Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.kir] | اوکير

Definisi : lukisan yg dibuat dgn memahat (menggores, menoreh, dll) pd barang-barang per-hiasan dll; ~ benam lukisan tenggelam (pd barang-barang perhiasan dll); ~ kencana lukisan pd barang emas; seni ~ seni membuat gambar dll dgn pahat, seni pahat; tukang (juru, pandai) ~ orang yg pandai membuat (membentuk dll) sesuatu dgn pahat; berukir 1. berhiaskan lukisan-lukisan dll yg dibuat dgn cara memahat (menggores, menoreh, dll): kerusi yg ~; 2. bergambar pd kulit tubuh dll (digores-gores dan diwarnai), bercacah; mukanya ~ mukanya bercacah; mengukir 1. membuat lukisan dll dgn cara memahat (menggores, menoreh, dll): dia asyik menarah dan ~ papan cengal tebal; 2. ki membentuk (senyuman), memperlihatkan, menampakkan (senyum dll): mulutnya ~ senyuman; ukir-mengukir perbuatan (kerja dsb) mengukir; mengukirkan 1. melukiskan sesuatu dgn memahat (menggores, menoreh, dll), melukis-kan dgn mengukir: dia sedang ~ lambang negara pd pintu besar bangunan itu; 2. meng-gambarkan sesuatu (peristiwa dsb) dgn indah: sejarah telah ~ kisah-kisah penting apabila masyarakat Islam mula dibangunkan di Madinah; 3. ki melekatkan (menyimpan) dlm hati: kenang-kenangan manis itu akan diukirkan dlm hati; terukir 1. sudah diukirkan: gambar pagoda Siam ~ di situ; 2. ki terbentuk, nampak, ter-dapat: di mukanya ~ senyum lebar menyambut kedatangan Mak Siti; ukiran 1. = ukir-ukiran sesuatu yg telah di­ukirkan, lukisan dll yg terukir: bangunan itu agak muram, dihiasi dgn ~ timbul yg tidak ter­atur letaknya; 2. hasil drpd mengukir, cara mengukir: bangsa Melayu mempunyai ke­se­ni­­annya sendiri spt ghazal, dondang sayang, ba­rang-barang ~ emas, perak, tembaga, dan kayu; pengukiran perihal (perbuatan, kerja, dsb) mengukir; pengukir 1. orang yg mengukir, juruukir; 2. alat yg digunakan utk mengukir (pahat dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.kir] | اوکير

Definisi : hiasan atau lukisan pd sesuatu yg dibuat dgn memahat (menoreh, menggores dll). seni ~ seni membuat perhiasan atau lukisan dgn pahat. berukir mempunyai hiasan yg dibuat dgn cara memahat (menggores, menarah dll): kerusi ~. mengukir mem­buat hiasan pd sesuatu dgn cara memahat (menggores, menoreh dll): Di samping melukis, beliau juga pandai ~. ukir-mengukir segala hal yg berkaitan dgn mengukir. mengukirkan melukis sesuatu dgn memahat (menggores, menoreh dll): Beliaulah yg telah ~ awan larat pd pintu gedung itu. ukiran 1 hasil mengukir: ~nya sangat halus. 2 sesuatu yg diukirkan; lukisan dll yg diukirkan: ~ pd pintu rumahnya sangat menarik. pengukiran perbuatan (cara dsb) mengukir. pengukir 1 orang yg (pandai) mengukir; tukang ukir. 2 alat yg digunakan utk mengukir (spt pahat, pisau). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ukir
Kata Terbitan : berukir, mengukir, terukir, ukiran, pengukir,

Puisi
 

Orang Padang berukir-ukir,
     Membuat ukiran di kayu jati;
Terpandang tuan sedang berfikir,
     Saya merasa sakit hati.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin mendapatkan nasihat berkenaan dua istilah konsep seperti yang tersebut memandangkan tidak ada lagi istilah sasar yang tepat diperkenalkan walaupun kajian-kajian sebegini semakin mendapat tempat. 1. Placemaking - citra-ukir tempat 2. Sense of place - cita tempat Adakah dua terjemahan ini menepati istilah sasar tersebut? Jika ada cadangan istilah yang lebih baik amatlah dihargai. Terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi istilah placemaking ialah pewujudan tempat. Manakala cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah sense of place ialah perasaan setempat. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah30.05.2023

Kembali ke atas