Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.ja.ran] | اوجرن

Definisi : sesuatu yg diucapkan atau disebutkan (mis perkataan): bunyi-bunyi ini tidak boleh dihubungkan dgn sebarang ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.ja.ran] | اوجرن

Definisi : yg diujarkan: Dia tidak dpt mendengar ~ orang itu dgn jelas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ujaran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Apakah perbezaan yang ketara antara "nada" , "ujaran" dan "intonasi" ? Berikan contoh. 2. Bolehkah nyatakan perbezaan yang jelas antara "bidalan" dan " pepatah"? Apabila diberi suatu "peribahasa", sukar untuk saya mengklasifikasikan peribahasa tersebut sama ada "bidalan" atau "pepatah".Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, nada ialah bunyi yg tertentu tinggi rendahnya (dlm nyanyian, muzik, dll). Ujaran pula ialah sesuatu yg diucapkan atau disebutkan. Manakala makna intonasi ialah  turun naik atau tinggi rendah nada suara (sewaktu bercakap). Bidalan dan pepatah ialah sama. Untuk mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna09.04.2009
saya ingin bertanya tentang pemerolehan bahasa iaitu penguasaan bahasa pertamaPemerolehan berkaitan dengan kajian psikolinguistik ketika membincangkan anak dengan bahasa ibundanya. Pemerolehan bahasa tidak dikaitkan dengan guru, kurikulum, alokasi waktu dsb. Anak bermula dari kosong, mengolah data dan memproduksi ujaran. Anak mampu menguasai tatabahasa dan menghasilkan ujaran seperti penutur dewasa.Lain-lain13.10.2006
Apakah perbezaan antara “kata” dengan “perkataan” dalam kajian morfologi?Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan, perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna, yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Perkataan dimulai dan diakhiri oleh sempadan perkataan. Perkataan mengandungi berbagai-bagai bentuk yang dapat dijeniskan sebagai kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda. Untuk huraian terperinci tentang bentuk kata, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 43 -56 (Bab 3 - Morfologi)Tatabahasa07.10.2013
Tolong berikan maklumat tentang bahasa semantik dan penggunaannya?Sematik merupakan salah satu cabang linguistik yang mengkaji makna. kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna. Dalam bahasa, kita dapat mengungkapkan fikiran, pendapat, perasaan, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia. Perbendaharan kata penting untuk menjalin komunikasi yang sempurna. Kajian mengenai makna boleh dibahagikan kepada aspek yang berikut: a. makna denotasi dan makna konotasi b. makna dalam konteks c. hubungan makna dengan kebudayaan d. perubahan makna e. bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik. Semantik juga dapat ditakrifkan sebagai kajian makna linguistik bagi kata, fasa dan ayat. Secara umumnya, makna perkataan dapat dilihat dari segi leksikal dan konteks. Untuk makluman lanjut, saudara boleh merujuk buku Teori Semantik (terjemahan Zaiton Ab. Rahman dari buku Semantic Theory) DBP.Tatabahasa26.08.2006
Salam. Saya ingin mengetahui pengertian semantik secara ringkas ? Sekian , terima kasihSematik merupakan salah satu cabang linguistik yang mengkaji makna. kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna. Dalam bahasa, kita dapat mengungkapkan fikiran, pendapat, perasaan, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia. Perbendaharan kata penting untuk menjalin komunikasi yang sempurna. Kajian mengenai makna boleh dibahagikan kepada aspek yang berikut: a. makna denotasi dan makna konotasi b. makna dalam konteks c. hubungan makna dengan kebudayaan d. perubahan makna e. bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik. Semantik juga dapat ditakrifkan sebagai kajian makna linguistik bagi kata, fasa dan ayat. Secara umumnya, makna perkataan dapat dilihat dari segi leksikal dan konteks. Untuk makluman lanjut, saudara boleh merujuk buku Teori Semantik (terjemahan Zaiton Ab. Rahman dari buku Semantic Theory) DBP.Tatabahasa24.03.2012
Maksud morfologiMenurut tatabahasa Dewan, Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. (Untuk mendapatkan nota lengkap berkaitan morfologi, bolehlah dirujuk buku Tatabahasa Dewan muka surat 43-55). Terima kasih.Makna25.10.2006
maksud komunikasi non verbal dan komunikasi verbal?

Komunikasi verbal : komunikasi secara lisan (bercakap, berdialog, berbual, dsb.)

Komunikasi non-verbal: komunikasi bukan secara lisan, bukan ujaran (bahasa isyarat, bahasa tubuh, kontak mata, penggunaan objek, dsb.)

Makna20.08.2009
ciri-ciri bahasa klasik dari segi morfologi. terima kasihMenurut Buku Tatabahasa Dewan, morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat berkaitan ciri-ciri bahasa klasik dari segi morfologi, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa12.03.2007
Tolong jelaskan secara terperinci mengenai 'cakap ajuk dan cakap pindah'.

Cik Puan Zafirah,

Apabila kita menggunakan cakap ajuk, kita mengulang ungkapan sebenar penutur.

Contoh:

      Saya sudah membuat kerja itu. 

     Ayu berkata, "Saya sudah buat kerja itu." (cakap ajuk)

Perhatikan, tanda koma selepas perkataan berkata dan penggunaan tanda petik (dailog) bagi menunjukkan ujaran.

2.   Dalam cakap pindah pula, kita melaporkan apa yang dipercakapkan,   tidak semestinya menurunkan seluruh perkataan atau ungkapan penutur, tetapi menurunkan makna yang hampir sama dengan ujaran tersebut:

   Contoh:

   Cakap ajuk  :  "kalau aku mati, kaujaga kuburku," kata Pak Ali.

  Cakap Pindah : Pak Ali mahu agar kuburnya dijaga dengan baik jika dia meninggal dunia. 

 

Tatabahasa31.05.2009
1.Bagaimana saya hendak tahu bila hendak meletakkan (-) pada perkataan?Saya jadi confused sebab ada kata ganda yang kena letak tanda (-) dan ada juga yang tidak perlu. 2.Saya masih tidak memahami cara penulisan CAKAP AJUK CAKAP PINDAH dan saya kadang-kadang keliru dengan perbezaan CAKAP AJUK CAKAP PINDAH.

Mengikut Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia tanda sempang digunakan untuk i. menulis kata ulang, cth. anak-anak; pegawai-pegawai ii. menyambung suku kata kata dasar yang terpisah oleh penggantian baris,  cth. menangguhkan penyelenggaraan pro-

                                                   jek; iii.  memperjelas ungkapan, cth. ber-evolusi dengan berrevolusi iv. merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar, cth. anti-Rusia, hamba-Mu v. merangkaikan ke- dengan angka,cth. ke-3,ke-40 vi. merangkaikan angka yang menunjukkan tahun dengan akhiran -an, cth. tahun 80-an vii. menunjukkan hubungan setara atau rangkai kata istilah,cth. alat pandang dengar.

Cakap ajuk ialah ujaran sebenar penutur yang lazimnya ditandai dengan intonasi atau tanda baca. Cakap pindah ialah ujaran tak langsung. Untuk keterangan lanjut tentang kata ganda dan cakap ajuk dan cakap pindah sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau buku-buku tatabahasa bahasa Melayu yang lain yang ada di pasaran. 

Tatabahasa07.03.2009

Kembali ke atas