penajaan bagi menjayakan program kolej kami, iaitu Majlis Anugerah dan Pra-Graduan 2016/2017. Penajaan boleh datang dari pelbagai bentuk. Oleh yang demikian, saya berharap agar pihak DBP dapat memberi maklum balas melalui e-mel saya sekali gus agar saya dapat menghantar kertas kerja program kami sebagai rujukan pihak tuan/puan. Pertolongan daripada pihak DBP amat saya hargai dan terima kasih diucapkan kerana meluangkan masa membaca komen saya ini.

Puan boleh menghubungi Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP iaitu Tuan Haji Razali bin Che Mat melalui talian 03-2147 9464 atau e-mel razali3@dbp.gov.my untuk maklumat lanjut.

Lain-lain07.03.2017
Salam sejahtera Pertama sekali, syabas saya ucapkan pada PRPM kerana berjaya mendekati masyarakat dengan lelaman interaktifnya. Soalan saya berkenaan penggunaan perkataan 'gejala'. Menurut Kamus Dewan, gejala bermaksud sesuatu hal yg menjadi tanda akan terjadinya sesuatu, tanda-tanda akan berlakunya sesuatu, atau keadaan yg menjadi tanda-tanda penyakit. Dewasa ini kita lihat ramai yang mengggunakan frasa "gejala sosial" atau "gejala seks rambang". Perkataan 'gejala' seakan-akan membawa maksud masalah. Apa ini dapat diterima? Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, gejala bermaksud: tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat atau petanda. Menurut contoh yang terdapat dalam kamus dan istilah, memang padanan yang kerap diberikan adalah gejala (petanda) yang membawa masalah. Walau bagaimanapun, ia boleh digunakan untuk maksud yang bukan mendatangkan masalah seperti gejala klinikal dan gejala tunggal (istilah perubatan).Tatabahasa06.02.2009
Salam sejahtera dan selamat petang saya ucapkan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih atau jawapan yang tuan/puan berikan di atas pertanyaan saya tempoh hari. Di sini saya ingin bertanyakan tentang apakah ciri-ciri penanda wacana dan apakah jenis-jenis wacana? Seterusnya bolehkah tuan/puan menghuraikan serba sedikit apakah yang dimaksudkan dengan ciri keutuhan wacana. Sekian sahaja pertanyaan dari saya. Terima kasih di atas perhatian tuan/puan.

Suatu wacana yang utuh mempunyai dua ciri utama, iaitu tautan dan runtutan. Tautan bermaksud keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain untuk menghasilkan wacana yang lengkap. Runtutan pula bermaksud kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadikan teks itu bermakna. Dalam bahasa Melayu terdapat lima jenis penanda wacana iaitu penanda penghubung, penanda rujukan, penanda penggantian,penanda leksikal dan penanda elipsis atau pengguguran.  Untuk lebih menguasai aspek penanda wacana sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 524-529.

Tatabahasa30.07.2008
123456

Kembali ke atas