Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; undang-undang 1. sesuatu peraturan atau keseluruhan peraturan yg digubal (dibuat) oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh masyarakat yg berkenaan: dlm sesebuah negara demokrasi, parlimen membuat ~ yg mesti diikut oleh setiap orang; 2. peraturan yg digubal utk sesuatu perbadanan (perkumpulan, persatuan, dll) oleh orang-orang tertentu: tiap-tiap ahli hendaklah patuh kpd ~ persatuan ini; 3. Id rumusan yg dibuat berdasarkan hukum alam (dlm ilmu sains dll), hukum: ~ Boyle; ~ Newton; ~ adat amalan yg diikuti turun-temurun di sesebuah kawasan atau dlm sesuatu masya-rakat, yg diterima sbg undang-undang di kawasan atau dlm masyarakat tersebut; U~ Anak Negeri undang-undang yg berkaitan dgn peribumi di Sabah dan Sarawak mengikut konteks Perlembagaan Persekutuan; ~ antara-bangsa undang-undang yg mengatur per-hubungan antara negara; ~ awam undang-undang yg berlaku utk seluruh rakyat (tidak berkaitan dgn jenayah); ~ darurat undang-undang yg dikuatkuasakan dlm masa berlaku-nya keadaan darurat sahaja; ~ dasar Id perlembagaan; ~ hukum pidana Id undang-undang yg menentukan hukuman utk perbuatan jenayah; ~ jenayah undang-undang mengenai perbuatan jenayah (spt bkn perbuatan me-rompak, membunuh, dll); ~ kecil undang-undang atau peraturan yg dibuat oleh pihak berkuasa atau agensi pentadbiran, mis pihak berkuasa tempatan, perbadanan dsb, yg diberi kuasa berkanun atau kuasa undang-undang; ~ pentadbiran undang-undang yg berhubungan dgn kuasa, kewajiban dan tatacara sesuatu agensi pentadbiran; ~ tubuh peraturan dasar yg mesti dipatuhi oleh ahli sesuatu pertubuhan dll; berundangan; pandai ~ Mn a) mengerti benar (memahami benar-benar) tentang adat; b) pandai berbicara; mengundangkan 1. menjadikan sbg undang-undang, menentukan atau menetapkan sesuatu berdasarkan undang-undang; 2. mengumum-kan undang-undang kpd orang ramai, menye-rantakan undang-undang; memperundangkan menjadikan sesuatu undang-undang: segala hukum yg diper-undangkan oleh Allah ke atas hambanya; undangan; majlis (dewan) ~ majlis (dewan) yg menggubal undang-undang; perundangan 1. yg berhubungan (berkaitan) dgn atau berasaskan undang-undang: meng-gunakan Bahasa Melayu sepenuhnya termasuk bidang ~ dan kehakiman; suatu sistem ~, ekonomi, dan politik yg menyeluruh; Islam ialah agama ~; 2. kumpulan undang-undang, keseluruhannya yg berkaitan dgn undang-undang: Yang di-Pertuan Agong sbg lambang sumber segala ~ Malaysia; sikap sedemikian adalah bertentangan dgn ~ Islam; perundang-undangan perundangan; pengundang-undang orang yg menggubal undang-undang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; undang-undang 1 susunan peraturan dan ketentuan yg dibuat oleh badan pemerintah sesebuah negara: Sesiapa yg melanggar ~ akan dihukum. 2 peraturan yg dibuat oleh sesuatu badan yg berkuasa: Tiap-tiap ahli mesti mematuhi ~ persatuan. 3 rumusan yg dibuat mengikut peraturan alam spt yg terdapat dlm ilmu sains dll; hukum. ~ adat amalan turun-temurun di sesuatu kawasan atau dlm sesebuah masyarakat yg diterima sbg undang-undang di kawasan atau dlm masyarakat tsb. ~ darurat undang-undang yg dijalankan dlm masa darurat. ~ dasar perlembagaan. ~ jenayah undang-undang mengenai jenayah. ~ kecil undang-undang yg dibuat oleh pihak berkuasa atau agensi pentadbiran, mis pihak berkuasa tempatan, yg diberi kuasa berkanun atau kuasa undang-undang. ~ tubuh peraturan bagi sesuatu pertubuhan dsb yg mesti dipatuhi oleh ahli-ahlinya. undangan; majlis (dewan) ~ badan yg menggubal undang-undang. perundangan hal mengenai undang-undang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
undang
Kata Terbitan : mengundang, pengundang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya perlu pengesahan DBP sama ada penggunaan 'di bawah' dan 'dalam' dalam ayat ini betul /tidak- "Keputusan tersebut telah diwartakan di bawah Kaedah 21 dalam subbutiran 21 (22) (b) Kaedah-Kaedah Tanah Selangor (Pindaan) 2011"

Dalam bentuk kata umum, frasa 'di bawah' digunakan apabila merujuk: i. di kawasan sekeliling rumah dan sebagainya yang bertangga; ii. di ruang kosong di antara tiang rumah atau kaki meja (kerusi dan sebagainya);  iii. yang terletak pada baris (ruang dan sebagainya); iv. kurang daripada;  v. berada dalam atau tertakluk pada (peraturan, undang-undang, bimbingan, arahan, kuasa, dan sebagainya). Kata sendi 'dalam' pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Berdasarkan huraian tersebut penggunaan kata sendi nama 'dalam' adalah tepat, manakala penggunaan frasa 'di bawah' tidak berkaitan dalam mana-mana panduan penggunaan frasa 'di dalam' yang tersenarai. Walau bagaimanapun hal ini perlu merujuk pakar yang arif dalam hal undang-undang kerana pemakaian bahasa dalam bidang undang-undang kadangkala tidak persis dalam penulisan umum. Bahasa dalam undang-undang mempunyai larasnya tersendiri dan penggunaannya terhad dalam bidang tersebut.

Tatabahasa17.02.2011
Salam sejahtera Tuan, 1. Penggunaan yang betul ialah (a) Daerah ini di bawah kuasa kerajaan pusat. atau (b) Daerah ini di bawah penguasaan kerajaan pusat. ? 2. Adakah penggunaan "di bawah" dalam konteks ayat (a) dan (b) di atas tepat? Sekian, terima kasih.Dalam bentuk kata umum, frasa 'di bawah' digunakan apabila merujuk: i. di kawasan sekeliling rumah dan sebagainya yang bertangga; ii. di ruang kosong di antara tiang rumah atau kaki meja (kerusi dan sebagainya);  iii. yang terletak pada baris (ruang dan sebagainya); iv. kurang daripada;  v. berada dalam atau tertakluk pada (peraturan, undang-undang, bimbingan, arahan, kuasa, dan sebagainya). Pemakaian bahasa dalam bidang undang-undang kadangkala tidak persis dalam penulisan umum. Bahasa dalam undang-undang mempunyai larasnya tersendiri dan penggunaannya terhad dalam bidang tersebutTatabahasa26.09.2013
1)Apakah kriteria-kriteria yang dititikberatkan ketika pemilihan sesuatu karya untuk diterbitkan? 2)Bagaimanakah caranya pengkarya untuk mengetahui sesuatu karya yang dihantar telah berjaya diterbitkan? 3)Berapakah royalti bagi sesebuah puisi dan cerpen?

1 Kriteria pemilihan:

(i) Isi: Keaslian idea, ketepatan fakta, dan perkara yang ditulis tidak bertentangan dengan agama Islam, undang-undang, kesusilaan, dan kepentingan negara.

(ii) Cara Persembahan: Penyusunan idea yang logik, kemas, dan sesuai dengan sasaran (pembaca umum, ahli akademik, kanak-kanak dan remaja).

(iii) Bahasa: Penggunaan bahasa yang baik dan istilah yang tepat; ejaan dan tanda baca yang betul serta sesuai dengan sasaran.

(iv) Pasaran: Mempunyai potensi pasaran yang luas.

2 Pengurus projek akan memaklumkan kepada penulis melalui surat sama ada karya tersebut wajar diterbitkan ataupun tidak.

3. Kadar royalti untuk kumpulan puisi ataupun cerpen ialah 12%. Dewan Bahasa dan Pustaka akan membayar 50% apabila buku terbit dan 50% lagi berdasarkan jualan buku.

Lain-lain28.04.2008
Bagaimanakah cara untuk membezakan kata nama khas yang tunggal dan kata nama khas yang majmuk? Kemukakan beberapa contoh bagi memudahkan pemahaman saya.

Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata nama khas dan kata nama dihuraikan seperti yang berikut:

1.     Kata Nama Khas mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar.  Kata nama khas dibahagikan kepada: (i) kata nama khas hidup (manusia dan bukan manusia); (ii) kata nama khas tak hidup. Contoh kata nama khas hidup ialah Tun Abdul Razak, Belang, Vanda Diana (orkid); kata nama khas tak hidup ialah Kuala Lumpur, Ahli Mangku Negara, Proton Preve.

 

2.    Kata Nama dibahagikan kepada (i) kata nama tunggal, (ii) kata nama terbitan, (iii) kata nama majmuk, dan (iv) kata nama ganda. Kata Nama Tunggal ialah perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas sahaja, dan perkataan yang demikian boleh masuk ke dalam ayat sebagai perkataan yang lengkap dan menjadi inti pada frasa nama. Contoh kata nama tunggal ialah yu, wanita, ADUN, Proton, Bernama, dan jentolak.

 

3.    Kata Nama Majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata nama majmuk dieja terpisah, contohnya guru besar, Leftenan Jeneral, temu duga, dan anak emas.

Tatabahasa02.01.2017
Nama tempatan haiwan seperti penyu belimbing, dimulai dengan huruf besar atau kecil? Penyu Belimbing atau penyu belimbing?

Kata Nama Khas mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar.  Kata nama khas dibahagikan kepada: (i) kata nama khas hidup (manusia dan bukan manusia); (ii) kata nama khastak hidup. Contoh kata nama khas hidup ialah Tun Abdul Razak, Belang, Vanda Diana (orkid); kata nama khas tak hidup ialah Kuala Lumpur, Ahli Mangku Negara, Proton Preve.

Perkataan penyu belimbing, penyu karah, penyu lumpur dan penyu pulau tergolong dalam kata nama am dan dieja dengan huruf kecil sekiranya dalam ayat. Bagi penulisan tajuk, lazimnya ditulis dengan huruf besar di awal perkataan kecuali kata hubung yang ditulis dengan huruf kecil.

Lain-lain11.09.2017
Sukacita sekiranya pihak DBP dapat menjelaskan perkara-parkara berikut: Sila beritahu sama ada atau tidak ayat-ayat yang berikut betul: 1. Kabus itu menghadkan / mengehadkan darjah penglihatan. (Saya mendapati Kamus Oxford Fajar (Prof Asmah Haji Omar), Kamus Utusan dan Kamus Lengkap (Drs. Awang Sudjai) menggunakan perkataan 'menghadkan' (restrict/limit) manakala Kamus Dewan menggunakan 'mengehadkan'. Ini menimbulkan kekeliruan di kalangan pelajar dan orang awam. Peerkara ini perlu diperjelaskan dari segi tatabahasa Melayu). 2. Berita hangat /menarik itu adalah daripada BBC/CNN/Radio Malaysia. 3. Isu /perkara mengenai /tentang rasuah perlu diteliti secara halus dan mendalam. 4. Makalah yang berguna/bermanfaat/berfaedah itu adalah daripada majalah 'Dewan Masyarakat', terbitan DBP. 5. Apakah perbezaan antara perkataan-perkataan berikut: kesahihan; keesahan; sah dan sahih 6. Maklumat ini telah diperolehi daripada sumber yang boleh dipercayai. 7. Saya telah memperoleh maklumat ini daripada Kementrian Kewangan. 8. Untuk menambahbaikkan khidmat nasihat yang berkesan dan jitu mengenai tatabahasa (nahu) Melayu, respons pihak DBP perlu tepat pada masa. Sekian , terima kasih. Peter Johnson DurairajSoalan 1: Perkataan yang betul ialah mengehadkan, bukan menghadkanPeng- menjadi penge- apabila bergabung dengan kata dasar yang mempunyai satu suku kata sahaja, baik perkataan Melayu ataupun perkataan pinjaman. Contoh lain: cat - pengecat, bom - pengebom, pam - pengepam. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 111.  Soalan 2: Kedua-dua perkataan iaitu, hangat atau menarik boleh digunakan dalam ayat yang tuan kemukakan bergantung pada maksud yang ingin disampaikan. Soalan 3: Ayat yang betul ialah (i) Isu rasuah perlu diteliti secara halus dan mendalam. Soalan 4: Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:  4(i) Makalah yang berguna itu merupakan majalah Dewan Masyarakat, terbitan DBP. 4(ii) Makalah yang bermanfaat itu merupakan majalah Dewan Masyarakat, terbitan DBP. 4(i) Makalah yang berfaedah itu merupakan majalah Dewan Masyarakat, terbitan DBP. Soalan 5: Bagi mengetahui maksud dan mengenal pasti perbezaan maksud perkataan, tuan boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, dan Dewan Pelajar.  Perkataan sahih bermaksud pasti, benar, sah, dapat diakui maka kata nama yang diterbitkan daripada sahih ialah kesahihan perihal sahih (benar, pasti sah). Perkataan sah membawa dua maksud iaitu, 1. lulus pd sisi undang-undang 2. benar, pasti, nyata, manakala kesahan pula bermaksud  perihal sah, sah tidaknya sesuatu. Soalan 6:  Ayat yang betul ialah 6(i) Maklumat ini diperoleh daripada sumber yang boleh dipercayai. Soalan 7: Ayat yang betul ialah 7(i) Saya memperoleh maklumat ini daripada Kementerian Kewangan.
Tatabahasa15.11.2017

Kembali ke atas