Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.la.san] | اولسن

Definisi : sesuatu yg diulas, lanjutan, sambung-an; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.la.san] | اولسن

Definisi : huraian tentang sesuatu, kupasan, tafsiran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.la.san] | اولسن

Definisi : sarung (bantal dll), sampul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.la.san] | اولسن

Definisi : huraian atau tafsiran ttg sesuatu: ~ buku huraian isi sesebuah buku; ~ selari huraian yg dibuat ketika sesuatu peristiwa atau kejadian sedang berlangsung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ulas (kata nama)
Bersinonim dengan sarung bantal, sarung tilam, sampul bantal, sampul tilam;,
Kata Terbitan : berulas, mengulas, ulas2, seulas, berulas, ulas3, mengulas, ulasan, pengulasan, pengulas,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ulasan mempunyai berapa perengganUntuk maklumat yang berkaitan dengan teknik menjawab peperiksaan, sila rujuk pihak yang berwenang seperti guru bahasa Melayu. Tidak ada maklumat tentang teknik tersebut dalam pangkalan data kami.Lain-lain02.08.2016
ulasan mempunyai berapa perenggan?Untuk maklumat yang berkaitan dengan teknik menjawab peperiksaan, sila rujuk pihak yang berwenang seperti guru bahasa Melayu. Tidak ada maklumat tentang teknik tersebut dalam pangkalan data kami.Lain-lain02.08.2016
Ulasan itu akan disampaikannya sendiri kepada pihak pengurusan. munsyi, apakah kesalahan ayat ini? tkAyat tersebut tidak mempunyai kesalahan tatabahasa.Tatabahasa21.09.2012
Mohon ulasan daripada pihak tuan untuk visual papan iklan. agensi yang terlibat : Majlis Perbandaran Selayang (MPS)Mohon tuan/puan layari http://www.dbpsahbahasa.my/ untuk semakan dan pengesahan iklan.Lain-lain09.04.2018
Mohon ulasan/cadangan pihak DBP untuk penyataan ini jika diterjemahkan di dalam Bahasa Melayu: " A National Leader in Public Service Transformation" Terima kasih.Cadangan kami ialah Pemimpin Negara dalam Transformasi Perkhidmatan Awam.Penyemakan dan penterjemahan25.09.2015
Merujuk ulasan tuan tentang soalan 93. Tuan menyatakan bahawa ' antara perkataan yang lain yang boleh menerima imbuhan memper...i ialah peroleh, perbaiki...' . Sepatutnya 'oleh' menerima memper...i, ' baik' menerima 'memper...i'. Walau bagaimanapun, ' memperolehi' memperbaiki' memperkuasai', 'dll ( rujuk TD Ketiga, m/s 212 ) dikatakan bentuk yang lewah yang seharusnya dieja sebagai (memperoleh), (membaiki), menguasai dll. Kamus Dewan Edisi Keempat menyatakan bahawa' lewah' membawa maksud berlebih-lebih sehingga tertambah perkara, hal, dsb yang tidak perlu . Jadi 'memperolehi' adalah salah penggunaan imbuhan. 'Oleh' sebagai kata sendi nama hanya menerima 'memper...' bukan memper... i' (TD Edisi ketiga m/s 180)

Apitan memper-.....-i wujud hasil daripada perkembangan bahasa, iaitu keperluan menyatakan makna khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja, yang sebelum ini tidak terungkap dalam bahasa Melayu. Setakat ini hanya bentuk yang berikut yang wajar dianggap sebagai jenis kata kerja yang terbentuk dengan apitan memper-.....-i ini, iaitu memperingati, memperkawani, mempersuami, dan memperisteri. Bentuk mempersuami dan memperisteri  sebenarnya berbentuk mempersuamii dan memperisterii  tetapi telah berlaku pengguguran satu huruf i dalam kedua-dua perkataan ini.  Bentuk yang lazim digunakan dengan apitan memper-...-i seperti memperolehi, memperbaiki, memperkuasai, memperdalami, memperakui, mempersetujui dan memperhalusi merupakan bentuk terbitan yang lewah. Kata dasar bentuk terbitan di atas seharusnya menerima awalan meN- atau memper-, apitan men-...-i atau apitan memper-...-kan, seperti yang berikut: memperolehi seharusnya memperoleh, memperbaiki seharusnya memperbaik, memperkuasai seharusnya menguasai, memperdalami seharusnya mendalami, memperakui seharusnya mengakui/memperakukan, mempersetujui seharusnya menyetujui, memperhalusi seharusnya menghalusi.

Kami memohon maaf atas kekeliruan jawapan yang diberikan sebelum ini.  

Tatabahasa19.04.2010
Mohon pandangan/ ulasan berkaitan cadangan Pihak Berkuasa Tempatan untuk menggunakan tiga (3) bahasa pada papan tanda nama jalan.Paparan di tempat awam termasuklah papan tanda nama jalan termasuk dalam kategori urusan rasmi kerajaan dan mesti menggunakan bahasa kebangsaan sepertimana yang ditegaskan dalam Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006, Langkah-langkah Memperkasakan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam. Adapun tentang penggunaan bahasa kebangsaan bersama bahasa-bahasa lain adalah tertakluk pada garis panduan pihak berkuasa tempatan dengan syarat bahasa kebangsaan diutamakan dari segi kedudukan, saiz dan warna.  Lain-lain07.01.2019
Mohon pandangan/ulasan berkaitan cadangan Pihak Berkuasa Tempatan untuk menggunakan tiga (3) bahasa pada papan tanda nama jalan di negeri Perak.Paparan di tempat awam termasuklah papan tanda nama jalan termasuk dalam kategori urusan rasmi kerajaan dan mesti menggunakan bahasa kebangsaan sepertimana yang ditegaskan dalam Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006, Langkah-langkah Memperkasakan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam. Adapun tentang penggunaan bahasa kebangsaan bersama bahasa-bahasa lain adalah tertakluk pada garis panduan pihak berkuasa tempatan dengan syarat bahasa kebangsaan diutamakan dari segi kedudukan, saiz dan warna.  Lain-lain07.01.2019
mohon dapat ulasan berkaitan ayat berikut untuk di plak penghargaan. DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA DALAM MENJAYAKAN TUGAS PENGUATKUASAAN TAHUN 2016Penggunaan ayat tersebut adalah betul dari segi tatabahasa.Tatabahasa24.11.2016
Ulasan tentang sinopsis novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnom Ahmad. Ulasan Tentang watak Jeha dan Lahuma dalam novel tersebutSdr. yang bertanya,

1. Sinopsis ringkas novel tersebut ialah novel Ranjau Sepanjang Jalan mengisahkan kemiskinan keluarga petani di Banggul Derdap, Sik, Kedah yang diwakili oleh Lahuma bersama isterinya, Jeha dan anak-anaknya.  bagi Lahuma dan keluarganya "mati hidup dan susah senang dipegang oleh Allah SWT. Itulah pegangan hidup Lahuma dan keluarganya.  Lahuma sekeluarga terpaksa berhempas pulas bekerja di tengah bendang dengan melawan segala bencara yang merosakkan tanaman padi mereka. kematian Lahuma menambahkan lagi penderitaan Jeha dan anak-kanaknya untuk menyelamatkan padi mereka daripada bencana alam, sehingga  Jeha menjadi gila. Tugas tersebut terpaksa ditanggung pula oleh anak mereka, Senah dan adik-adiknya.


2. Secara umumnya watak lahuma dan Jeha digambarkan mempunyai semangat waja sebagai mewakili masyarakat kaum tani yang bergitu gigih berusaha dengan jerih payah. Apa saja dugaan yang melanda mereka tetap mengharungi dengan segala usaha yang ada. bagi petani seperti mereka, hidup mati mereka semuanya bergantung kepada hasil padi.  Pengangan hidup mekera apa saja kurniaan  Allah, "Mati hidup dan susah senang dipegang oleh Allah SW"  mereka tetap terima dengan tabah dan  rasa syukur.

sekian sahaja jawapan ringkas dari saya. saudara boleh mendapatkan kefahaman yang lebih lanjut dengan membaca esei-esei dan kritikan berkaitan novel tersebut daripada buku-buku
terbitan DBP.
Sastera14.03.2012
12345678910

Kembali ke atas