Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.ki.ran] | اوکيرن

Definisi : 1. = ukir-ukiran sesuatu yg telah di­ukirkan, lukisan dll yg terukir: bangunan itu agak muram, dihiasi dgn ~ timbul yg tidak ter­atur letaknya; 2. hasil drpd mengukir, cara mengukir: bangsa Melayu mempunyai ke­se­ni­­annya sendiri spt ghazal, dondang sayang, ba­rang-barang ~ emas, perak, tembaga, dan kayu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.ki.ran] | اوکيرن

Definisi : 1 hasil mengukir: ~nya sangat halus. 2 sesuatu yg diukirkan; lukisan dll yg diukirkan: ~ pd pintu rumahnya sangat menarik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ukir
Kata Terbitan : berukir, mengukir, terukir, ukiran, pengukir,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1(a). Hasil kraf tangan tersebut termasuklah anyaman daripada daun kelapa dan ukiran. 1(b). Hasil kraf tangan tersebut termasuklah barangan daripada daun kelapa dan ukiran. 2(a). Mereka melihat pelbagai anyaman seperti bakul, sarung ketupat dan burung hiasan. Semuanya diperbuat daripada daun kelapa. 2(b). Mereka melihat pelbagai barangan seperti bakul, sarung ketupat dan burung hiasan. Semuanya diperbuat daripada daun kelapa. Ayat yang mana satu lebih tepat? Terima kasih.Kesemua contoh ayat adalah betul.  Walau bagaimanapun untuk konteks ayat sebegini perkataan anyaman lebih tepat menggantikan barangan.Tatabahasa16.02.2017
Tuan/Puan, merujuk kepada keputusan carian konkordans dari korpus dbp,bolehkah tuan/puan jelaskan bagaimana dapat saya ketahui dari buku apa sesuatu contoh ayat yang tersenarai? Contohnya,ayat no1 dalam lampiran fail ialah berikut: Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, secara berseloroh berkata, kini masanya untuk menggantung semua sijil di dinding dan berwarisan. | Kad laporan 100 hari pertama menteri no 2 ialah: Di perenggan dinding atau badan rumah ukiran-ukiran sering terdapat pada dinding luar dan juga dinding pemisah ruang. | Kad Bahan Lama (Baris # 97952) Jika saya menggunakan kedua dua ayat tersebut dalam tesis saya,bagaimanakah saya menyatakan sumber /tajuk buku bagi ayat-ayat tersebut? sekian ,terima kasih.Frasa yang betul ialah:
1. Perjalanan itu mengambil masa satu jam suku atau satu jam setengah.
2. Ali berjoging empat kilometer setengah setiap hari.
3. Harga buku itu tiga ringgit setengah.
4. Sila letak dua sudu setengah garam ke dalam sup itu.
5. Ali minum dua dan satu pertiga gelas air tadi.
*Penggunaan yang betul ialah:
Penulisan angka - 1 ½ jam
Penulisan frasa - satu jam setengah
Lain-lain27.09.2015
1. Wajah Puan Raziah (gemerlapan/ceria/gembira/suram) apabila mendapat berita tentang kejayaan anaknya itu. 2. Dalam perbahasan itu, David menyampaikan hujah-hujahnya dengan suara yang (nyaring/lantang/gagap/merdu). 3. Dulang tembaga ini kelihatan (kusam/pucat/pudar/kelam) kerana sudah lama tidak digilap. 4. Ukiran pada tingkat rumah datuk sungguh (elok/cantik/ayu/kaku).1. Wajah Puan Raziah ceria apabila mendapat berita tentang kejayaan anaknya itu. 2. Dalam perbahasan itu, David menyampaikan hujah-hujahnya dengan suara yang lantang. 3. Dulang tembaga ini kelihatan (kusam/pudar) kerana sudah lama tidak digilap. 4. Ukiran pada tingkat rumah datuk sungguh elok.Tatabahasa30.07.2008
apakah perbezaan maksud seni dan kesenian?Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1452-1453, seni - 1. karya (sajak, lukisan, muzik, dll) yang dicipta dengan bakat (kecekapan), hasil daripada sesuatu ciptaan: kalau perut kosong, politik dan sastera, ilmu pengetahuan dan seni tidak akan menarik perhatian orang yang paling intelektual sekali pun; 2. kebolehan mencipta sesuatu (lukisan, ukiran, dll) yang indah-indah; manakala kesenian pula bermaksud - perihal seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan (kehalusan): kaulah seorang seniman yang tahu menikmati kesenian alam.Makna26.12.2006
Adakah ‘kesenjangan’ merupakan perkataan asli Bahasa Melayu? Dan apakah makna sebenar bagi perkataan tersebut?Kata senjang berasal daripada bahasa Minangkabau. Bahasa Minangkabau merupakan bahasa serumpun dengan bahasa Melayu di bawah rumpun Austranesia.

Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) merakamkan makna senjang ialah:

senjang سنجڠ Minangkabau kata adjektif
1 (berkenaan ukuran tinggi, lebar atau panjang) tidak sama antara satu sama lain;
2 (berkenaan kedudukan dua benda seperti lukisan, ukiran atau sulaman) tidak seimbang antara sebelah kiri dengan sebelah kanan;
3 (berkenaan pengantin, suami isteri atau saudara kembar) tidak sepadan dengan pasangannya;

persenjangan ڤرسنجڠن kata nama
hal menjadi senjang;

kesenjangan کسنجڠن kata nama
keadaan senjang.

Oleh sebab itu, kata kesenjangan ialah keadaan yang tidak seimbang antara sesuatu, terdapatnya jurang. Penggunaan kata ini seperti dalam ayat berikut:

Contoh 1:

Usaha untuk merungkai masalah kemiskinan dan kesenjangan yang kian melebar perlu dipergiat.

Contoh 2:

Ketika ini, masih terdapat kesenjangan antara sekolah di kawasan bandar dan luar bandar.
Makna02.11.2024
Apakah terjemahan yang sesuai bagi "writing tablet"? Mungkin benda ini diperbuat daripada tanah liat atau kayu. Bolehkah menggunakan "batu tulis" walaupun merujuk kepada bahan yang diperbuat daripada kayu? Ini terdapat dalam tulisan purba. Terima kasih atas panduan.Padanan "Writing tablet" tidak ada dalam pangkalan data kami. Berdasarkan maklumat yang saudara berikan "writing tablet" ini hampir sama dengan Batu Bersurat Terengganu yang mempunyai ukiran/tulisan padanya yang membuktikan sejarah kedatangan Islam ke Terengganu pada zaman dahulu. Oleh itu, kami mencadangkan padanan "writing tablet" dalam bahasa Melayu ialah kayu bersurat atau tanah bersurat, rujuk kepada jenis material tersebut sama ada kayu atau tanah. Istilah20.06.2011
penggunaaan ke, daripada,kepada, di dalam ayatKata sendi nama 'ke' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah. Contoh, Mereka akan ke Kuantan esok. Kata sendi nama 'daripada' hadir di hadapan kata nama atau frasa nama 1. yang menyatakan punca bagi manusia, benda dan unsur mujarad, contoh, Dia menjauhkan diri daripada bahaya dadah; 2. yang merujuk sumber atau kejadian sesuatu benda atau asal kejadian, contoh, Ukiran itu diperbuat daripada logam; 3. yang merujuk perbezaan atau perbandingan, contoh, Edisi kedua buku itu lebih lengkap daripada edisi pertama. Kata sendi nama 'kepada' hadir di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan perubahan keadaan. Contoh, Sisa makanan itu diberikan kepada kucing.Tatabahasa20.04.2007
Ayat yang betul ialah Puan Lee pandai menganyam tikar daripada buluh. bolehkah terangkan penggunaan daripada..... kalau ayat "tikar diperbuat daripada buluh" memang betul, kenapa kita tidak boleh gunakan " Puan Lee pandai menganyam tikar dengan buluh". boleh terangkan penggunaan dengan dan daripada. sekian terima kasih.

Kata sendi nama "daripada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda dan unsur perbezaan atau perbandingan. Contoh:

i. Pemain sarkas itu menerima bola daripada beruangnya
ii. Ukiran itu diperbuat daripada kayu
iii. Edisi kedua buku itu lebih lengkap daripada edisi pertama.


Kata sendi nama "dengan" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud seperti yang berikut: 
i. membawa maksud bersama-sama atau berserta (Ayah pergi ke pekan dengan ibu.)  
ii. membawa maksud cara sesuatu dilakukan (Dia menyambut tetamu itu dengan senyum simpul.) 
iii. membawa maksud memakai atau menggunakan (Ani melukis potret itu dengan cat air.)
iv. menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama (Orang itu sentiasa sependapat dengan ketuanya.)

Tatabahasa04.09.2013
Salam . kami ingin mendapatkan istilah yang bersesuaian bagi menggantikan nama bagi jawatan, PEGAWAI KEBUDAYAAN dan AHLI MUZIK. pihak kami ada mencadangkan perubahan nama iaitu, Karyawan Muzik untuk AHLI MUZIK dan Koordinator/ Penyelaras Kesenian untuk PEGAWAI KEBUDAYAAN. terima kasih atas perhatian dan tindakan pihak tuan.

Istilah Karyawan Muzik dan Koordinator/Penyelaras Kesenian tidak ada dalam pangkalan data kami. Dalam Kamus Dewan, karyawan bermaksud penghasil karya atau pencipta.  Kesenian bermaksud perihal seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan dan kehalusan. Seni bermaksud 1. karya (sajak, lukisan, muzik,dll) yang dicipta dengan bakat(kecekapan), hasil daripada sesuatu ciptaan. 2. keboleh mencipta sesuatu (lukisan), ukiran , dll) yang indah-indah. Huraian yang diberikan diharap dapat membantu untuk menentukan sama ada nama jawatan yang diberikan bersesuaian atau tidak. 

Istilah18.02.2011
Salam sejahtera, saya kadang-kadang mempunyai masalah membezakan penggunaan ke, pada, kepada, dari dan daripada. Diharap saya boleh mendapatkan penerangan berkenaan perkara ini. Sekian, terima kasih

Kata sendi nama "dari" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu. Contoh:

i. Angin bertiup kencang dari arah selatan
ii. Kajian itu dibuat dari sudut ekonomi
iii.Kerajaan itu terkenal dari kurun ke-18 lagi.

Kata sendi nama "daripada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda dan unsur perbezaan atau perbandingan. Contoh:

i. Pemain sarkas itu menerima bola daripada beruangnya
ii. Ukiran itu diperbuat daripada kayu
iii. Edisi kedua buku itu lebih lengkap daripada edisi pertama.


Kata sendi nama "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Contoh ayat: Sila kembalikan borang ini kepada kerani pejabat ini, peserta bengkel dibahagikan kepada dua kumpulan, keadaan ekonomi berubah kepada tahap yang lebih baik.

Kata sendi nama "ke" pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan tempat, arah atau masa dan ditulis terpisah contoh ke dalam sungai, ke tepi.


Kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu atau tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu. Contoh: 1. Bas kami bertolak pada pukul tujuh pagi. 2. Wang itu ada pada ibu.

Tatabahasa20.01.2013
12

Kembali ke atas