Adakah umpan tiruan dikenali sebagai gewang dalam bahasa Melayu? Saya melihat istilah ini kerap digunakan untuk merujuk umpan pancing tiruan. | Merujuk kepada Kamus Dewan "Gewang" mempunyai dua makna iaitu pertama tergewang-gewang tergoyang-goyang dan yang kedua ialah 1. siput mutiara (digunakan utk perhiasan peti, butang, dll): giginya bersih laksana ~; 2. subang kecil. | Lain-lain | 14.09.2019 |
1 Apakah maksud peribahasa 'pancing dimakan umpan'? 2 Adakah ejaan 'menanda tangani' betul atau 'menandatangni' betul? | 1. Pancing makan umpan. Orang yang kita percayai berkhianat kepada kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pagar makan padi [= tanaman], b. Sokong membawa rebah, c. Telunjuk mencocok [= merosok, menikam] mata, d. Tongkat membawa rebah). 2. tandatangan = menandatangani | Lain-lain | 02.02.2009 |
Sila jawab soalan, saya bukan tanya tentang definisi dalam Kamus Dewan, saya sudah tahu tahu definisi gewang dalam Kamus Dewan. Soalan saya dalam bidang pemancingan adakah gewang juga dikenali sebagai umpan tiruan? Hal ini kerana saya melihat istilah ini kerap digunakan untuk merujuk umpan pancing tiruan. | Istilah "gewang" sebagai kata yang merujuk umpan tiruan masih belum dirakam dalam data kami. Istilah ini boleh dicadangkan dalam gerbang kata DBP sebagai satu kata baru yang merujuk umpan tiruan. | Lain-lain | 23.09.2019 |
1. Mereka _______ umpan pada mata kail untuk memancing ikan di kolam itu. A.menyangkutkan B. memasangkan C. menyimpan D. memasang 2. Nenek sedang menyusun pinggan di atas _______ yang telah dibina oleh datuk di bahagian dapur rumah. A. kekuda B. pepara C. para-para D. tupai-tupai | Jawapan soalan 1 ialah A.menyangkutkan, jawapan soalan 2 ialah C.para-para. | Tatabahasa | 03.11.2014 |
Pemancing itu .........(menyentak/menarik/merentap/merenggut) kailnya apabila umpan kailnya diragut ikan. Pilihan jawapan yang mana satu yang paling tepat kerana apabila saya merujuk kamus maksud kesemua perkataan berkenaan hampir sama terutama menyentak/ merentap dan merenggut. Terima kasih. | Saudara, Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat: Menyentak bermaksud menarik kuat-kuat, merengkuh, merenggut: disentak-nya nyiur gading dr mulut ular itu dgn tangan kiri; 2. menarik dgn pantas (keris, pedang, dll), mencabut, menyendal: maka Terung Pipit disentaknyalah keris panjang, dilambungnya naik ke perahu; 3. menarik (mengecut, mengendur) dgn tiba-tiba: mesti-lah ada sebab otot itu ~ semasa tersentuh pd tembaga atau besi Menarik pula membawa maksud 1. menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri (maju ke hadapan, keluar, tercabut, dll), menyentak, menyeret: ~ perahu ke darat; Merentap bermaksud menarik dgn paksa atau kekerasan, menyentak, merenggut: dgn marah, ia ~ tangan gadis itu; Manakala, merenggut didefinasikan sebagai 1. menarik (mengambil, mencabut, menyentak, merebut) dgn kekerasan, merampas: perompak itu ~ beg dr tangannya; Ratna dgn tiba-tiba ~ surat khabar yg sedang dibaca Mansor; 2. meraih, merengkuh: ~ dayung; ~ kaki menarik-narik kaki, hampir mati. Seperti yang diterangkan oleh saudara, ketiga-tiga perkataan iaitu menyentak, merentap dan merenggut memiliki maksud yang hampir sama, jadi ketiga-tiga perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 05.08.2012 |
nama saintifik untuk umpun-umpun atau pumpun yang digunakan untuk umpan memancing | Nama saintifik pumpum ialah nereididae. | Istilah | 17.02.2009 |
Salam sejahtera, Saya ingin meminta terjemahan bagi Bahasa Inggeris berikut: 1- clickbait 2- stand-up comedy Terima kasih. NH Azizan | Istilah tersebut masih belum terdapat dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan menggunakan istilah komedi berdiri dan umpan klik untuk merujuk kedua-dua istilah sumber tersebut. | Penyemakan dan penterjemahan | 12.10.2018 |