Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.lang] | اولڠ

Definisi : balik pula, kembali dr permulaan, kembali semula; cetak ~ cetak kembali, cetak sekali lagi; ~-aling a) bolak-balik, mundar-mandir, ulang-alik; b) tidak tetap letaknya (perahu dipukul gelombang dll), terumbang-ambing; ~ bicara pembicaraan yg diadakan sekali lagi (di mahkamah yg lain); ~ tahun a) hari jadi (lahir); b) hari perayaan (tiap-tiap tahun) utk menyam-but kemerdekaan negara (sesuatu peristiwa penting); seulang sekali (lagi); ~ tayang tayangan atau pertunjukan (filem di TV dsb) yg diulang; ulang-ulang sj hiasan sanggul (drpd rangkaian bunga); berulang 1. kembali (ke), pulang (ke): kami selalu juga ~ ke mari kerana ayahanda bonda ada lagi; 2. dilakukan dll sekali lagi, berlaku (terjadi) lagi: kita tidak mahu tuduhan itu ~ lagi; ~ kali kerap kali, berkali-kali; ~ kata selalu mengatakan apa-apa yg telah dikatakan; ~ kembali berlaku (terjadi dll) lagi; ~ tahun merayakan hari ulang tahun; berulang-ulang 1. selalu pergi balik (ulang-alik, mundar-mandir): sahaya ~ ke rumahnya meminta wang itu; 2. kerapkali atau berkali-kali melakukan sesuatu, beberapa kali: lagu yg baru dipelajari hendaklah dimainkan ~ supaya kanak-kanak betul-betul tahu akan lagu itu; mengulang 1. melakukan sesuatu sekali lagi, berbuat lagi (apa yg telah dilakukan): yg salah dihukum supaya ia tidak akan ~ kesalahan-nya; 2. mempelajari kembali apa-apa yg telah diajarkan, menghafal pelajaran: tolong perhati-kan supaya anak-anak ~ pelajaran mereka di rumah; 3. pergi mendapatkan, mendatangi: terpaksalah datuk ~ isterinya yg baru itu bebe-rapa kali dlm seminggu; ~ jejak a) kembali melakukan apa-apa yg telah dilakukan dahulu, berbalik mengerjakan yg dahulu-dahulu; b) berbalik kpd isterinya yg dahulu, rujuk kembali; ~ tayang menayang-kan (filem di TV dsb) buat kali kedua (ketiga dsb); mengulangi 1. = mengulang-ulang, meng­­­ulang-ulangi selalu benar melakukan (sesua­tu), kerap kali mengulang: dia ~ pertanya­an­nya yg masih belum berjawab; 2. = meng­ulang-ulangi selalu pergi ke (utk menengok, men­ziarah, dll), kerap kali mendatangi: sejak dia menanam tebu, pegawai-pegawai per­ta­nian selalu ~ ladang-nya; 3. mempelajari kem­bali (apa-apa yg telah diajarkan), menghafal kembali (pelajaran): setelah makan malam, aku duduk di meja kerja ~ pelajaran sekolah; terulang sudah diulang(i), kembali (terjadi) lagi; ulangan 1. sesuatu yg dilakukan lagi, sesuatu yg berlaku berkali-kali, sesuatu yg diulang (diulangi): dlm bait syair ini, penyair mem- buat permainan suara yg berupa ~ suara ‘ut’; 2. Id sj ujian utk mengetahui sejauh mana murid-murid dapat mengikuti pelajaran yg sudah-sudah; ~ umum ujian bkn semua mata pelajaran; 3. perbuatan datang lagi kpd, perbuatan mengulangi: dia terus-menerus juga mengulangi gadis itu dan setiap ~nya mendapat sambutan yg memuaskan; 4. yg diulangi, yg dilakukan (disiarkan dll) utk kali keduanya dan seterusnya: latihan ~; siaran ~ Puspawarna; keberulangan keadaan berulang; perulangan 1. perihal berulang (berulang-ulang); 2. (sesuatu) yg berulang atau diulang-ulangi: satu contoh ialah penggunaan ~; pengulangan perihal (perbuatan dsb) meng-ulang (mengulangi): ada satu lagi jenis kata ulang iaitu kata-kata yg dlm ~nya meng-alami pergantian bunyi vokal atau bunyi konsonan; ~ kesalahan demikian tidak dapat dibiarkan begitu saja; pengulang 1. orang yg mengulang (meng­ulangi); 2. Id orang yg membantu memberi pelajaran kpd mahasiswa di luar kuliah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.lang] | اولڠ

Definisi : kembali semula; sekali lagi. ~ bicara perbicaraan yg diadakan sekali lagi. (hari) ~ tahun a. hari jadi. b. hari perayaan yg diadakan pd tiap-tiap tahun utk memperingati peristiwa penting (spt hari kemerdekaan). berulang 1 berlaku lagi: Peristiwa itu tidak akan ~. 2 kembali ke; pulang ke: Ia selalu ~ ke rumah emaknya. berulang-ulang 1 beberapa kali; kerap kali: Ayat itu dibacanya ~ supaya difahaminya. 2 selalu berulang-alik; selalu pergi balik. mengulang 1 melakukan apa-apa yg telah dilakukan sekali lagi: Ia tidak mahu lagi ~ kesalahannya. 2 mempelajari apa-apa yg telah diajarkan sekali lagi: Ia sedang ~ pelajaran sekolahnya. 3 pergi mendapatkan; menziarahi. mengulangi 1 melakukan sesuatu berulang kali; selalu sangat melakukan sesuatu: Ia ~ pertanyaan itu sehingga mendapat jawapannya. 2 kerap kali pergi menziarahi (menemui, menengok dll): Tuan Pengurus itu selalu ~ ladangnya. 3 menghafaz atau membaca semula apa-apa yg telah dipelajari banyak kali: Ahmad ~ pelajaran sekolahnya sebelum peperiksaan. ulangan sesuatu yg dilakukan sekali lagi; sesuatu yg diulang: Drama itu ialah siaran ~. perulangan hal berulang(-ulang). pengulangan hal atau perbuatan mengulang atau mengulangi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ulang (kata kerja)
Bersinonim dengan sekali lagi, lagi sekali, melakukan kembali;,
Kata Terbitan : berulang, berulang-ulang, mengulang, ulangan, ulang alik, berulang alik,

Puisi
 

Kalau jeruju bandar Siam,
     Siang-sianglah kok padi;
Kalau beralih tempat diam,
     Ulang-ulang mandi kini.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Anjing itu,
     meskipun dirantai dengan rantai emas,
nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis.

Bermaksud :

Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih, b. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya, c. Habis air setelaga, arang dibasuh tak putih).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Ulang cetak atau ulang cetakan 2. halatuju atau hala tuju? 3. perkataan sisio di awal perkataan lain perlu digabung atau disempang atau diasingkan? Wassalam. Terima kasih.1. ulang cetak
2. hala tuju
3. Perkataan sisio tiada dalam data kami tetapi terdapat perkataan sosio. Sosio merupakan awalan  berkaitan dengan faktor sosial (kemasyarakatan), contohnya, sosioekonomi dan sosiopolitik yakni dieja satu perkataan.
Tatabahasa24.06.2013
Terdapat kekeliruan dalam penggunaan kata sambutan ulang tahun kelahiran dan sambutan hari jadi. Dalam konteks bahasa Melayu, penggunaan kata manakah lebih tepat dan menujurus kepada maksud mengadakan majlis sempena ulang tahun seseorang itu lahir.Frasa ulang tahun kelahiran dan sambutan hari jadi hari boleh digunakan kerana kedua-dua frasa ini bermaksud memperingati lahirnya seseorang.Istilah19.08.2009
Menurut kamus dewan, borak -balik bermaksud ulang-alik. Jadi, adakah kedua-dua ayat berikut betul? a) Dia terpaksa ulang-alik ke mahkamah kerana menjadi saksi dalam perbicaraan kes itu. b) Dia terpaksa bolak-balik ke mahkamah kerana menjadi saksi dalam perbicaraan kes itu.

Salam sejahtera,

Kedua-dua ayat yang dikemukakan oleh saudara betul namun, penggunaan ulang-alik lebih gramatis jika digunakan dalam ayat yang tersebut.

    Penggunaan perkataan bolak-balik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,  ulang-alik, pergi balik: bas itu pergi ke Singapura ~; 2. tidak tetap atau berubah-ubah (percakapan atau perbuatan seseorang), berbalik-balik, berbelit-belit: cakapnya ~;berbolak-balik berbalik-balik, berulangulang: fikiran itu masih ~ dlm kepalanya; membolak-balikkan 1. membalik-balikkan, mengolak-alikkan: sudah kami bolak-balikkan, sudah kami tating-tating, dan sudah kami kaji buruk baiknya; 2. memutarbelitkan: dicubanya ~ perkara itu.

Tatabahasa13.10.2012
ulang-alik dan bolak-balik kedua-dua perkataan ini ada perbezaan ?Sila berikan maksud dan penggunaannya. Terima kasih.

Makna ulang-alik ialah kerap kali (berkali-kali) pergi dan balik, bolak-balik, mundar-mandir: empat kali Pak Pandir dgn Mak Andeh berangkut ~, baharulah habis semuanya. Olak-alik pula ialah

  • berulang-ulang, bolak-balik, tidak tetap, (berubah-ubah pendirian, pegangan, percakapan, dll);
  • Makna21.10.2009
    Bagaimanakah bentuk ulang bagi gelaran yang berikut: 1. Kebawah Duli Yang Maha Mulia 2. Duli Yang Maha Mulia 3. Duli Yang Teramat Mulia. Jawapan yang diperlukan segera. Sekian terima kasih.Jawapan yang betul ialah Duli Yang Maha Mulia atau DYMM.Lain-lain31.05.2010
    Adakah ayat-ayat berikut betul? 1. Adam berlari ulang-alik sambil menyentuh skital. 2. Adam menyentuh skital sambil berlari ulang-alik. 3. Siti dan Mimi melambung dan menyambut bola sambil berlari. 4. Siti dan Mimi berlari sambil melambung dan menyambut bola. 5. Lukisan yang dipamerkan itu cantik-cantik belaka. terima kasih.Ayat pertama hingga ayat keempat betul, manakala ayat kelima perlu diperbetulkan menjadi Lukisan yang dipamerkan itu cantik belakaTatabahasa27.03.2012
    Bolehkah berikan contoh bagi perkataan "ulang-alik","simpang-siur","dolak-dalik"dan"bolak-balik"?Nak tahu cara penggunaannya.Contoh penggunaan kata ganda tersebut boleh dilihat dalam laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan taip perkataan berkaitan. Contohnya ulang-alik Perahu besar di Kuala Terengganu itu bukan sahaja ulang-alik ke Pahang, tetapi juga ke Siam.Tatabahasa29.02.2012
    saya ingin mengetahui maksud kata mendaur ulang yang ditemui dalam laman sesawang. Apakah kata dasar kata ini dan bagaimanakah cara penggunaannya yang tepat dalam ayat?Mengikut sumber rujukan kami tiada perkataan mendaur ulang. Walau bagaimanapun, Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan kata daur ialah jangka masa tertentu; daur besar jangka masa 120 tahun; daur kecil jangka masa lapan tahun, windu. Mohon kerjasama tuan untuk memberikan alamat laman sesawang tersebut kepada pihak kami untuk tindakan pantau tegur bahasa.Makna01.04.2009
    (Sempena) dengan (ulang tahun) kelahiran ibu kami yang ke-50, (suatu) majlis kesyukuran akan diadakan pada malam ini. kesalahan bahasa adalah di dalam kurungan. saya berpendapat sempena adalah salah. sesuaikah diganti dengan perkataan (selaras)?Bersempena dengan ulang tahun kelahiran ibu kami yang ke-50, suatu majlis kesyukuran akan diadakan pada malam ini. Kata sempena lebih tepat dibandingkan dengan penggunaan kata selaras. Bersempena bermaksud mengambil berkat daripada.Tatabahasa01.08.2008
    Tuan, perlu atau tidak soalan ini diulang-ulang perkataan (minum) seperti berikut: "Ita hendak (minum) susu atau (minum) Milo(?)" tanya ibu kepada adik. ATAU "Ita hendak (minum) susu atau Milo(?)" tanya ibu kepada adik. Sekian terima kasihTidak perlu ulang perkataan minum.Tatabahasa25.07.2008
    1234567

    Kembali ke atas