Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Adakah anda bermaksud : umpan nya,umpan nya,empunya,umpan,empanel

Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata umpannya

Puisi
 

Orang mengail di Teluk Bulang,
     Apalah umpannya si kulit duku;
Jangan bermain kekasih orang,
     Nyawa tersangkut di hujung kuku.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Besar ikan hendaklah besar umpannya.

Bermaksud :

Tiap sesuatu hendaklah dipadankan dengan tarafnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)

Lihat selanjutnya...(1)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Bagaimanakah membetulkan ayat berikut: a. Sementara menunggu umpannya (diragut) ikan, Ahmad memenuhi masa terluang dengan membaca novel. b. Nama peguam bela yang bijak (menyelewengkan) fakta itu sudah gah ke seluruh pelosok negara sejak sedekad yang lalu. 2. Pak Ali mencuba untuk menguatkan ikatan selonggok kayu api yang dikumpulnya di dalam hutan. Adakah dikumpul salah dan digantikan dengan dikumpulkan ? 3. semangat patriolisme Adakah perkataan semangat leweh dalam frasa di atas? 4. Untuk membangunkan negara agar setanding dengan negara lain, masyarakat yang menguasai teknologi diperlukan. Adakah ayat di atas salah? Terima kasih !

Ayat yang telah diperbetul  1- a. Sementara menunggu umpannya dimakan ikan, Ahmad memenuhi masa terluang dengan membaca novel. b. Nama peguam bela yang bijak memainkan fakta itu sudah gah ke seluruh pelosok negara sejak sedekad yang lalu.

2. Pak Ali mencuba untuk menguatkan ikatan selonggok kayu api yang dikumpulkannya di dalam hutan.

3. lewah - patriotisme sahaja telah memadai

4. Untuk membangunkan negara agar setanding dengan negara lain, masyarakat yang menguasai teknologi diperlukan. - betul

Tatabahasa26.09.2009

Kembali ke atas