Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ulangkaji


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kepada sesiapa yang berkenaan, Adakah pihak DBP menerbitkan buku panduan ulangkaji PTK untuk kertas kompetensi umum dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran? Sekian, terima kasih.

Puan Ooi terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Untuk pengetahuan Puan kami tidak mengeluarkan sebarang buku untuk kegunaan PTK. Terima kasih.

Lain-lain25.06.2009
Saya ingin bertanya di mana saya boleh dapatkan buku aktiviti di bawah KSSR KPM untuk membuat ulangkaji dirumah walaupun kpm telah memberi kepada pelajar setiap sekolah. Terima kasihUntuk mendapatkan buku yang tuan/puan inginkan, boleh hubungi pihak Ujana Buku DBP di Kompleks DBP Hulu Kelang melalui talian +60 3-4101 2328 atau Koperasi DBP melalui talian +603-2145 5501. Sekian terima kasihLain-lain12.01.2017
Saya membuat langganan majalah dewan pelajar selama setahun hingga Julai 2020. Alamat penghantaran majalah didik saya adalah di Tingkat 6, Bahagian Teknologi Maklumat, Ibu Pejabat MARA, 21 Jalan MARA, 50609 KL. Memandangkan perintah kawalan oleh kerajaan yang bermula dari 18/3 hingga 28/4/2020, saya ingin membuat permohonan pada pihak tuan supaya penghantaran majalah tersebut boleh di buat di alamat saya yang telah didaftarkan dalam rekod pendaftaran pengguna sistem dbp. Harapan saya semoga tindakan ini dapat dilakukan segera memandangkan anak saya amat memerlukan majalah tersebut sebagai bahan ulangkaji untuk UPSR pada tahun ini. Terima kasih.Salam sejahtera, PENANGGUHAN SEMENTARA OPERASI PEMBELIAN BUKU DBP SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) Dimaklumkan bahawa sepanjang tempoh PKP ini urusan pembelian buku/majalah dalam talian dan di kedai buku DBP ditangguhkan operasi buat sementara waktu. Segala kesulitan berhubung perkara di atas amat dikesali dan pihak kami memohon maaf. Sekian, terima kasih.Lain-lain10.04.2020
Adakah ayat-ayat di bawah betul dalam tatabahasa dan strukturnya ? (1) Cikgu Ali sedang membaca suratkhabar sambil duduk di atas sofa yang disediakan di perpustakaan. (2) Cikgu Ali sedang duduk di atas sofa yang disediakan di perpustakaan sambil membaca suratkhabar. (3) Siti yang menjaga kesihatan diri sedang berjogging di larian jogging di taman. (4) Aril yang menjaga kebersihan alam sekitar membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan di taman. (5) Aril yang menjaga kebersihan alam sekitar membuang sampah di dalam tong sampah yang disediakan di taman. (6) Beberapa orang murid yang tekun sedang mengulangkaji pelajaran mereka di perpustakaan. (7) Beberapa orang murid yang tekun sedang membuat ulangkaji di perpustakaan. (8) Nora sedang melayari internet untuk mencari maklumat-maklumat bagi menyiapkan tugasannya. (9) Puan Sofia sedang memilih ikan sambil menjinjing sebuah bakul yang berisi sayur. (10) Puan Sofia sedang memilih ikan sambil menjinjing sebuah bakul yang diisi sayur.Berikut ayat yang betul:

1) Cikgu Ali membaca surat khabar sambil duduk di atas sofa yang disediakan di perpustakaan.

(2) Cikgu Ali duduk di atas sofa yang disediakan di perpustakaan sambil membaca surat khabar.

(3) Siti yang menjaga kesihatan diri sedang berjoging di larian joging di taman.

(4) Aril yang menjaga kebersihan alam sekitar membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan di taman.

(5) Aril yang menjaga kebersihan alam sekitar membuang sampah di dalam tong sampah yang disediakan di taman.
 
(6) Beberapa orang murid sedang mengulang kaji pelajaran mereka di perpustakaan dengan tekun.

(7) Beberapa orang murid sedang membuat ulang kaji di perpustakaan dengan tekun.

(8) Nora sedang melayari internet untuk mencari maklumat bagi menyiapkan tugasannya.

(9) Puan Sofia sedang memilih ikan sambil menjinjing sebuah bakul yang berisi sayur.

Tatabahasa14.07.2014

Kembali ke atas