| Warna baju itu (sepadan, berpadanan) dengan kulitnya. Terima kasih atas jawapan tuan "berpadanan" yang diberikan pada 9/7/13. Namun demikian, Cikgu Bahasa Melayu anak saya memberikan jawapan "sepadan". Ini amat mengelirukan anak saya. Bolehkan tuan terangkan perbezaan penggunaan "sepadan" dan "berpadanan"? | Kedua-dua perkataan tersebut memberi makna yang hampir sama. Untuk peperiksaan dan sekolah, tuan hendaklah mengikut guru di sekolah. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, berpadanan ialah padan atau kena antara satu sama lain: khusus untuk mereka yang gemar mengenakan barang perhiasan yang ~, dihasilkan barang-barang kemas yang lengkap dengan jamnya; 2. berpadan (dgn): badannya agak gempal ~ dgn rupa orang yang tengah naik; Manakala sepadan pula ialah kena benar (keadaannya, ukurannya, rupanya, dll), secocok, berpatutan, seimbang, setimpal, sesuai: kalau Salehah dijodohkan dengan Salehin sepupunya itu, ~ benar; cubaan besar yang menimpa dirinya, belum ~ dgn kekuatan jiwanya; | Tatabahasa | 17.07.2013 |
| ADAKAH MAKSUD DARJAT DAN MARTABAT ADALAH SAMA | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, darjat ditakrifkan sebagai 1. tingkatan atau taraf kedudukan dlm masyarakat (sebagaimana yg biasanya ditentukan atau dipengaruhi oleh asal keturunan, kekayaan dll), tingkatan kedudukan (dlm pengertian yg luas), martabat: ayahnya masih tetap mempertahankan ~ keturunannya; 2. ark taraf (besar kecilnya dll), darjah, tingkatan: denda yg dikenakan adalah mengikut ~ atau takrif kesalahan yg dilakukan; 3. Id darjah: sekolah yg sama ~nya dgn S.M.A; 4. Id unit ukuran (sudut, suhu): sudut 45 ~; 15 ~ C; 5. Id gelaran kpd pelajar yg lulus dlm peperiksaan peringkat universiti; manakala martabat pula bermaksud kedudukan pd mata masyarakat, darjat, pangkat, tingkat. Berdasarkan takrifan tersebut, darjat dan martabat membawa makna yang sama. | Istilah | 25.02.2009 |