Ulang Tahun ke-40 atau ulang tahun ke 40 ? | Sekiranya frasa ini sebagai tajuk, maka cara penulisan yang betul, contohnya Ulang Tahun Syarikat ABC ke-40, sekiranya dalam ayat cara penulisan yang betul ialah Syarikat ABC akan meraikan ulang tahun ke-40 pada 4 Jun 2014. | Tatabahasa | 03.06.2014 |
Terdapat kekeliruan dalam penggunaan kata sambutan ulang tahun kelahiran dan sambutan hari jadi. Dalam konteks bahasa Melayu, penggunaan kata manakah lebih tepat dan menujurus kepada maksud mengadakan majlis sempena ulang tahun seseorang itu lahir. | Frasa ulang tahun kelahiran dan sambutan hari jadi hari boleh digunakan kerana kedua-dua frasa ini bermaksud memperingati lahirnya seseorang. | Istilah | 19.08.2009 |
ulang tahun atau ulangtahun | ulang tahun | Ejaan | 15.10.2014 |
Penggunaan perkataan yang betul sebagai tajuk yang mana tidak dieja tulisan besar sepenuhnya. 1. Sambutan Hari Ulang Tahun Kor yang ke-61 atau Sambutan Hari Ulang Tahun Kor yang Ke-61. 2. Kajian Bidang Elektronik Sebagai Asas dalam Kursus di Pusat Latihan atau Kajian Bidang Elektronik Sebagai Asas Dalam Kursus di Pusat Latihan | Ejaan yang betul: 1. Sambutan Hari Ulang Tahun Kor yang Ke-61 2. Kajian Bidang Elektronik Sebagai Asas dalam Kursus di Pusat Latihan | Ejaan | 20.09.2018 |
(Sempena) dengan (ulang tahun) kelahiran ibu kami yang ke-50, (suatu) majlis kesyukuran akan diadakan pada malam ini. kesalahan bahasa adalah di dalam kurungan. saya berpendapat sempena adalah salah. sesuaikah diganti dengan perkataan (selaras)? | Bersempena dengan ulang tahun kelahiran ibu kami yang ke-50, suatu majlis kesyukuran akan diadakan pada malam ini. Kata sempena lebih tepat dibandingkan dengan penggunaan kata selaras. Bersempena bermaksud mengambil berkat daripada. | Tatabahasa | 01.08.2008 |
Saya ingin bertanyakan tentang penggunaan istilah 'ke-' sebagaimana contoh Hari Sambutan Ulang Tahun Ke-53. Adakah penggunaannya menggunakan 'Ke-53' atau 'ke-53'? Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah "Sambutan Ulang Tahun ABC ke-53". | Ejaan | 31.03.2015 |
Adakah ucapan, "selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 34 tahun" itu salah? Terima kasih | Ungkapan dan ejaan yang betul, Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-34. | Tatabahasa | 13.05.2016 |
Saudara, apakah makna Jubli Berlian? Saya sudah mencari berkali-kali di dalam kamus dewan tetapi tidak saya ketemui. Terima Kasih. | Berdasarkan sumber rujukan kami, yang ada ialah Jubli Perak = perayaan memperingati ulang tahun yang kedua puluh lima, jubli emas = perayaan memperingati ulang tahun yang kelima puluh dan jubli intan = perayaan memperingati ulang tahun yang keenam puluh. Tidak ada ungkapan jubli berlian. | Lain-lain | 01.11.2010 |
mohon semak Bersempena dengan sambutan ulang tahun Tenaga Nasional Berhad yang ke-70, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian merasmikan Kompleks Balai Islam TNB pada 16 Januari 2020. Dengan Setulus Ikhlas daripada, Lembaga Pengarah, Pihak Pengurusan dan seluruh warga kerja. | Bersempena dengan sambutan ulang tahun Tenaga Nasional Berhad yang ke-70, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian ... (masukkan nama perasmi) merasmikan Kompleks Balai Islam TNB pada 16 Januari 2020. Setulus Ikhlas daripada Lembaga Pengarah, Pihak Pengurusan dan seluruh warga kerja TNB. | Lain-lain | 02.01.2020 |
Ejaan "Ulangtahun" pada tahun 2013 ialah Ulangtahun, adakah tahun ini 2014 di tukar kepada "Ulang-tahun" / | Ejaan yang betul ialah ulang tahun. | Ejaan | 09.05.2014 |