2 Soalan: 1. Apakah maksud rapat umum? Ayat "ramai menyertai rapat umum untuk menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan"...adalah betul? 2. Apakah kata adjektif yang boleh digunakan untuk mengambarkan ayam? Adakah ayat ini betul, "Oleh sebab ayam Pak Zahir sihat, ramai membeli ayam daripadanya." Jawapan yang diberikan dalam buku ialah salah atas penggunaan perkataan sihat. | Sdr. Piong Sin Yee terima kasih kerana menghubungi KNBDBP kerapatan perkumpulan, perhimpunan (utk membicarakan sesuatu), majlis, mesyuarat, sidang: ~ selesai lebih cepat drpd yg diduga; ~ anggota Id sidang yg dihadiri oleh ahli-ahli perkumpulan; ~ besar Id perhimpunan agung; ~ kilat sidang yg diadakan dgn tiba-tiba (mendadak) sahaja, sidang tergempar; ~ lengkap (pleno) Id sidang yg dihadiri oleh segenap bahagian dll, sidang pleno; ~ raksasa (samudera) rapat besar utk orang ramai (biasanya diadakan di padang atau lapangan yg luas); ~ terbuka rapat yg boleh dikunjungi oleh sesiapa sahaja (bukan utk ahli semata-mata); ~ tertutup rapat yg hanya utk para anggota; ~ umum rapat utk semua orang; jadi ayat ini betul kata adjektif yang boleh digunakan bagi ayam antaranya ialah ayam segar, kukus, salai. ayat yang diberikan tidaklah berapa tepat, biasanya ayam dikaitkan dengan segar/. | Makna | 12.09.2009 |
1) Mengikut DBP, siapakah pengguna khusus Kamus Dewan? Penutur b.Melayu atau mereka yang ingin belajar b.Melayu (contoh: pelajar asing, warga bukan Malaysia, dsb.)? 2) Ketua Pengarah DBP mengatakan Kamus Dewan adalah sebuah kamus umum (4.7.2011, Berita Harian). Apakah saya benar jika saya simpulkan label 'kamus umum' di sini bererti Kamus Dewan dianggap tidak akan diguna oleh mereka yang tidak mempunyai b.Melayu sebagai bahasa ibunda (first language/L1); dan 'umum' di sini bererti umum kepada mereka yang mempunyai b.Melayu sebagai bahasa ibunda? Mohon penjelasan. Terima kasih. | Kamus Dewan merupakan sebuah kamus umum bahasa Melayu yang paling autentik yang menjadi rujukan utama pengguna bahasa Melayu di Malaysia, dan juga di negara lain yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama negara masing-masing, seperti negara Brunei Darussalam dan Indonesia, dan juga negara yang sebahagian penuturnya merupakan penutur asli bahasa Melayu, seperti Singapura dan Thailand. Di samping itu, Kamus Dewan juga menjadi rujukan penting para pengkaji bahasa Melayu di seluruh dunia, terutama di negara yang ada pengajian Melayu, seperti China, England, Korea dan beberapa buah negara di Eropah. Oleh itu, Kamus Dewan digunakan oleh penutur asli dan bukan penutur asli bahasa Melayu dan umum di sini bermaksud menyeluruh, iaitu penyusunan Kamus Dewan bukan untuk kelompok tertentu sahaja, malah untuk seluruh pengguna bahasa Melayu termasuklah penutur asli dan pengkaji bahasa Melayu di seluruh dunia. | Lain-lain | 19.08.2011 |
Ada yang kata, ayat tidak boleh bermula dengan nombor, adakah ia benar? Bagaimanakah saya hendak menyampaikan maksud ayat ini dengan betul? - 1 Mei merupakan cuti umum Hari Pekerja. | Ayat perlu dimulakan dengan perkataan sebelum angka seperti Pada 1 Mei atau Tarikh 1 Mei, contohnya Tarikh 1 Mei ialah cuti umum Hari Pekerja. | Tatabahasa | 16.06.2012 |
Assalamualaikum.. 1. Pertanyaan umum dalam ruangan ini perkataan'sejauhmanakah' dan 'sejauh manakah' sering digunakan. Yang manakah betul sejauh mana dieja rapat atau jauh?. | Perkataan "sejauh manakah" dieja terpisah. | Tatabahasa | 11.07.2013 |
Salam 1 Malaysia. 1. Pensyarah kursus Penterjemahan memaklumkan yang bagi Bahasa Melaysia moden sekarang perkataan 'telah' tidak digunakan lagi. Contoh: 'saham syarikat A telah jatuh 50%'. Jadi sepatutnya 'saham syarikat A jatuh 50%'. Tetapi saya lihat melalui panduan penggunaan tatabahasa yang betul yang dibentangkan di MOSTI oleh DBP, masih digunakan perkataan 'telah'. 2. Kami jugak dimaklumkan bahawa perkataan tidak digandakan. Contoh : 'projek dilaksanakan dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang berkaitan' ditulis sebagai 'projek dilaksanakan dengan kerjasama agensi kerajaan yang berkaitan'. Mohon panduan berkaitan perkara ini. Terima kasih. | Maklumat yang disampaikan oleh penceramah tersebut lebih kepada gaya penulisan dan nilai ekonomi. Kecenderungan penulis pada masa kini tidak lagi menggunakan kata telah dan kata ganda dalam penulisan mereka. Penulis tidak lagi menggunakan kata telah terutamanya dalam melaporkan peristiwa yang telah berlaku, seperti "Saham syarikat A jatuh sebanyak 50% ...". Begitu juga dengan penggunaan kata jamak. Penulis lebih gemar tidak mengulangi perkataan yang sememangnya diketahui umum bersifat jamak, seperti "peserta-peserta seminar" dan "negara-negara yang bersidang". Seminar dan persidangan semestinya melibatkan ramai peserta dan banyak negara. | Tatabahasa | 22.10.2011 |
Sebelum saudara/i dihujani dengan soalan soalan yang saya bangkitkan, saya ingin memperkenalkan diri saya. Saya Sathya Seelan A/l Armugam, pelajar Tingkatan 4, High School Bukit MErtajam. Soalan -soalan saya adalah yang berikut ;- 1. Adakah kamus yang umum untuk peribahasa telah diwujudkan oleh DBP ? 2. Saudara, bolehkah saudara memberikan saya alasan mengapa kata - kata yang terdapat dalam Kamus Dewan terlalu obses DALAM penterjemahaan kata secara terang daripada perkataan Bahasa Inggeris ? 3. Kalau saya dapat mengarang karangan / sajak yang agak menarik, ke manakah saya boleh menghantarkannya ? Saya akan berasa gembira jika saudar/i menjelaskan kemusykilan bahasa . | Sdr. boleh rujuk Kamus Simpulan Bahasa Edisis Kedua atau Kamus Dewan Edisi Keempat. Untuk makluman sdr. DBP bukanlah sebuah organisasi yang memberikan keutamaan kepada kata dalam bahasa Inggeris. Kamus Dewan Edisi Keempat merupakan sebuah kamus umum bahasa Melayu yang menjadi rujukan utama pengguna bahasa Melayu yang disusun berdasarkan kajian korpus. Sesetengah kata bahasa Inggeris yang diserapkan dalam bahasa Melayu melalui penyesuaian ejaan sudah pun diterima dan digunakan oleh masyarakat. Tujuan penyerapan ini adalah untuk memperkaya perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu dan ini tidak bermakna kata dalam bahasa Melayu digugurkan. Kata-kata ini masih digunkan bergantung pada konteks dan tujuan penggunaan, cthnya bagi penggunaan umum kata dalam bahasa Melayu digunakan , bagi konteks teknikal dan lebih ilmiah kata serapan bolehlah dipilih. Tentang sajak yang dihasilkan sdr. bolehlah cuba menghubungi Jabatan Sastera. | Lain-lain | 19.04.2008 |
Bagaimana hendak membezakan perkataan berikut: 1. mengait dan menjolok 2. banyak dan ramai 3. setempat dan tempatan | mengait1. memetik (menarik dll) sesuatu dgn kait, mencangkuk, menggancu: ~ buah rambutan; maka datang hulubalang Pahang ~ jong itu; 2. merajut dgn jarum kait: ia terpaksa menyulam dan ~ renda utk nafkah hidupnya; 3. melukai dgn sesuatu yg berkait: duri itu ~ kakinya; 4. ki mengambil keuntungan dll dgn cara tidak halal. jolok; menjolok1. menusuk (merodok) sesuatu dgn galah dll supaya gugur, menusuk ke dlm lubang dll: kalau engkau hendak ~ buah rambutan itu carilah galah yg panjang sedikit; 2. memasukkan jari tangan ke dlm lubang hidung (kerongkong dll); 3. memancing-mancing keterangan dll drpd orang, mengajuk atau menduga (hati orang); ~ alang (orang) yg sangat tinggi; ~ anak menggugurkan kandungan; ~ hati mengajuk hati; ~ mata a) sangat jelas kelihatan, sangat nyata; b) memberi malu, menyakitkan hati; ~ sarang tebuan prb melakukan sesuatu yg mendatangkan bahaya; yg dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas prb keuntungan yg diharap-harapkan tidak didapat, sedangkan modal atau alat utk mendapatnya hilang juga; banyak- 1. bukan sedikit, tidak sedikit: ~ orang yg mempunyai cita-cita tinggi; 2. bilangan, jumlah: berapa ~ wang yg kauterima? 3. sangat, sungguh: ~ lagak; ~ aksi membuat-buat supaya nampak elok; ~ bicara = ~ cakap = ~ mulut suka berleter; ~ cantik sr ungkapan utk menyatakan kemarahan, atau digunakan sbg gurauan dll; ~ lemak a) mempunyai atau diselaputi lemak yg banyak (bkn bahagian tubuh): alat itu digerakkan di bahagian yg ~ lemak selama kira-kira 15 minit; b) ki berkelakuan yg keterlaluan atau terlalu manja sehingga mengakibatkan orang lain meluat (bkn perilaku seseorang): "Sekarang kau dah ~ lemak."; ~ sedikitnya a) jumlahnya, banyaknya; b) barang sedikit;
ramai- 1. riuh-rendah, hiruk-pikuk (bunyi, suara, dll): orang menyabung terlalu ~, bunyi sorak spt akan sampai ke langit; 2. sangat hebat, dahsyat (peperangan, perkelahian, dll): maka berperanglah Temenggung Seri Udana dgn Peringgi terlalulah ~; 3. sangat gembira, sangat meriah, riang gembira: Encik Ramli pun hanya ~ dlm hati sendiri; 4. aktif, giat, sibuk: sesudah meleset beberapa lama, pasaran getah ~ kembali; Singapura ialah bandar perniagaan yg ~; 5. banyak penghuninya (penduduknya): pd zaman itu negeri Siak ~; 6. banyak (orang), orang banyak, umum: ~ orang berkumpul; perkara Dang Kenanga janganlah dijadikan soal ~; di muka ~ di depan orang banyak (umum); kemahuan ~ kemahuan umum; khalayak ~ orang banyak, umum; kegemaran ~ kesukaan umum; orang ~ a) orang biasa (kebanyakan); b) orang yg banyak (umum); suara (pendapat) ~ suara atau pendapat umum; ~ beragam, rimbun menyelara prb kesukaan (kemahuan) tiap-tiap seorang tidak sama;
setempat1. satu tempat sahaja; 2. = setempat-setempat hanya mengenai sesuatu tempat sahaja, tidak menyeluruh; 3. di tempat itu sendiri: hikayat ini tersiar di daerah yg sangat luas biarpun dlm bentuk yg berlainan dan disesuaikan dgn keadaan ~; tempatanyg berkaitan dgn tempat tertentu, di tempat itu sendiri: kasut hitam, buatan ~ yg dipakainya itu berkilat; buah-buahan ~ buah-buahan dr negera sendiri (bukan buah-buahan yg diimport); ~ hati ki buah hati, kekasih; | Makna | 04.08.2009 |
Apakah maksud terperinci dan perbezaan maksud di antara: 1.Pekeliling Kerajaan (PKPA) 2.Surat Pekeliling Kerajaan 3.Surat edaran 4.garis panduan | Pekeliling kerajaan dan surat pekeliling ialah perkara yang sama, iaitu surat rasmi tentang sesuatu perkara yang diedarkan untuk pengetahuan umum. Surat edaran ialah surat yang diedarkan untuk pengtahuan umum seperti yang lazimdiedarkan dalam sesebuah organisasi. Garis panduan ialah panduan atau petunjuk-petunjuk yang perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dan sebagainya) yang boleh dijadikan panduan atau pegangan. | Makna | 31.12.2012 |
Bolehkah ayat bermula dengan ini? | Perkataan ini ialah kata ganti nama tunjuk umum yang menjadi pengganti kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk. Terdapat dua kata ganti nama tunjuk umum, iaitu ini (menunjuk pada yang dekat), dan itu (menunjuk pada yang jauh). Contoh dalam ayat: 1. Ini hasil nukilan penulis muda itu. 2. Itu buku biografi Pendeta Za'ba. | Tatabahasa | 15.08.2011 |
Salam sejahtera Tuan, 1. Penggunaan yang betul ialah (a) Daerah ini di bawah kuasa kerajaan pusat. atau (b) Daerah ini di bawah penguasaan kerajaan pusat. ? 2. Adakah penggunaan "di bawah" dalam konteks ayat (a) dan (b) di atas tepat? Sekian, terima kasih. | Dalam bentuk kata umum, frasa 'di bawah' digunakan apabila merujuk: i. di kawasan sekeliling rumah dan sebagainya yang bertangga; ii. di ruang kosong di antara tiang rumah atau kaki meja (kerusi dan sebagainya); iii. yang terletak pada baris (ruang dan sebagainya); iv. kurang daripada; v. berada dalam atau tertakluk pada (peraturan, undang-undang, bimbingan, arahan, kuasa, dan sebagainya). Pemakaian bahasa dalam bidang undang-undang kadangkala tidak persis dalam penulisan umum. Bahasa dalam undang-undang mempunyai larasnya tersendiri dan penggunaannya terhad dalam bidang tersebut | Tatabahasa | 26.09.2013 |