Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bp sulung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
ulung
Kata Terbitan : terulung, keulungan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Boleh tuan terangkan makna atau maksud gabungan perkataan HABIB ULUNG?Habib bermaksud orang yang dicintai; atau panggilan kepada orang yang dipercayai berketurunan Sayidina Ali dan Siti Fatimah; dan ulung bermaksud cekap, terbaik dab berpengalaman. Walau bagaimanapun tiada maklumat tentang maksud Habib Ulung.Lain-lain05.11.2018
Saya ingin mendaftar perniagaan menjual makanan sunnah menggunakan nama HABIB ULUNG. Nama ini dipilih kerana perkataan HABIB sering dirujuk kepada keturunan Rasulullah dan ULUNG pula merujuk kepada Rasulullah nabi yang unggul. Mohon pandangan dari pihak DBP.

DBP hanya terlibat dalam pengesahan bahasa dalam  visual iklan. Untuk pengesahan papan tanda perniagaan, maklumat asas yang diperlukan ialah: 
1. Keterangan aktiviti perniagaan  contohnya KEDAI PRODUK MAKANAN KESIHATAN (di bahagian paling atas sebelah kiri iklan.
2. Nama kedai HABIB ULUNG
3. Dimiliki oleh: HABIB ULUNG ENTERPRISE (XXX-A)
Kemukakan permohonan tuan/puan melalui portal “DBP SAH BAHASA”, atau hadir ke kaunter Pengesahan Bahasa di DBP Kuala Lumpur atau di DBP Cawangan (Sabah/ Sarawak), DBP Wilayah Selatan, DBP Wilayah Timur  dan DBP Wilayah Utara.

Lain-lain29.10.2018
Perkataan menghadi ulung. Adakah frasa ini boleh digunapakai?Untuk makluman, dalam pangkalan data kami, perkataan “menghadi” merupakan dialek Kedah dan Pulau Pinang yang membawa maksud memukul atau menyebat. Manakala “ulung” pula bermaksud, telah lama berkecimpung dalam sesuatu bidang, berpengalaman, cekap, terbaik, banyak tipu muslihatnya, licin, mula-mula sekali dan sulung. Sehubungan dengan itu, jika dilihat pada maksud tersebut, frasa “menghadi ulung” tidak boleh digunakan. Walau bagaimanapun, kami mohon tuan menjelaskan dari mana tuan memperoleh perkataan tersebut dan konteks penggunaannya supaya kami boleh mendapatkan maklumat yang lebih jelas.Lain-lain23.09.2019
Apakah kesalahan dalam ayat ini? Ali dan rakannya ialah budiman ulung yang mempelopori perfileman tanah air Terima kasih untuk bantuan anda >Tidak terdapat kesalahan dalam ayat "Ali dan rakannya ialah budiman ulung yang mempelopori perfileman tanah air."Tatabahasa20.08.2015
Tolong betulkan ayat ini: Perspektif Perancangan yang ulung kali diterbitkan memberi pengetahuan daripada aspek asas konsep perancangan bandar dan perumahan sehinggalah kepada perkara-perkara yang lebih khusus seperti rekreasi, hutan bandar, taman bandar, pengangkutan, GIS sehinggalah kepada aspek hakisan tanah dan pemuliharaan bandarAyat yang betul ialah 'Perspektif Perancangan yang ulung kali diterbitkan memberikan pengetahuan mengenai aspek asas konsep perancangan bandar dan perumahan sehinggalah kepada perkara-perkara yang lebih khusus seperti rekreasi, hutan bandar, taman bandar, pengangkutan, GIS sehinggalah kepada aspek hakisan tanah dan pemuliharaan bandar.'Tatabahasa13.09.2007
Tun Dr. Mahathir Mohamad seorang_________ ulung ketika menerajui pentadbiran malaysia. A bangsawan B cendekiawan C negarawan D usahawan

Saudari,

Dalam konteks ayat di atas jawapan yang paling sesuai ialah 'negarawan'.

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat negarawan merujuk kepada 1. orang yg mahir benar dgn cara-cara pemerintahan negara, orang yg meme­gang atau pernah memegang tampuk peme­rin­­­tahan sesebuah negara, ahli negara: Churchill ialah seorang ~ Inggeris yg ulung; 2. pe­mimpin politik yg sangat dihormati kerana sifat-sifatnya (spt kebijaksanaannya, keju­juran­nya, dll) yg unggul; kenegarawanan sifat atau kebolehan sbg nega­ra­wan.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Tatabahasa23.08.2012
breakthrough1)Kejayaan 2)Cemerlang 3)Kemajuan 4)Penemuan ulungIstilah21.04.2011
sekolah bestari/sekolah perdana/ sekolah premiersekolah bestari/sekolah ulungIstilah21.11.2008
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Ingin bertanya, untuk bahagian tajuk bila permulaan semua huruf besar, adakah perkataan r.a. akan bertukar menjadi huruf besar juga ke? Sebagai contoh: Sayidina Umar bin Al-Khattab R.A. Pentadbir yang Ulung Sekian, Terima kasihSalam,

Untuk tajuk, r.a perlu dieja dengan huruf besar seperti contoh yang diberikan, "Sayidina Umar bin Al-Khattab R.A. Pentadbir yang Ulung".
Lain-lain19.08.2015
Tajuk: "Dari segi" atau "daripada segi"? Tuan DBP, izinkan saya tanyakan bahawa "dari segi" atau "daripada segi" bentuk frasa yang betul menurut logika bahasa? Kemusykilan saya tentang hal ini timbul kerana dalam buku Tertib Mengarang, pejuang bahasa yang ulung yang juga mantan Dewan Bahasa dan Pustaka, Dato' Dr. Awang Sariyan menggunakan bentuk "daripada segi", "daripada sudut". Saya menerima frasa ini kerana saya menganalisis bahawa "daripada segi" bermaksud meninjau satu punca. Sendi "daripada" membawa maksud sumber, melainkan kekeliruan saya bangkit sekali lagi kerana bentuk "dari segi" atau "dari sudut" juga tepat kerana "segi" dan "sudut" arah. Sendi "dari" memang digunakan untuk tempat dan arah, tetapi saya lebih merasakan bahawa "dari segi" betul kerana menunjukkan arah. Apakah ulasan tuan?Untuk makluman tuan, kami menyedari adanya pandangan lain yang menerima "daripada sudut" sebagai bentuk yang gramatis. Walau bagaimanapun kami berpegang pada Tatabahasa Dewan, dan menerima frasa "dari sudut".Tatabahasa05.08.2016
12

Kembali ke atas