Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
umat (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
1. Bersinonim dengan pemeluk: penganut, pengikut, ahli, anak buah,

2. Bersinonim dengan orang ramai: seluruh rakyat, orang banyak, khalayak ramai, umum,

3. Bersinonim dengan segolongan manusia: bangsa, sekumpulan manusia.,



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
terangkan apakah maksud ummah?Ummah merupakan sebutan dalam bahasa Arab. Biasanya kita menyebutkannya sebagai umat yang bermaksud 1. Para pemeluk atau penganut sesuatu agama (biasanya dimaksudkan umat Islam). 2. Seluruh rakyat atau orang banyak. 3. Segolongan manusia atau bangsa.Makna04.10.2002
Saya ingin bertanya tentang... Bilakah Islam datang di Nusantara?

Ahli sejarah meletakkan awal kurun ke-15 sebagai tarikh Islam mula bertapak di Nusantara. Ini dibuktikan dengan penemuan artifak yang menunjukkan umat Islam sudah menetap di Nusantara, lama sebelum wujudnya kerajaan-kerajaan Islam. Untuk maklumat lanjut dan tepat saudara boleh merujuk buku-buku sejarah atau makalah yang berkaitan dengan tajuk tersebut.

Lain-lain07.01.2011
Saya keliru antara perkataan "mencontohkan" dan "mencontohi". Bagaimana kita hendak menggunakan kedua-dua perkataan tersebut dalam ayat?"Mencontohkan" bermaksud memberikan sesuatu sbg contoh, menjadikan contoh: masalah ini samalah spt seseorang melihat sebuah rumah yg saya contohkan dahulu. "Mencontohi" pula bermaksud membuat sesuatu dgn mengikut contoh, mengambil contoh, meniru, meneladani: guru hendaklah dr mula menunjukkan tabiat yg baik supaya dapat dicontohi oleh kanak-kanak; kita umat Islam harus mencontohi keperibadian dan sifat-sifat Nabi Muhammad SAW.Tatabahasa21.06.2007
Apakah beza diantara perkataan "garis panduan" dan "panduan". Bagaimanakah cara yang sesuai untuk menggunakanya?. Sekiranya saya ingin mengeluarkan suatu manual mengenai cara cara melakukan sesuatu kerja, adakah manual itu dirujuk sebagai panduan atau garispanduan?. Contoh: Manual bagaimana cara cara menjalankan kajian pencemaran sungai dimana diterangkan cara cara mengambil sampel dan sebagainya. Sekian, terima kasihKamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan garis panduan ialah panduan atau petunjuk-petunjuk yg perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dsb) yg boleh dijadikan panduan atau pegangan, manakala panduan mempunyai 3 takrifan, iaitu: 1. orang yg menunjukkan jalan, pengiring; 2. pedoman, petunjuk, pimpinan: Quran ialah kitab Islam yg mengandungi segala ~ bagi umat Islam; 3. sesuatu yg dipakai utk rujukan (utk mengetahui nama, alamat, butir-butir, dll); ~ telefon buku yg mengandungi nombor telefon dan alamat pemunyanya. Berdasarkan huraian tersebut, garis panduan dan panduan membawa maksud yang sama.Istilah11.02.2010
saya ingin bertanya mengenai penggunaan perkataan "UMAT". adakah ia boleh digunakan untuk agama islam saja atau agama lain pun boleh menggunakan perkataan tersebut?Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan umat bermaksud 1. para pemeluk atau penganut sesuatu agama, pengikut Nabi. 2. seluruh rakyat, orang banyak, khalayak ramai. 3. segolongan manusia, bangsa. 4. seluruh bangsa manusia, sekalian manusia. Berdasarkan makna yang diberikan perkataan umat tidak  digunakan untuk satu agama sahaja. Makna11.02.2009

Kembali ke atas