Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.lung.u.lung] | اولوڠ٢

Definisi : Jk sj burung helang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ulung-ulung


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tolong betulkan ayat ini: Perspektif Perancangan yang ulung kali diterbitkan memberi pengetahuan daripada aspek asas konsep perancangan bandar dan perumahan sehinggalah kepada perkara-perkara yang lebih khusus seperti rekreasi, hutan bandar, taman bandar, pengangkutan, GIS sehinggalah kepada aspek hakisan tanah dan pemuliharaan bandarAyat yang betul ialah 'Perspektif Perancangan yang ulung kali diterbitkan memberikan pengetahuan mengenai aspek asas konsep perancangan bandar dan perumahan sehinggalah kepada perkara-perkara yang lebih khusus seperti rekreasi, hutan bandar, taman bandar, pengangkutan, GIS sehinggalah kepada aspek hakisan tanah dan pemuliharaan bandar.'Tatabahasa13.09.2007
Tun Dr. Mahathir Mohamad seorang_________ ulung ketika menerajui pentadbiran malaysia. A bangsawan B cendekiawan C negarawan D usahawan

Saudari,

Dalam konteks ayat di atas jawapan yang paling sesuai ialah 'negarawan'.

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat negarawan merujuk kepada 1. orang yg mahir benar dgn cara-cara pemerintahan negara, orang yg meme­gang atau pernah memegang tampuk peme­rin­­­tahan sesebuah negara, ahli negara: Churchill ialah seorang ~ Inggeris yg ulung; 2. pe­mimpin politik yg sangat dihormati kerana sifat-sifatnya (spt kebijaksanaannya, keju­juran­nya, dll) yg unggul; kenegarawanan sifat atau kebolehan sbg nega­ra­wan.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Tatabahasa23.08.2012
breakthrough1)Kejayaan 2)Cemerlang 3)Kemajuan 4)Penemuan ulungIstilah21.04.2011
sekolah bestari/sekolah perdana/ sekolah premiersekolah bestari/sekolah ulungIstilah21.11.2008
Tuan , apakah penjodoh bilangan untuk filem ( kodak yang masih bergulung. dan untuk yang sudah dicuci?

Untuk makluman saudara, tidak semua benda perlu dibubuh penjodoh bilangan, walaupun penggunaan penjodoh bilangan kadangkala dilihat dapat mengindahkan lagi bahasa. Untuk benda yang berlembar-lembar atau berutas-utas yang dilipat begitu rupa hingga berbentuk bulat torak, kebiasaannya ulung digunakan seperti segulung filem, manakala bagi benda yang berbentuk pipih dan nipis, keping digunakan. 

Tatabahasa30.07.2009
Tolong bantu saya untuk memastikan penggunaan perkataan bagi ayat-ayat berikut. Harap berikan penjelasan. Terima kasih. 1. Tok Wan (memotong/menebas) rumput dengan sebilah sabit. 2. Cik Julia berjalan sambil (mengepit/mengelek) sebuah fail peribadinya. 3. "Jangan sekali-kali (kamu/kalian) melanggar peraturan sekolah," kata Puan Lai kepada anak-anaknya. 4. "Tekanan darah (awak/kamu/engkau/anda) masih tinggi. Oleh itu, berehatlah," kata doktor kepada pesakitnya. 5. Jenazah negarawan ulung itu akan ( disemadikan /dimakamkan/dikuburkan/dikebumikan) pada tengah hari esok. 6. Kedua-dua ekor ayam itu sedang (berlaga/beradu). 7. Ular sawa yang besar telah (melilit/membelit) badan anak kambing itu sehingga mati. 8. Saya suka makan (kek berperisa oren/kek oren ). 9. rapuh/rangup/garing a) biskut yang __________. b) keropok yang ________. c) ikan yang digoreng sehingga ___________. 8. Kertas soalan ini disedia/disediakan oleh Cikgu Ali dan disemak/disemakkan oleh Cikgu Abu. 9.Pasar itu sangat riuh-rendah dengan suara orang ramai.1. Tok Wan (memotong) rumput dengan sebilah sabit. 2. Cik Julia berjalan sambil (mengepit/mengelek) sebuah fail peribadinya. 3. "Jangan sekali-kali (kamu/kalian) melanggar peraturan sekolah," kata Puan Lai kepada anak-anaknya. 4. "Tekanan darah (awak/kamu/engkau/anda) masih tinggi. Oleh itu, berehatlah," kata doktor kepada pesakitnya. 5. Jenazah negarawan ulung itu akan (disemadikan/dikebumikan) pada tengah hari esok. 6. Kedua-dua ekor ayam itu sedang (berlaga/beradu). 7. Ular sawa yang besar telah (melilit/membelit) badan anak kambing itu sehingga mati. 8. Saya suka makan (kek berperisa oren). atau Kek Oren (nama kek) 9. a) biskut yang rangup. b) keropok yang rapuh/garing. c) ikan yang digoreng sehingga garing. 8. Kertas soalan ini disediakan oleh Cikgu Ali dan disemak oleh Cikgu Abu. 9.Pasar itu sangat riuh-rendah dengan suara orang ramai. - sila rujuk Kamus Dewan untuk melihat kesesuaian pilihan perkataan yang diberi pada setiap soalan.Tatabahasa05.10.2008
sumbangan za,ba terhadap perkembangan bahasa melayu

Sila rujuk bahan ini :

Za'ba: patriot dan pendeta melayu | Adnan Haji Nawang | Yayasan Penataran Ilmu | 1994

Perjuangan Za'ba untuk memartabatkan pendidikan Melayu | Adnan Haji Nawang | Jurnal Pengajian Melayu | 01/01/1996

Za'ba Pendeta bahasa sepanjang zaman | Awang Sariyan | Pelita Bahasa | 01/07/2000

Za'ba Pendeta Bangsa | Mahaya Mohd. Yassin | Dewan Sastera | 01/03/2005

Za'ba: pendita ulung dan penyuluh bahasa | Azizul Azman Othman | Mutiara Malaysia | 01/05/1995

Lain-lain07.05.2008
sumbangan zaaba terhadap perkembanga bahasa melayu sumbangan dewan bahasa dan pustaka terhadap perkembangan bahasa melayu

Terima kasih atas soalan anda. Sila rujuk bahan seperti dibawah, atau daftar sebagai ahli Rakan Dewan untuk mendapat kemudahan rujukan dan penyelidikan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. 

1. Sumbangan Za'ba dalam bidang terjemahan. Pelita Bahasa.1/11/98

2.

Pelita Bahasa dan semangat Za'baAdnan Abd. MajidDewan Masyarakat01/06/1991

 

  
3.
Za'ba cukup berjasa kepada Umno dan bangsa Melayu Mastika01/05/1997
4.
Za'ba Pendeta bahasa sepanjang zamanAwang SariyanPelita Bahasa01/07/2000
5.
Za'ba: pendita ulung dan penyuluh bahasaAzizul Azman OthmanMutiara Malaysia01/05/1995
6.
Dewan Bahasa dan Pustaka dan perancangan bahasa (kenangan untuk DatukHaji Hassan Ahmad)A. HDewan Bahasa01/09/1988
7.
Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai agensi pembinaan dan pengembangan bahasaHassan AhmadDewan Bahasa06/01/1981
8.
Dewan Bahasa dan Pustaka: lima dekad memartabatkan bahasa kebangsaanSaharom Abd Aziz Dewan Siswa01/08/2006
Lain-lain15.05.2008

Kembali ke atas