| Assalamualaikum. Penamaan atau label sesuatu bangunan adakah memerlukan ditulis "Bangunan Pentadbiran Umar Abd Aziz" atau "Umar Abd Aziz" sahaja? Begitu juga dengan bilik kuliah atau bilik mesyuarat adakah perlu ditulis labelnya "Bilik Mesyuarat (atau Bilik Syura) Abu Bakar" atau cukup "Abu Bakar" sahaja? Terima kasih. Wassalam. | Keterangan nama perlu ada dalam setiap penamaan seperti contoh yang tuan berikan Bangunan Pentadbiran Umar ABd. Aziz, Bangunan Pentadbiran (keterangan nama) dan Umar Abd. Aziz (nama bangunan) dan begitu jugalah dalam penamaan yang lain. | Tatabahasa | 30.01.2013 |
| Salmiyah Umar Adakah DBP kini ambil sikap lepas tangan dgn penggunaan BM yg 'entah apa2'? Sakit betul telinga bila radio dan TV gunakan perkataan 'diorang' dan 'kitaorang' secara berleluasa. Bayangkan penggunaan dialog 'kitaorang dgn diorang best giler'. Dulu dituturkan dlm program2 drama saja (anehnya drama dari syarikat penerbitan bukan Melayu dgn pelakun2 utama bukan Melayu seringkali lebih prihatin untuk gunakan perkataan 'mereka' dan 'kami'). Tapi kini program bual-bicara yg sepatutnya lebih bersifat akademik juga gunakan istilah itu. Apalagi program bersifat santai spt 'mad market' dan 'supper' di TV9. Rasanya TV9 memang jaguh dgn penggunaan BM semberono. Saya ingin cadangkan supaya DBP adakan anugerah tahunan bagi penggunaan BM terbaik utk stesen TV dan radio. Sebagai permulaan mungkin dalam dua kategori iaitu drama dan bual-bicara. Selain itu boleh juga umumkan stesen yg 'paling menghina BM'. | Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Untuk makluman tuan, DBP sememangnya memantu penggunaan bahasa dalam media elektronik. Kami bersetuju dengan pendapat tuan, ada rancangan televisyen yang cenderung menggunakan bahasa pasar atau bahasa rojak terutamanya rancangan berbentuk hiburan dan santai. Melalui kerjasama DBP dengan pihak media, kami berusaha untuk memperbaik mutu rancangan dan seterusnya memartabatkan bahasa Melayuyang menjadi citra kebangsaan. | Lain-lain | 21.04.2014 |
| salam, saya umar shafiz pelajar semester pertama diploma Komunikasi dan Media di UiTM Alor Gajah, Melaka. salah satu subjek yang saya ambik adalah Pengantar Bahasa Melayu . saya diberi tugasan untuk membentangkan jenis variasi dialog iaitu kiasan dan dialog lisan klasik ( dialog lisan sejarah, dialog lisan sejarah melayu, dialog lisan berbalas pantun melayu) saya menghadapi masalah untuk mencari maksud,huraian dan contoh terutamanya untuk dialog lisan klasik. saya harap ada bantuan yg diberikan kepada saya. terima kasih | Pertanyaan saudara terlalu khusus dan memerlukan perbincangan dan pembacaan yang banyak dan kajian yang mendalam terhadap teks yang berkaitan dengan komunikasi dan sastera klasik. Pertanyaan sebegini adalah di luar skop khidmat nasihat bahasa. Rujuk buku/artikel yang berkaitan seperti Keberkesanan penggunaan Bahasa Malaysia dalam komunikasi lisan, UKM, 1985; Bahasa Lisan Sebagai Bahasa Komunikasi, Pelita Bahasa Julai 2003 dan Sejarah Melayu. | Lain-lain | 14.06.2011 |
| Bagaimanakah kaedah sebenar menulis dialog dalam dialog. contoh Umar bin Al Khatthab di atas mimbar berkata: “Aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Semua perbuatan tergantung niatnya, dan (balasan) bagi tiap-tiap orang (tergantung) apa yang diniatkan; Barangsiapa niat hijrahnya karena dunia yang ingin digapainya atau karena seorang perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya adalah kepada apa dia diniatkan" ” adakala sehingga tiga lapisan dialog. | Merujuk buku Gaya Dewan (halaman 77), tanda petik tunggal (‘…’) digunakan dalam ungkapan yang telah diapit dengan tanda petik (“…”). Contoh: Umar bin Al Khatthab di atas mimbar berkata: “Aku mendengar Rasulullah salla’llahu ‘alaihi wassalam bersabda: ‘Semua perbuatan tergantung niatnya, dan (balasan) bagi tiap-tiap orang (tergantung) apa yang diniatkan; Barang siapa niat hijrahnya kerana dunia yang ingin digapainya atau kerana seorang perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya adalah kepada apa dia diniatkan’.” | Lain-lain | 17.10.2022 |
| Assalamualaikum dan salam sejahtera, Ingin bertanya, untuk bahagian tajuk bila permulaan semua huruf besar, adakah perkataan r.a. akan bertukar menjadi huruf besar juga ke? Sebagai contoh: Sayidina Umar bin Al-Khattab R.A. Pentadbir yang Ulung Sekian, Terima kasih | Salam, Untuk tajuk, r.a perlu dieja dengan huruf besar seperti contoh yang diberikan, "Sayidina Umar bin Al-Khattab R.A. Pentadbir yang Ulung". | Lain-lain | 19.08.2015 |
| Kalau ejaan nama surah menggunakan al-(huruf kecil) spt. al-Baqarah dll., bagaimana pula dengan pengunaan al-sebelum kata nama apakah perlu al . at as, atau Al-. At- As-... dalam situasi perkataan ini terletak di tengah-tengah ayat seperti apakah betul ditulis begini: 1. Riwayat hadis oleh at-Tarmizi (atau At-Tarmizi)? 2. Khalifah Umar al-Khattab (atau Umar Al-Khattab)? 3. Abu Bakar as-Sidiq (atau As-Sidiq atau Al-Sidiq)? 4. Abu Hasan Din al-Hafiz (Abu Hasan Din Al-Hafiz)? Jika ada sebarang teks panduan berkaitan ejaan ini boleh juga e-melkan kepada saya. Sekian, terima kasih. | Perkataan Arab "al-" diterima sebagai kata nama khas dieja dengan tanda sempang dan diikuti dengan huruf besar selepasnya, seperti al-Quran, al-Attas, al-Kitab dan al-Wali. Tuan boleh merujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, penyusun Encik Ismail Dahaman, terbitan DBP. Buku ini menghuraikan secara terperinci tentang pengenalan sistem ejaan bahasa Melayu pada Bahagian Satu Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu. | Tatabahasa | 07.01.2014 |
| salam, saya ingin bertanyakan tentang penggunaan tanda (:) dan penggunaan tanda (;). sebagai contohnya dalam tafsir ayat al-Quran. Maksudnya: Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.huma. menceritakan, Rasulullah SAW telah bersabda: “Apabila air mencukupi dua kolah nescaya air itu tidak akan menjadi cemar (atau kotor)”. Dalam lafaz hadis yang lain disebutkan; “… tidak akan menjadi najis”. boleh tuan/puan jelaskan dengan terperinci kegunaan kedua simbol (; dan :) ini. terima kasih. | Lazimnya tanda titik bertindih digunakan untuk memisahkan subjudul dengan judul utama buku, contohnya Ekonomi Kini: Prinsip dan Persoalan. Tanda koma bertindih pula digunakan untuk memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung dengan kata hubung dan, tetapi, atau, namun dan lalu. Contohnya Membaca menambahkan ilmu; berfikir mempertajam akal; jadikanlah kedua-dua ini pegangan hidupmu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan. | Tatabahasa | 19.04.2012 |
| Bagaimanakah penulisan yang betul dan tepat untuk perkataan yang mempunyai perkataan ‘Al’ di awalnya. Contoh al-Quran, al-Azhar dsb. Adakah huruf A pada perkataan (Al) perlu ditulis dengan huruf besar atau kecil? Mohon pencerahan. Dan juga pada nama orang seperti Al-Habib Umar, dll. Adakah kita perlu menulisnya dengan huruf A itu kecil atau besar? | Ejaan yang betul ialah “al-Quran” dan “al-Habib Umar” kerana perkataan Arab "al-" diterima sebagai kata nama khas dieja dengan tanda sempang dan diikuti dengan huruf besar selepasnya. | Tatabahasa | 27.08.2024 |
| Tuan/Puan, Saya ingin meminta pengesahan daripada pihak DBP. Adakah terjemahan tepat untuk "Executive Vice President, Group Strategic Communications" ke dalam Bahasa Melayu adalah "Naib Presiden Eksekutif, Kumpulan Komunikasi Strategik" Jawapan cepat anda amat dihargai Sekian Terima kasih Yang benar, Umar | Terjemahan tersebut adalah tepat. | Lain-lain | 10.11.2021 |
| Soalan | Tengku ialah gelaran bangsawan Melayu untuk anak raja atau untuk orang yang berketurunan raja. Yang Mulia ialah nama rujukan kehormat untuk mereka yang bergelar Tengku, Syed, Raja, Engku, Ungku atau Datu. Ibnu ialah kata nama bagi anak lelaki. Kata ini biasanya berada pada pangkal nama seseorang, iaitu sebelum nama si ayah. Contohnya, Ibnu Umar. Ibni juga merupakan kata nama bagi anak lelaki. Namun, kata ini biasanya berada di antara dua nama orang, iaitu sebelum nama si ayah. Contohnya, Saidina Umar ibni al- Khattab. Kata nama yang betul bagi contoh yang diberikan ialah DYMM Raja Daud ibni Raja Talib. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 797, 2324 dan 2521. Bagi soalan 3 hingga 9, sila rujuk buku yang berkenaan. Antara buku yang boleh dirujuk ialah Kamus Dewan Perdana, Tatabahasa Dewan dan laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu. | Tatabahasa | 20.12.2024 |