| 1. Ular itu menelan bulat seekor anak kambing 2. usul parti pembangkang itu ditolak bulat Mengapakah dua ayat di atas dianggap salah? Boleh saya tahu tentang penggunaan tatabahasa yang betul mengenai dua ayat di atas. | Penggunaan perkataan “bulat” dalam kedua-dua ayat tersebut tidak sesuai dengan makna konteks (hubungan antara ujaran dengan keadaan). Perkataan “bulat” merupakan kata adjektif bentuk yang bermaksud berbentuk seperti bola, berbentuk lingkaran dengan kedua-dua hujungnya bersambung dan sebagainya. Oleh itu, penggunaan perkataan kiasan “bulat-bulat” yang bermaksud sepenuhnya lebih bersesuaian dengan makna konteks dalam kedua-dua ayat tersebut. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 342 dan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 229. | Tatabahasa | 06.07.2024 |