Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : NS pembesar adat yg empat di Negeri Sembilan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pembesar adat yg empat di Negeri Sembilan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
undang
Kata Terbitan : mengundang, pengundang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya perlu pengesahan DBP sama ada penggunaan 'di bawah' dan 'dalam' dalam ayat ini betul /tidak- "Keputusan tersebut telah diwartakan di bawah Kaedah 21 dalam subbutiran 21 (22) (b) Kaedah-Kaedah Tanah Selangor (Pindaan) 2011"

Dalam bentuk kata umum, frasa 'di bawah' digunakan apabila merujuk: i. di kawasan sekeliling rumah dan sebagainya yang bertangga; ii. di ruang kosong di antara tiang rumah atau kaki meja (kerusi dan sebagainya);  iii. yang terletak pada baris (ruang dan sebagainya); iv. kurang daripada;  v. berada dalam atau tertakluk pada (peraturan, undang-undang, bimbingan, arahan, kuasa, dan sebagainya). Kata sendi 'dalam' pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Berdasarkan huraian tersebut penggunaan kata sendi nama 'dalam' adalah tepat, manakala penggunaan frasa 'di bawah' tidak berkaitan dalam mana-mana panduan penggunaan frasa 'di dalam' yang tersenarai. Walau bagaimanapun hal ini perlu merujuk pakar yang arif dalam hal undang-undang kerana pemakaian bahasa dalam bidang undang-undang kadangkala tidak persis dalam penulisan umum. Bahasa dalam undang-undang mempunyai larasnya tersendiri dan penggunaannya terhad dalam bidang tersebut.

Tatabahasa17.02.2011
Salam sejahtera Tuan, 1. Penggunaan yang betul ialah (a) Daerah ini di bawah kuasa kerajaan pusat. atau (b) Daerah ini di bawah penguasaan kerajaan pusat. ? 2. Adakah penggunaan "di bawah" dalam konteks ayat (a) dan (b) di atas tepat? Sekian, terima kasih.Dalam bentuk kata umum, frasa 'di bawah' digunakan apabila merujuk: i. di kawasan sekeliling rumah dan sebagainya yang bertangga; ii. di ruang kosong di antara tiang rumah atau kaki meja (kerusi dan sebagainya);  iii. yang terletak pada baris (ruang dan sebagainya); iv. kurang daripada;  v. berada dalam atau tertakluk pada (peraturan, undang-undang, bimbingan, arahan, kuasa, dan sebagainya). Pemakaian bahasa dalam bidang undang-undang kadangkala tidak persis dalam penulisan umum. Bahasa dalam undang-undang mempunyai larasnya tersendiri dan penggunaannya terhad dalam bidang tersebutTatabahasa26.09.2013
1)Apakah kriteria-kriteria yang dititikberatkan ketika pemilihan sesuatu karya untuk diterbitkan? 2)Bagaimanakah caranya pengkarya untuk mengetahui sesuatu karya yang dihantar telah berjaya diterbitkan? 3)Berapakah royalti bagi sesebuah puisi dan cerpen?

1 Kriteria pemilihan:

(i) Isi: Keaslian idea, ketepatan fakta, dan perkara yang ditulis tidak bertentangan dengan agama Islam, undang-undang, kesusilaan, dan kepentingan negara.

(ii) Cara Persembahan: Penyusunan idea yang logik, kemas, dan sesuai dengan sasaran (pembaca umum, ahli akademik, kanak-kanak dan remaja).

(iii) Bahasa: Penggunaan bahasa yang baik dan istilah yang tepat; ejaan dan tanda baca yang betul serta sesuai dengan sasaran.

(iv) Pasaran: Mempunyai potensi pasaran yang luas.

2 Pengurus projek akan memaklumkan kepada penulis melalui surat sama ada karya tersebut wajar diterbitkan ataupun tidak.

3. Kadar royalti untuk kumpulan puisi ataupun cerpen ialah 12%. Dewan Bahasa dan Pustaka akan membayar 50% apabila buku terbit dan 50% lagi berdasarkan jualan buku.

Lain-lain28.04.2008
Bagaimanakah cara untuk membezakan kata nama khas yang tunggal dan kata nama khas yang majmuk? Kemukakan beberapa contoh bagi memudahkan pemahaman saya.

Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata nama khas dan kata nama dihuraikan seperti yang berikut:

1.     Kata Nama Khas mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar.  Kata nama khas dibahagikan kepada: (i) kata nama khas hidup (manusia dan bukan manusia); (ii) kata nama khas tak hidup. Contoh kata nama khas hidup ialah Tun Abdul Razak, Belang, Vanda Diana (orkid); kata nama khas tak hidup ialah Kuala Lumpur, Ahli Mangku Negara, Proton Preve.

 

2.    Kata Nama dibahagikan kepada (i) kata nama tunggal, (ii) kata nama terbitan, (iii) kata nama majmuk, dan (iv) kata nama ganda. Kata Nama Tunggal ialah perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas sahaja, dan perkataan yang demikian boleh masuk ke dalam ayat sebagai perkataan yang lengkap dan menjadi inti pada frasa nama. Contoh kata nama tunggal ialah yu, wanita, ADUN, Proton, Bernama, dan jentolak.

 

3.    Kata Nama Majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata nama majmuk dieja terpisah, contohnya guru besar, Leftenan Jeneral, temu duga, dan anak emas.

Tatabahasa02.01.2017

Kembali ke atas